22 Julai 2009

gambar 2 aktiviti..


di hadapan malay college kuala kangsar


penerangan awal oleh ahli prs sendiri..


sempat berjalan..bergambar di hadapan istana lama perak..kuala kangsar


di hadapan perhentian pertama di masjid ubudiah


masjid ubudiah

masjid ubudiah lagi...

nanti upload lagi yerr..

20 Julai 2009

SEKADAR RENUNGAN

Pesanan untuk diriku dan semua anak-anakku...

Pesan Rasulullah saw dalam sabdanya ” Barangsiapa yang ingin mudah mengingati ilmu yang dipelajarinya, maka adalah wajar baginya membiasakan atau melazimi 5 perkara”
1. Mendirikan sembahyang malam (qiamullail) meskipun hanya 2 rakaat.
2. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
3. Sentiasa bertaqwa kepada ALLAH samada ketika berada di khalayak ramai atau sorang diri.
4. Mengambil makanan sekadar untuk beribadah iaitu sekadar untuk menguatkan diri beribadah kepada ALLAH.
5. Sentiasa membersihkan mulut

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam.”(HR. Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:”Jadikanlah anak-anakmu hanya takut kepada Allah”(HR. Thabrani)
Diantara tertib terpenting bagi orang yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat ialah; Menjauhi sifat-sifat sombong, berlaku kasar, berkata nista dan mencaci maki terhadap orang yang mengerjakan maksiat. Sebab, yang demikian boleh menghapuskan pahala yang besar bahkan mendatangkan dosa dan siksa malah akan menyebabkan kebenaran yang diserukannya itu ditolak oleh orang-orang yang mengerjakan maksiat.(Habib Abdullah Al Haddad)

Seorang mukmin adalah pemimpin bagi dirinya dan selalu menghisab dirinya.(Hasan Al Bashri)

Jika engkau merasakan kekesatan dalam hatimu, maka duduklah dengan orang-orang yang berdzikir dan orang-orang zuhud”(Ahmad bin Abi Al Hawari Ad Damsyiqi)

Jangan remehkan sedikitpun tentang ma’ruf, meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (tersenyum).(HR. Muslim)

Jangan sekali-kali engkau menganggap ada sesuatu lebih penting dari jiwamu sendiri. Karena sesungguhnya, tak ada istilah sedikit dalam perbuatan dosa.(Umar bin Abdul Aziz)

Rasakanlah kerendahan saat engkau ruku’ dalam solat. Karena engkau meletakkan jiwamu pada asalnya, yakni tanah. mengembalikan cabang ke pokoknya, dengan cara bersujud ke tanah yang darinya engkau diciptakan.(Imam Al Ghazali)

Rasulullah SAW bersabda:”Kemuliaan seseorang adalah agamanya, harga dirinya (Kehormatannya) adalah adalah akalnya, sedangkan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya.(HR. Ahmad dan Al Hakim)

Semoga kata-kata mutiara ini menjadi pedoman buat diriku yang selalu lalai dan lupa.

PROGRAM SKOR A

17 dan 18 Julai 2009 telah diadakan program Skor A untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang teknik menjawab yang betul dan mantap seterusnya mendapat markah yang cemerlang.Program dimulakan dengan teknik menjawab subjek Bahasa Arab oleh Uztaz Mohd Zulkhari b. Romli Guru Cemerlang Bahasa Arab pada hari Jumaat. Program diteruskan dengan subjek Pendidikan Islam oleh Pn Nazrah Guru Cemerlang PAI, Bahasa Inggeris oleh Pn Husna dan Sains oleh Pn. Asnieza Ayu dan Pn Rohaizah. Program ini julung kali diadakan bertujuan memberi kesedaran awal pada pelajar tentang kesediaan mereka untuk cemerlang dalam PMR kelak. Pelajar juga dibimbing berdasarkan soalan PMR yang lalu agar mereka dapat pendedahan tentang kaedah menjawab, struktur soalan dan penyoalan juga masa yang perlu diagihkan. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat.Program ini akan disambung secara berkala bagi mata pelajaran lain.

