19 Ogos 2009

Anugerah Kualiti SMKA 2009

Anugerah Kualiti SMKA 2009 telah diadakan di SMKA Tok Jiring, Terengganu pada 16 dan 17 Ogos 2009. Syukur pada Allah kerana rezeki diberikan kepada As Sharifah kerana berjaya memenangi beberapa kategori hadiah iaitu:
AKDEMIK (SPM) : Prinsip Akaun dan Matematik
PENGURUSAN : Johan Pengurusan dan Pentadbiran dan Pengurusan Dokumentasi
Naib Johan Pengurusan Iklim, Kebajikan dan Bimbingan dan Kaunseling

Secara keseluruhan As Sharifah telah dinobatkan sebagai Naib Johan.
Tahniah dan syabas diucapkan pada semua.

Bagi Umi kemenangan ini adalah hasil usaha dan pengorbanan bersama. Ia adalah satu ujian untuk terus berusaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling kepada pelajar, semua warga as Sharifah dan komuniti setempat. Apapun terima kasih atas sokongan semua terutama anak-anak PRS yang banyak membantu.

Sarapan Bersama Pentadbir

14 Ogos 2009, seramai 18 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang mendapat 'straitghts A' dalam peperiksaan pertengahan tahun telah diraikan dengan majlis makan bersama pengetua dan semua pentadbir. Program ini dilaksanakan untuk memberi motivasi kepada semua pelajar khususnya pelajar terbabit untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan terutama peperiksaan PMR dan SPM.
Sejarah dunia telah membuktikan kejayaan adalah hak semua orang yang sentiasa berusaha dan belajar secara istiqamah tanpa memikirkan berapa kali menghadapi kegagalan.
Harapan Umi lebih ramai lagi pelajar berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan.

03 Ogos 2009

Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

Demam peperiksaan telah bermula. 17 Ogos 2009 bermula Peperiksaan Percubaan PMR. Kepada semua puteri harap dapat membuat persediaan rapi terutama persediaan kesihatan. Di saat negara dilanda wabak H1N1 ini, anak-anak hendaklah terus menjaga kesihatan diri. Mask yang dibekalkan ataupun dibeli hendaklah sentiasa dipakai sebagai perlindungan diri. Sekiranya rasa nak demam, batuk, selsema sakit-sakit badan segera dapatkan rawatan doktor. Jangan ambil ringan akan bahaya wabak penyakit yang boleh membawa maut ini. Banyakkan berdoa agar kita dijauhkan dari penyakit ini.
Dari segi persediaan rohani pula, anak-anak teruskan dengan solat hajat, solat Dhuha, membaca Al Quran dan sentiasa zikir dan doa minta ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bertawakallah pada Allah di atas segala usaha yang anak-anak telah lakukan. Insyaallah kemenangan akan datang.

Program Perkhemahan Ilmu PMR/SPM

Program teknik menjawab telah diadakan bermula 31 Julai 2009 hingga 15 Ogos 2009. Sesi ceramah, bengkel, perbincangan, menjawab soalan PMR dan SPM tahun lepas telah dijalankan oleh guru-guru As Sharifah dan dibantu oleh penceramah jemputan. Apa yang diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan penguasaan pelajar dari segi teknik menjawab mengikut kehendak soalan dan terdedah dengan soalan mengikut peperiksaan sebenar PMR dan SPM.