26 Mei 2009

BACALAH YASSIN.....

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

25 Mei 2009

PENGHAKIMAN SUDUT PPDa PERINGKAT NEGERI

25 mEI 2009. Satu detik bersejarah. Sekali lagi sudut PPDa didatangi hakim untuk penilaian peringkat negeri. Para hakim diketuai oleh En Mat dari Unit HEM, En Latif, En Fuad dari PPD Jasin, dan diiringi oleh En Majid dari PPD Melaka Tengah dan pihak AADK Melaka Tengah. Penghakiman telah dijalankan dengan terperinci maklum sajalah sudah di peringkat negeri. Semoga ada rezeki untuk kita semua. Apapun tawakal sahaja pada Allah yang maha esa. Untuk semua PRS, di mata Ummi anak-anak telah melakukan yang terbaik.

18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

18 Mei 2009, satu detik bersejarah buat semua guru As Sharifah di mana satu sambutan Hari Guru telah disambut penuh meriah dalam suasana penuh ceria. Pada awal pagi lagi semua guru telah diagihkan kepada kumpulan untuk menyertai acara sukaneka bagi guru perempuan dan eksplorace bagi guru lelaki. Guru-guru begitu bersemangat untuk menghabiskan acara masing-masing. Pengetua, GPK HEM dan GPK Koku juga turut mengambil bahagian. Seterusnya semua guru dihidangkan dengan sarapan pagi tajaan Pn Hjh Lailawati Ahmad pengetua yang disayangi.
Majlis diteruskan dengan acara pentas. Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran oleh Ustaz Muadzam. Seterusnya pembacaan perutusan dari KPPM disampaikan oleh En Aziz Rasul guru cemerlang 48 dan perutusan dari Menteri Pelajaran oleh Pn Zaleha Ismail guru cemerlang 48. Majis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar oleh Siti Umirah Mohd Said ketua pelajar sesi 2009/2010. Acara kemuncak majlis iaitu ucapan perasmian oleh Pn Pengetua Pn Hjh Lailawati bt Ahmad. Pn Pengetua telah membaca puisi dituju khas untuk guru-guru dan anak-anak puteri.
Seterusnya tidak ketinggalan guru-guru menunjukkan bakat masing-masing. Majlis dimulakan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh Pn Hatijah Ali bersama adik Nurizzati Azlan diikuti persembahan dikir barat oleh guru-guru lelaki, majlis berbalas pantun, persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Wahdahtul Dinniah, membaca 'poem' oleh Pn Lila Kasim dan diakhiri dengan persembahan nazam oleh guru-guru perempuan.
Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada guru-guru, acara memotong kek dan diakhiri dengan bacaan doa Ustaz Jihadi Saad.

17 Mei 2009

Karnival Pendidikan Kerjaya

16 Mei 2009, Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Negeri Melaka telah dijalankan. Alhamdulillah As Sharifah telah membawa pulang kemenangan hasil dari usaha keras para peserta. Berikut adalah keputusannya:-
1. Johan Eksplorasi Alam Kerjaya. Pesertanya ialah Zafirah Suhailah Abdullah, Nashrah M. Rahimi, Aishah Mohamad dan Nur Sabrina Hilmi
2. Tempat Kedua bagi pertandingan Folio Kerjaya. Pesertanya ialah Nur Zahirah Abd Rani, Ruslina Ibrahim, Syahirah Abd Razak dan Nur Amirah Abd Rahman
3. Tempat Ketiga bagi pertandingan Media Maklumat. Pesertanya ialah Nur Fatin Nadhirah Sulaiman, Nur Afikah Marzuki, Nur Ain Zafruddin dan Nur Izzati Azman
Syabas dan tahniah diucapkan. Bagi peserta EAK teruskan latihan dan mantopkan persembahan.Moga mencapai kemenangan di peringkat Kebangsaan pada 8 -11 Jun 2009 di UTP Trono, Perak. Amin

16 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua rakan guru. Walaupun adakala kau terpaksa korbankan masa, tenaga dan wang ringgit, ikhlaskan dirimu. Hanya Allah sahaja yang akan membalasNya

