23 November 2009

Cuti Berkualiti

Salam percutian buat semua puteri As Sharifah. Diharapkan percutian ini diisi dengan pengisian berkualiti. Anak-anak boleh membaca buku di perpustakaan, berehlah bersama keluarga, ke kem motivasi, ke pusat tuisyen atau belajar sendiri dengan jadual belajar yang teratur. Masa yang ada jangan dibuang begitu sahaja terutama dengan hiburan semata. Walaupun payah mengatur masa cuti berkualiti namun perkara ini boleh dibawa berbincang bersama keluarga. Banyak pemasalahan timbul akibat cuti yang diisi dengan perkara-perkara laghah terutama berpeleseran tanpa tujuan khusunyas di pusat-pusat membeli belah dan sebagainya. Sebagai anak puteri yang cantik, sentiasa menarik perhatian ramai terutama anak-anak muda. Justeru itu pandai-pandailah menjaga diri dengan hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia. Kelak menghasilkan kuntum-kuntum mewangi semerbak kasturi.

20 November 2009

SPM SPM SPM

18 November 2009. perjuangan SPM 2009 bermula. Didoakan semua anak-anak tenang menjawab semua soalan yang diberikan. Salam perjuangan buat semua. Semua tabah dalam menghadapi saat-saat perjuangan penuh likuan. Insyaallah segala usaha membuahkan hasil.

Majlis Restu SPM

18 November 2009, majlis restu ilmu telah diadakan. Amanat terakhir dari guru-guru mata pelajaran dan barisan pentadbir mengiringi perjuangan anak-anak dalam SPM esok. Semoga segala usaha diberkati dan membuahkan hasil. GO GO GO Insyallah.

Majlis graduasi 2009

16 November 2009 merupakan detik bersejarah bagi pelajar tingkatan 5. Majlis Graduasi yang penuh gilang gemilang telah menyaksikan pelajar-pelajar diarak dengan paluan kompang masuk ke dewan dengan didahului oleh barisan pentadbir. 4 orang pelajar yang menerima anugerah pengetua telah mendahului semua penerima sijil iaitu Siti Mariam Mohd Wadzir, atikah razali, Khairiah Dawi dan Nurhairani Md Zahari. Menyusul pula 23 orang pelajar yang menerima sijil cemerlang dan 118 menerima sijil tamat tingkatan 5. Pihak sekolah mengucapkan sekalong penghargaan kepada pihak UTEM, MSU, MMU, Stamford Kolej, tuisyen Bestari dan orang perseorangan yang menyumbang dalam memeriahkan lagi majlis ini.