25 Januari 2010

Mesyuarat Unit Bimbingan Dan Kaunseling 1/2010









25 Januari 2010, satu mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dapat dijalankan dengan hasil gabungan Mesyuarat Unit Sahsiah dan Unit PPDa. Mesyuarat dimulai oleh GPK Hem, Pn Zaini Jani. Beliau menyarankan agar unit-unit di bawahnya dapat menjalankan tugas dan laksanakan program seperti dirancang.
Hasil perbincangan keseluruhannya memfokuskan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek terutama kecemerlangan akhlak.
Pn Pengetua , Pn Hjh Lailawati bt Ahmad, turut menekankan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul. Setiap unit perlu bekerjasama menggembeling tenaga untuk menghasilkan modal insan yang bersahsiah mulia.
'Antara kita semua ada kelemahan tersendiri, oleh itu perlu saling melengkapi'

23 Januari 2010

Pada Setiap Butiran Pepasir Tersingkap Hikmah

Sejak Januari hingga April ini banyak juga sekolah yang Ummi pergi untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar. Sepanjang ceramah, ibu bapa dan pelajar bersemangat untuk mencapai kecemerlangan. Mana tidaknya, apa pun yang berlaku, kecemerlangan dalam peperiksaan itu satu impian yang seolah-olah satu kemestian yang dituntut masa kini. Namun begitu dalam perjalanan yang menyakitkan ini, ada jatuh dan bangunnya. Jatuh dalam pelajaran adalah satu perjalanan yang menyakitkan tetapi sekiranya ia dijadikan titik permulaan untuk anak-anak bangkit semula adalah satu langkah yang sangat penting. Setiap dari kita mempunyai peluang yang sama untuk berjaya tetapi bagaimana seseorang itu merebut sesuatu peluang itu sangat penting. Jangan mengalah selagi keputusannya belum ada di tangan. Sekali jatuh tidak bermakna kita akan jatuh selamanya.
Satu pengajaran "Ada yang kamu tidak sukai tetapi perkara itu baik untukmu, ada pula perkara yang kita sangat suka tetapi sebenarnya perkara itu tidak baik untuk kita.... Renungkanlah

19 Januari 2010

Program Pintar

19 Januari 2010, Unit Bimbingan Dan Kaunseling As Sharifah dengan kerjasama Akademik Rabiatul Adawiyah telah mengadakan seminar Kaedah Belajar Kaedah Al Quran. Dengan bimbingan Uztaz Sulaiman dan Uztazah Nadrah, pelajar telah diberi pendedahan tentang teknik belajar berdasarkan Al Quran. Antara yang ditekankan untuk cemerlang ialah :-
1. Membaca
2. pengurusan Masa
3. Bersugi dan mengekalkan wudhu - Dapat meningkatkan tenaga fikiran, pencuci dosa, menghapuskan kekaratan hati, menerangi hati yang gelap
4. Sembahyang - menuju kejayaan, menghindarkan kemalasan, mendatangkan kegembiraan, mengelokkan struktur otak, meneguhkan mental dan fizikal, meningkatkan kepintaran, menghindarkan penyakit jantung, perut, usus, kencing manis, barah sendi, sakit tulang, sakit mata, telinga, hidung, mengurangkan tekanan darah tinggi, menghindarkan kegemukan dan perut buncit.
5. Tahajud dan Qiamulail
6. Istiqamah
7. Niat
8. Azam
9. Taddaruj / berperingkat
Pelajar juga didedahkan dengan amalan genius ilmuan Islam. Antaranya
1. Surah Ar Rahman - Baca selepas maghrib dan Subuh. Kelebihannya elak pelupa, fikiran tenang, akal kuat dan tidak mudah kelam kabut
2. Surah Al Fatihah - Baca 70 kali dalam segelas air dan diminum. kelebihannya Dapat ilmu dan hikmah, suci hati dan anugerah kepintaran
Amalan Makanan ilmuan Islam
1. Madu - 2 sudu teh pagi dan petang. Untuk rawat penyakit, cerdas fikiran
2. Kismis - mengadap kiblat, baca bismillah, selawat 3 kali, doa penerang hati. makan kemam seperti gula-gula 21 biji sebiji-sebiji. Khasiatnya untuk ubat mengantuk, elak pelupa, kuat berfikir.

14 Januari 2010

Perjumpaan Kelab PRS 1

13 Januari 2010, jam 3.30 petang talah diadakan perjumpaan Kelab PRS yang pertama untuk sesi 2010. Ajk tertinggi telah dilantik untuk memikul tanggungjawab untuk menerajui PRS tahun ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Diharap PRS tahun ini lebih cemerlang seperti tahun lepas. Go Go PRS Go

PRS Junior

12 Januari telah diadakan temuduga untuk memilih PRS Junior. Ramai puteri-puteri yang berminat untuk menjadi PRS. Masing-masing ada niat untuk membaiki diri dan membantu orang lain. Syabas dan tahniah kepada yang terpilih. Moga dapat membantu diri untuk membantu kawan-kawan yang lain. Bagi yang tidak terpilih maaf, cuba lagi pada tahun hadapan.

Penutup Minggu Mahabbah Wal Mawaddah

11 Jan 2010 telah diadakan perasmian penutup minggu Mahabbah Wal Mawaddah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Program telah dirasmikan oleh Pn Hatina Yaakub GPK 1 As Sharifah. Program telah dimulakan dengan bacaan Al Quran, ucapan wakli tingkatan 1, persembahan multimedia sepanjang hari pendaftaran dan program Mahabbah Wal Mawaddah dijalankan. Semoga puteri- puteri bongsu lebih bersemangat waja untuk meneruskan persekolahan di bumi As Sharifah.

06 Januari 2010

Minggu Mahabbah Wal Mawaddah

4 Januari 2010, program Mahabbah Wal Mawaddah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah dirasmikan oleh Pn Hjh Lailawati bt Ahmad, pengetua As Sharifah.

Hari Pendaftaran Tingkatan 1

3 Januari 2010 satu tarikh bersejarah buat puteri-puteri bongsu As Syarifah. Seawal jam 7.30 pagi lagi ibu bapa bersama anak-anak pelajar telah tiba diperkarangan sekolah untuk mendaftar sebagai pelajar baru di tingkatan satu. Seramai 178 orang pelajar mendaftar. Program dimulakan jam 8.30 pagi dengan ucapan pengetua dan YDP PIBG. Tepat jam 10.00 pagi majlis berhenti rehat dan diikuti dengan pembayaran yuran sekolah, PIBG dan asrama. Pengawas dan PRS turut membantu guru dalam urusan pembayaran yuran dan pandu arah ke kamar pelajar. Majlis berakhir jam 1.00 petang