Guru
Seperti lilin sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu mengakhiri sejarah panjangnya.
Seperti engkau sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagat raya ini
tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian
kini mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu
dalam kenangan seorang anak
yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat

Zam Ismail
Seremban 1985

tutup

13 Mei 2009

7 Perkara Membuat Anda Bermotivasi Pada Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

11 Mei 2009

Zikir, Doa dan Tawakal Penawar Tekanan Perasaan

"Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan. TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera. Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah. Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.
Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan merasa tertekan. Tekanan perasaan juga boleh berlaku apabila wujud konflik antara keinginan diri dan pertimbangan akal seseorang. Contohnya, seseorang yang ingin memenuhi keseronokan dirinya dan pada waktu sama menyedari bahawa dia perlu menerima kebenaran perbuatan itu salah di sisi agama. Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi sebegini. Kehilangan dalam hidup adalah ujian Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155) Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada Allah. Sesungguhnya manusia sebagai makhluk tidak memiliki hak ke atas sesuatu hatta hidupnya sendiri. Segala-galanya daripada Allah dan kepunyaan-Nya. Maka, tidak seharusnya kita menangisi atau menyesali apa yang tidak kita miliki sama sekali. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal. Manusia berupaya berusaha dalam ruang lingkup takdir Ilahi bersandarkan pertimbangan akal yang waras dengan panduan wahyu Ilahi. Kita boleh memilih mana yang baik dan mengandaikan kesan daripada tindakan perbuatan kita. Namun, ketentuan mutlak adalah daripada Allah. Oleh itu, usahlah terlalu bimbangkan sesuatu yang kita tidak pasti dan sesuatu yang tidak mampu kita kawal. Kebimbangan sebegini hanya akan memberi lebih tekanan kepada kita. Sebagai makhluk bernama manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani, kita tidak akan bebas daripada konflik dalaman. Setiap daripada kita dijadikan bersama unsur nafsu yang secara fitrah menyediakan segala macam keinginan. Semua itu jika tidak dikawal iman dan akal yang waras, sudah tentu akan menjadi kesempatan hasutan syaitan dengan janjinya untuk menyesatkan umat manusia.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53) Nafsu amarah cenderung kepada keseronokan dan sifat mazmumah yang membawa manusia kepada kehancuran seperti marah, hasad, tamak dan penipuan. Dalam keadaan nafsu menguasai seseorang, hanya kepuasan diri dan keegoan akan bertakhta. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Musuhmu yang paling utama ialah nafsu jahat yang ada dalam dirimu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi) Islam memberikan panduan yang sebaiknya dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dalam usaha mengelakkan dan menghadapi tekanan. Dalam keadaan tertekan dan keresahan menghadapi ujian Allah, perlu lebih banyak mengingati-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra‘d, ayat 28)
Seterusnya, perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya. Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153) Ini disusuli semula dengan sentiasa memohon keampunan Allah dan bertaubat daripada kesalahan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah yang kita hadapi. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11) Tekanan perasaan sebenarnya berpunca daripada lemahnya daya tahan spiritual dan ketidakseimbangan aspek dalaman kita. Konflik dalaman yang berterusan akan mengakibatkan tekanan bertambah seterusnya melahirkan pelbagai perlakuan salah hingga mengganggu kesihatan. Kedamaian spiritual hanya boleh dicapai dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah, ingatan yang berterusan kepada-Nya. Permintaan yang mutlak daripada-Nya serta permohonan keampunan tidak kira ketika senang, mahupun susah membantu menghadapi tekanan.

