29 April 2009

program pembimbing rakan sebaya SMKASR

29 April 2009 satu ceramah asas PRS telah diberikan kepada PRS junior. Antara pengisian yang diberikan ialah pengenalan PRS, kemahiran asas PRS iaitu kemahiran melayan, kemahiran mendengar, kemahiran dorongan minima dan kemahiran menyoal. Bengkel sesi dijalankan dengan bantuan PRS senior. Diharapkan PRS bertambah mantap dan dapat membantu kawan-kawan yang memerlukan bantuan. Bantu Diri untuk Bantu orang lain.


27 April 2009

PENGHAKIMAN KEDUA SUDUT PPDa

As Sharifah, 27 April 2009 - Sudut PPDa As Sharifah sekali lagi telah dinilai oleh 4 orang hakim iaitu Pn. Nordahlela dari SK Malim, Pn. Tay dari SK Ayer Keroh, En Chan Chin Ho dari SMK Yok Bin dan En Sairan dari SMKA Sultan Muhammad. Pada pusingan kedua ini, saingan sengit dari 9 sekolah yang bertanding peringkat akhir Kawasan Melaka Tengah. Moga ada rezeki untuk kami. Apapun yang penting sudut PPDa dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah terutama ruang Anjung Kaunseling.

25 April 2009

KURSUS LDP KEDUA

Pada 25 April 2009, semua guru SKK SMKA Sharifah Rodziah telah menjalani kursus dalam perkhidmatan. Slot dimulakan dengan penilaian item oleh Ustaz Wan Abdul Hamiludin b. Abd Kadir. Slot kedua pula ialah pembelajaran Bahasa Arab oleh Ustazah Irma Md Yasim Ketua Panitia Bahasa Arab. Semua guru belajar asas Bahasa Arab dalam kehidupan seharian.

PROGRAM PINTAR 2009

Program Pintar : Kemahiran belajar telah diadakan pada 25 April 2009 untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran membuat nota dengan kata kunci dan isi penting. Program dimulakan dengan ceramah belajar dan cara belajar oleh Kak Norhidayah Ismail salah seorang ahli Kelab Remaja ISMA merupakan seorang jurutera di Petronas Sg Udang. Program diteruskan dengan bengkel membuat nota Sejarah dengan bantuan 9 orang fasilitator. Selepas sesi kudapan program diteruskan dengan perkongsian bersama Kak Nur x-student SBPI Selandar yang mendapat keputusan cemerlang 11A dalam SPM 08. Seterusnya dalam kumpulan pelajar dilatih mengamalkan amalan pelajar cemerlang dari segi pemakanan, persediaan rohani dan ciri-ciri pelajar Islam cemerlang. Pihak sekolah berharap semua pelajar yang mengikuti program dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi dari barisan fasilitator dari Kelab Remaja ISMA.

16 April 2009

Pertandingan Karnival PPDa peringkat Melaka Tengah 2009

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
Johan - Nur Izzati Azlan
Pertandingan Poster Menengah Rendah
Ketiga - Amira Shahira Ibrahim
Pertandingan e-PPDa
Ketiga - Siti Mariam Mohd Wadzir
Nurizzati Mohd Diah
Ummu Aiman Rahimin
Pertandingan Nasyid
Ketiga - Kumpulan Nasyid Wardatuddiniyyah


13 April 2009

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2009

Pada 10 -12 April telah diadakan Kursus kepimpinan Pelajar 2009. Seramai 70 orang pemimpin pelajar terlibat terdiri daripada pengawas, PRS dan PSS. 12 orang MT pengawas dan PRS telah mengendalikan LDK. Syabas dan tahniah kerana berjaya melakukan tugas fasilitator dengan cemerlang. Ummi bangga dengan anak-anak semua. Terima kasih juga kepada pihak MSU dan penceramah jemputan iaitu En Mohamad b. Tamsari, Ut. Fazly Yaakub dan Ut Zainuddin yang telah menyampaikan info tentang kepimpinan. Hanya Allah sahaja yang membalasNya.

02 April 2009

Hikmah di sebalik pertandingan

Alhamdulillah. Anjung kaunseling sedang dalam pembinaan. Hampir 2 tahun ummi memperjuangkan untuk mendapatkan Anjung Kaunseling baru kini ianya menjadi realiti. Terima kasih kepada semua pentadbir yang begitu perihatin.... maklum saja keadaan ummi membataskan pergerakan..... Anak-anak puteri diharapkan dapat memanfaatkan Anjung Kaunseling sebaik mungkin.

01 April 2009

Kursus Kepimpinan Pengawas SK Serkam Darat

Pada 27 hingga 28 Mac yang lalu, ahli PRS sekolah kami telah dijemput untuk menjadi fasilitator di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Serkam Darat.Pada mulanya sekolah tersebut menjemput pelajar tingkatan 5 tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielak..sebahagian pelajar tingkatan 4 juga dijemput untuk menjadi fasi.

Menurut pengalaman seorang fasi..dia kata mula-mula agak susah untuk mengawal kanak-kanak di sana mungkin belum mesra lagi agaknya tapi selepas satu malam bersama, hubungan kami dengan mereka mula rapat.kami bersama-sama menyanyikan lagu tema kami iaitu 'demi matahari' dan banyak permainan yang dijalankan.





Sewaktu program berakhir..kami menyanyikan lagu Doa Perpisahan bersama-sama .....tanpa disedari terdapat beberapa orang pelajar menitiskan air mata mereka kerana sedih ingin berpisah dengan fasi-fasi. Diharap pemimpin pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Serkam Darat mendapat pengajaran dan pelbagai teknik untuk memimpin kawan-kawan yang lain menerusi info ceramah yang disampaikan oleh ummiB dan LDK yang dijalankan oleh Fasi. Keep it up.
Kepada anak-anak fasi, jadikan pengalaman ini sebagai wadah untuk menambah keyakinan diri dalam membina hubungan dengan orang lain. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin tetapi ianya boleh dipelajari dari masa ke semasa.
Pengalaman adalah suatu perkara yang mahal dan tidak dapat dijualbeli.