27 Oktober 2009

PROGRAM SELEPAS PMR

PMR telah berlalu. Sekarang ini pelajar sibuk dengan Program Selepas PMR yang telah diatur oleh pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Antara pengisiannya ialah ceramah kesihatan, PDRM, AADK dan pameran. Pelajar juga telah diatur untuk menceriakan kawasan sekolah dengan menjadikan tangga yang ada di persekitaran sekolah bermaklumat. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan antaranya anjuran panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Bahasa Arab, projek Sains dan projek Kemahiran Hidup. Selain itu pelajar juga dibawa berjalan-jalan di sekitar negeri Melaka dalam program lawatan sambil belajar. Pelbagai pengisian program ini dilaksanakan supaya masa terluang pelajar terisi dengan aktiviti berfaedah pada diri dan sekolah. Aktiviti ini dapat mengelakkan pelajar ponteng sekolah.

PROGRAM MOTIVASI RAKAN PATRIOTIK

Program Motivasi Rakan Patriotik anjuran bersama dengan IKSEP telah dijalankan pada 9 Oktober hingga 19 Oktober 2009. Antara pengisiannya ialah motivasi "Sejarah Dan Kepentingannya Kepada pelajar, slot teknik menjawab mata pelajaran SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia, Fizik, Biologi, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran Sunnah, Syariah, ICT, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas dan ceramah Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak.

02 Oktober 2009

PROGRAM MENUJU AL FALAH AS SHARIFAH

1 OKTOBER 2009, Program Menuju al Falah telah diadakan sebagai memberi motivasi kepada pelajar terutama pelajar PMR yang akan menduduki peperiksaan pada 6 Oktober. Program dimulakan dengan ucapan pengetua yang mengingatkan pelajar tentang fokus kecemerlangan dalam PMR. Ucapan dan perasmian program telah dilaksanakan oleh Tuan Pengarah Tuan Hj Isa b. Abu. Beliau mengingatkan pelajar tentang peri pentingnya kecemerlangan dalam peperiksaan. Padanya semua pelajar sepatutnya mendapat "straitghts A". Beliau telah menyampaikan sijil kepada 21 orang pelajar PMR yang berjaya mencapai keputusan cemerlang 9A dalam percubaan PMR. Program diteruskan dengan jamuan Salam Lebaran. Antara juadah istimewa ialah nasi beriani, sate, cendol dan ais kerim di samping pelbagai jenis kuih muih. Diharap program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar PMR terutamanya dengan adanya sentuhan akhir dari tuan pengarah.