Ibu..... Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita
aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban apa saja
aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleha
aku masih ingat
dulu engkau berumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna
aku masih ingat….aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayatku

TERIMA KASIH IBU

Peperiksaan o Peperiksaan

11 Mei 2009 Isnin bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 5. Peperiksaan memang menyakitkan. Ia merupakan penyakit yang mendatang tanpa diundang. Itulah perasaan kerana semua orang hendakkan kejayaan apabila diuji. Itulah punca pada perasaan ini. Bagaiamana hendak berjaya jika tidak ada persediaan yang rapi? Itu satu lagi persoalan. Kalau hendak difikirkan alasan, ada seribu satu alasan. Jadi hentikan mencari alasan. Apa yang penting fokus kepada peperiksaan. Setiap hari ada satu atau dua mata pelajaran. Cuba ulangkaji semuanya sedapat mungkin. Ingat sebenarnya kita sudah berlajar sebelum ini. Usaha berterusan. Sekiranya ada pemikiran negatif mendatang, berhenti mengulangkaji seketika, fokus pada matlamat diri, tarik nafas panjang, berzikir dan kalau perlu tinggalkan seketika ruang belajar, hirup udara segar pemberian Allah dan rasakan juga kita adalah ciptaan Allah yang istimewa. Anakanda apa yang penting adalah kepercayaan kita pada keupayaan diri kita sendiri. Setiap orang boleh berjaya, mampu berjaya dan berhak berjaya. Apa yang penting kemahuan itu datangnya dari diri sendiri. YAKIN SENDIRI BOLEH MELAKUKANNYA.....

Sudut PPDa dapat perhatian PIBG

9 Mei 2009, sudut PPDa telah dilawati oleh PIBG SMKASR. Menurut NYDP PIBG sudut PPDa itu bagus dan bermaklumat untuk menyedarkan seluruh warga sekolah terutama golongan ibu bapa tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli komuniti untuk menghindarkan diri dari gejala tidak sihat seperti merokok, hidu gam dan dadah. Peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak masing-masing tidak terlibat dengan gejala sosial ini amat penting. PRS telah menerangkan tentang sudut PPDa dengan dibantu oleh Pn Norfadhlina Abu Hasih, Guru PPDa As Sharifah.

Program Mutiara As Sharifah

7 Mei 2009 Khamis , As Sharifah, Program penyerahan pelajar cemerlang seramai 15 orang telah diadakan. Program dimulakan dengan ucapan pengetua dan diikuti dengan penyerahan mentee kepada mentornya. Harapan pentadbir agar mentor yang dipilih akan memberi perhatian khusus kepada mentee terutama dari segi motivasi diri dan perkongsian perasaan. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar mendapat straights A dalam semua mata pelajaran yang diambil pelajar. Insyallah

Program Puteriku Sayang

5 Mei 2009, As Sharifah, seramai 36 orang puteri tingkatan 5 telah mengikuti program Puteriku Sayang. Peserta diberikan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri. Pemikiran yang negatif akan hanya melemahkan diri dan menjadi penghalang kepada kejayaan seseorang. Peserta diberi latihan untuk membuang pemikiran negatif dan memasukkan pemikiran positif. Diakhir program peserta diingatkan tentang tanggungjawab memberi kebahagian kepada ibubapa. Peserta telah mengalirkan air mata apabila disentuh hubungan dengan ibu bapa. moga air mata yang mengalir menjadi sumber inspirasi peserta untuk membuktikan kehebatan mereka. Insyallah.

08 Mei 2009

Kempen Warga As-Sharifah Benci Dadah

6 Mei 2009, warga puteri as Sharifah yang terdiri dari pasukan beruniform iaitu Kadet polis, Kadet remaja, Pengakap, Pasukan Puteri Islam, Pasukan Bulan Sabit Merah dan JPA sekolah telah menjayakan kempen benci DADAH. Pasukan unit beruniform telah berkawat dengan membawa sepanduk "WARGA AS SHARIFAH BENCI DADAH" di sekeliling kawasan sekolah. Dengan adanya kempen ini diharap dapat menyedarkan semua warga sekolah tentang bahaya dadah dalam perkembangan diri individu, masyarakat dan negara.



kehakiman PPDa peringkat daerah 2009

27 April 2009 Sudut PPDa As Sharifah telah di datangi oleh 4 orang hakim yang menghakimi sudut PPDa pusingan kedua. Hakim yang datang tersebut ialah En. Chan Chin Ho SMK Yok Bin, En Sairan Kasran SMKA Sultan Muhammad, Pn. Nordahlela SK Malim dan Pn Tay SK Ayer Keroh. Ahli PRS yang diketuai oleh Cik Noridayu Sulaiman telah memberi penerangan kepada panel tentang sudut PPDa As Sharifah.