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR BERSAMA USIM

17 Julai 2009, Dr Suhaila Sanip bersama 25 orang mahasiswa/siswi tahun 3 Fakulti Perubatan USIM telah datang untuk perkongsian tentang jurusan perubatan yang ditawarkan di USIM.
Program dimulakan dengan taklimat oleh Dr Suhaila tentang bidang perubatan secara keseluruhannya di USIM. Pelajar begitu tekun mendengar penerangan tersebut. Keadaan ini jelas terbukti dengan kejayaan pelajar menjawab keseluruhan soalan kuiz yang dilontarkan oleh Dr sebanyak 20 soalan dan ditambah 5 soalan lagi juga dapat dijawab oleh pelajar. Semoga minat pelajar ini disokong dengan pencapaian akademik yang tinggi terutama mata pelajaran Biologi, BI, BA, Kimia dan MT serta subjek lain. Umi turut doakan agar ramai lagi lahir DR yang lahir dari As Sharifah. Insyallah.

13 Julai 2009

PERJUMPAAN PERMATA AS SHARIFAH

10 JULAI 2009, Jumaat 12.00 tgh, satu perjumpaan semua mentee dan mentor dalam program Permata As Sharifah telah diadakan. Perjumpaan ini khusus untuk membincangkan tentang perkembangan akdemik mentee dalam peperiksaan pertengahan tahun. Selain itu pertemuan ini juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara mentee dan mentor dalam sesi perluahan perasaan. Kepada semua mentee, teruskan perjuangan untuk melakarkan A dalam semua subjek yang diambil. Insyallah.

06 Julai 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRS

3-5 Julai 2009, satu program Lawatan Sambil Belajar ke Perak telah diadakan. Seramai 30 orang ahli PRS yang terdiri dari PRS tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti lawatan bermatlamat ke MCKK Perak. Tujuan utama perkongsian ini untuk meningkatkan peranan PRS di sekolah. Perbincangan dua hala antara PRS As Sharifah dan PRS MCKK ini berlarutan hingga jam 12.00 tengahari dengan fokus utama tentang peranan, permasalahan dan cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh PRS. Lawatan diteruskan ke Matrikulasi Perak. Di sini pelajar telah didedahkan tentang matrikulasi. Pelajar dapat mengetahui fokus mata pelajaran untuk ke matrikulasi di samping dapat merasai kehidupan di matrikulasi sebagai pendedahan hala tuju pelajar selepas SPM. Lawatan ilmiah ini diharap dapat menambah pengetahuan, pengalaman dan motivasi pelajar untuk mencapai matlamat hala tuju masing-masing selepas SPM kelak.

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR

Satu Progr am Pertukaran Pelajar telah diadakan selama 4 hari bermula 30 Jun 2009 hingga 3 Julai 2009. Program ini melibatkan pemimpin pelajar BADAR dari SMKA Sharifah Rodziah, SMK Tinggi Perempuan, SMK Tun Perak dan SBPI Selandar. Perkongsian PINTAR ini dapat melatih pelajar membuat pilihan terbaik untuk pengurusan organisasi di sekolah masing-masing hasil dari perkongsian maklumat dan pengalaman di sekolah angkat masing-masing. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara sekolah malah dapat juga berkongsi budaya positif di sekolah masing-masing

PROGRAM MOTIVASI - RIMUP

1 JULAI 2009, satu program RIMUP antara SMK Telok Mas dan SMKASR telah diadakan. Antara pengisian yang diberi fokus ialah satu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tn. Hj Shahidin b. Mohd Shah, Pegawai Perhubungan Jabatan Pelajaran Melaka yang menjurus kepada matlamat peperiksaan dan motivasi kejayaan untuk cemerlang. Program ini disertai 135 orang pelajar tingkatan 5 SMK Telok Mas dan 145 orang pelajar tingkatan 5 SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas. Semoga program ini dapat memberi impak besar dalam motivasi diri pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2009. Terima kasih kepada Cik gu Jasmi SMK Telok Mas dan Cikgu Serzali SMKASR sebagai tonggak utama dalam menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.