27 Jun 2009

LAPORAN ADAB DAN PERJUMPAAN WARIS

27 JUN 2009, As Sharifah telah mengadakan program Perjumpaan Waris dan Laporan Adab. Seawal jam 9.00 pagi persekitaran As Sharifah telah dibanjiri dengan kenderaan ibu bapa yang datang untuk berjumpa dengan guru kelas anak-anak puteri. Setiap tingkatan disediakan guru tingkatan dan guru pembantu untuk membantu melicinkan perjalanan perbincangan antara ibubapa dan guru. Pelajar yang gagal pula dikehendaki berjumpa dengan barisan pentadbir untuk sesi akur janji. Program berakhir jam 12.00 tengahari. Diharapkan dengan adanya sesi perjumpaan dengan ibubapa ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan perkongsian minda untuk meningkatkan lagi prestasi anak-anak puteri.
DOA ANAK SOLEH (CALON-CALON UPSR, PMR dan SPM 2009)
Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seluruh AlamSelawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah....Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa padaMu.
Dosa-doa besar Dosa-dosa kecil
Dosa-dosa yang aku lakukan secara sengaja mahupun secara tidak aku sedari.
Aku mohon padaMu Ya Allah
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku itu...Ya Allah
Jadikanlah aku anak yang lebih baik...Yang benar-benar memahami ibubapaku...
Jadikanlah aku seorang yang penyayang,bersopan santun, tenang, dan sabar
Jadikanlah aku seorang yang jujur dan baik hati
Ya Allah, Aku mohon padaMu . Jauhkanlah aku daripada memalukan mereka
Jauhkanlah aku daripada memperbodohkan mereka
Jauhkanlah aku daripada menghina mereka
Jauhkanlah aku daripada menzalimi mereka
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Berikanlah aku petunjuk yang benar.
Berikanlah aku keredhaanMu. Berikanlah aku kekuatan rohani dan jasmani.
Berikanlah aku nikmat kasih sayang sejati. Berikanlah aku taufiq dan hidayahMu.
Berikanlah aku keimanan dan disiplin yang tinggi.
Ya Allah Ya Tuhanku. Layakkan aku menjadi anak yang baik..
Yang sangat mengasihi kedua ibu dan bapaku sebagaimana mereka mengasihi diriku semasa aku masih kecil dahulu.
Layakkan aku menjadi anak yang dikasihi.
Layakkan aku menjadi anak harapan yang dapat membela nasib dan masa depan keluargaku. Layakkan aku menjadi contoh dan ikutan yang baikUntuk adik-adikku....
Ikhsan dari SUHAIMISKSS 2009

24 Jun 2009

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI

20 JUN 2009, Seramai 90 orang pemimpin organisasi yang terdiri dari pengerusi, setiausaha dan bendahari kelab, persatuan dan badan beruniform telah menghadiri KursusPengurusan Organisasi. Program dimulakan dengan sesi ceramah motivasi kepimpinan yang disampaikan oleh ummi B . Ceramah tersebut turut menyentuh peranan dan tugas mengikut jawatan masing-masing. Peserta juga didedahkan cara membuat kertas kerja, laporan dan surat menyurat yang dikendalikan oleh Pn Rogayah Sulaiman dan pengurusan kewangan yang disampaikan Pn Fazilatulliza. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan dapat memimpin organisasi dengan perancangan yang mantap dan disusuli dengan perlaksanaan program yang bermanfaat untuk semua ahli,

20 Jun 2009

PROGRAM TOWARDS A BRIGHTER FUTURE(BRIGHT)

19 JUN 2009, Masjid Al Azim Melaka, sekali lagi As Sharifah melakar sejarah dengan mengadakan Program BRIGHT dengan tema "Membina Puteri Generasi Harapan"

16 Jun 2009

TINGKATKAN MOTIVASI DIRI MELALUI RASA PERCAYA

Otak adalah aset paling berharga bagi kebanyakan orang dan juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir. Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi penting untuk berhati-hati di dalam mengisi kandungannya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif.
5 langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan rasa percaya diri tentang motivasi diri dari dalam.
1. Hindari Mencari-Cari Alasan. Begitu ramai orang membatalkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti Saya tidak boleh, Saya tidak mampu sebab...Siapapun dapat menberi alasan bagi setiap persoalan. Untuk membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin dapat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari mencapai sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah hal-hal negatif kepada hal-hal positif.