03 Mei 2009

KAEDAH BELAJAR CEMERLANG

Salam buat puteriku...... Kaedah belajar Madihah patut jadi teladan puteri semua. Samaada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal atau Mohamad Aizuddin Mohd Yaakub, mahupun pasangan kembar Rohamina-Rohaisha Jamil, masing-masing nampaknya menggunakan resipi serupa dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebelum dan sesudah mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya muncul pelajar cemerlang terbilang. Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang peringkat nasional apabila memperoleh 20A termasuk 1A2, mengatasi rekod cemerlang Siti Fatimah Mokhtar yang mendapat 18A termasuk 1A2 pada 2006, dari sekolah yang sama, Maahad Muhamadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan. Mohamad Aizuddin pula memperoleh A1 dalam semua 13 subjek yang diambilnya dan antara pelajar terbaik SPM 2008 Negeri Sembilan. Pasangan kembar Jamil yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban mendapat 11A1 merangkumi subjek sains dan matematik dan sains sosial. Lain halnya dengan Zamri Amir yang juga mendapat 11A1 dan muncul antara pelajar terbaik Sekolah Alam Shah Putrajaya. Walaupun berasal daripada keluarga susah seperti keluarga Nik Nur Madihah, pengurusan masa yang cekap dan seimbang menjadi faktor penting di sebalik kecemerlangannya itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Surah at-Tiin (Ayat 4-6): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). "Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus". Persis kata Nik Nur Madihah, anak jati kampung nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak itu: "Saya mengulang kaji awal pagi tiap-tiap hari selepas solat tahajud dan sesudah membaca al-Quran". Kembar, Rohamina dan Rohaisha berkata: "Kami selalu membaca al-Quran, selain kerap melakukan solat hajat agar dipermudah kami mengikuti pelajaran dan mendapat kecemerlangan." Bagi Mohammad Aizuddin, pendekatan diri kepada Allah SWT penting sebab mengingati-Nya dengan melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya menjadikan jiwa sentiasa tenang dan mudah memahami pelajaran. Pelajar cemerlang SPM 2008 itu adalah pilihan Allah SWT daripada 6,277 calon cemerlang lain, menepati maksud Surah ar-Ra'd (Ayat 26): "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain daripada kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat." Sebagai manusia pilihan dengan sebaik-baik kejadian bersama penganugerahan akal yang pintar, mereka tidak pernah melupai Allah SWT dengan melakukan suruhan ibadat-Nya demi tuntutan ukhrawi dan duniawi. Otak mereka sama juga seperti binaan otak pelajar, malah manusia lain, seumpama dua hemisfera. Satu sebelah kanan sementara yang satu lagi kiri. Kedua-duanya berkongsi pemikiran dan kawalan tubuh badan. Bagi kebanyakan orang, hemisfera otak kanan lebih kreatif manakala sebelah kiri lebih kepada logik. Yang lebih kreatif melahirkan insan berfikiran sains sosial sementara yang lebih logik berfikir secara saintifik dan matematik. Otak pelajar cemerlang itu nampaknya seimbang hemisfera kanan dan kiri yang bergabung dan melahirkan kepintaran subjek sains sosial serta sains tulen. Manusia dianugerahi akal untuk berusaha dan berfikir mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi seperti janji Ilahi asalkan kita sentiasa mengingati dan mendekati-Nya.
Resipi mereka sepatutnya jadi ikutan calon SPM tahun 2009 untuk meraih kecemerlangan lebih terbilang. Jika orang lain boleh kenapa tidak kita?????? Apa yang penting matlamat dan usaha kita ke arah itu. TIADA ALASAN YANG PENTING USAHA BERKESAN....ummiB