2. Gunakan Daya ImajinasiOtak. Dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda mencapai cita-cita jika kita berinya kesempatan. Biarkan otak kita menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan apa yang anda inginkan semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda fikirkan. Jika anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan , pemikiran itu akan berakarumbi dalam diri anda. Oleh itu dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imaginasi otak, penting untuk kita yakin pada perkara yang positif seterusnya menghasilkan keasn yang positif yang mengarah kepada sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
3. Jangan Takut Gagal. Kegagalan telah menghalang begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba atau meraih hasilan sebab mereka tidak mampu menerima kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selamabertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.
4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri. Penampilan diri memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untukmembelanjakan wang demi penampilan diri yang menarik, kerana dengan penampilan diri yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik tetapi haruslah bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
5. Susunlah Catatan Mengenai Kejayaan Yang Diperolehi. Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari misalnya. Mungkin juga peristiwa dapat ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catatan.Anda boleh melihat kembali catatan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

RAHSIA BUAH KURMA

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit."
Kepada anakanda yang bakal menduduki peperiksaan disarankan mengambil buah kurma sebagai usaha untuk mencapai kecerdasan minda seterusnya cemerlang dalam PMR dan SPM.

14 Jun 2009

PASRAH KEPADA KEHENDAKNYA

Buat puteriku, jika kau memandang segala-gala dari Tuhanmu yang Maha mencipta, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya. Oleh itu kepada anak-anakku anggaplah kegagalan hari ini sebagai cabaran di masa akan datang. Sebenarnya kemenangan bukan bererti mendapat tempat tiga teratas sahaja , pada umi itu adalah bonus. Kemenangan membawa maksud yang lebih luas termasuk apabila kita redha dengan rezeki yang Allah tentukan. Pengalaman yang diperolehi itu lebih besar ertinya buat kamu semua meneruskan perjuangan yang masih panjang.

08 Jun 2009

Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat kebangsaan

Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan sedang dijalankan bermula 8 - 11 Jun 2009 bertempat di Universiti Petronas Perak yang dianjurkan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak MGK Perak sebagai tuan rumah. Semua peserta dari seluruh Malaysia berkumpul dengan acara pertandingan masing-masing. As Sharifah tidak ketinggalan menghantar peserta bagi pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya dengan kerjaya "Pegawai Penyelidik Tisu Kultur". Untuk para peserta iaitu Zafirah Suhaila, Aishah, Syaza dan Nasrah teruskan perjuangan. Semoga ada rezeki untuk tahun ini. Umi sentiasa panjatkan doa untuk kalian semua. Buatlah persembahan yang terbaik, sentiasa ceria dan berjaya mempengaruhi audian terutama para hakim. Yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Insyallah setiap usaha pasti berhasil dengan ketentuanNya.
Tahniah dengan usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan. Walaupun anak-anak puteri tidak memenangi pertandingan EAK namun disebaliknya anak-anak sudah melakukan penyelidikan yang terbaik. Pengalaman tersebut lebih berharga dari sebuah kemenangan.

01 Jun 2009

PROGRAM GERAK MINDA 2 PMR DAN SPM

29 - 31 Mei 2009, As Sharifah telah mengadakan satu program Gerak Minda 2 untuk calon PMR dan SPM 2009. Untuk pelajar SPM, mata pelajaran yang diadakan ialah Matematik Tambahan, Kimia, Bahasa Ara b, Prinsip Akaun dan Fizik. Bagi calon PMR, bengkel mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, Bahasa Arab dan Geografi telah diadakan. Pelajar juga telah diberi pendedahan tentang pengalaman bekas pelajar iaitu Cik Aishah Wahid dan Cik Siti Sabariah bt Saad. LDK yang diberikan kepada pelajar lebih menjurus kepada kerjasama dan semangat bersatu untuk mencapai matlamat kecemerlangan. Harapan untuk anak-anak teruskan usaha untuk berjaya cemerlang dalam PMR dan SPM.