24 November 2010

KURSUS AKRAB JABATAN PELAJARAN MELAKA





24 dan 25 November 2010 telah diadakan Kursus Asas Akrab di peringkat Jabatan Pelajaran Melaka. Antara input yang diberikan ialah kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran menolong dan ciri-ciri penolong dan asas kemahiran kaunseling. Ramai juga kenalan pegawai yang turut hadir sama untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran asas menolong.Tahniah kepada Pak Ca kerana berjaya mengadakan kursus ini. Bagi rakan-rakan AKRAB yang masih baru dalam bidang ini teruskan dan belajar menerima dengan hati terbuka. Moga semua peserta dapat bina diri dan membantu orang lain. Insyaallah.

'Sesungguhnya hati itu tempat bertanam maka tanamkanlah padanya perkataan yang bagus. Seandainya tidak tertumbuh semuanya akan tertumbuh sebahagiannya.
Pesan LukmannulHakim

15 November 2010

Lawatan Perkongsian Rakan Pembimbing Penjawat Awam (AKRAB) Jabatan Ketua Menteri




25 November 2010, Sekumpulan seramai ahli AKRAB Jabatan Ketua Menteri telah datang ke SMKA Sharifah Rodziah sebagai satu perkongsian ilmu menolong. Majlis diserikan dengan ucapan aluan oleh Pn Hjh Lailawati Ahmad pengetua As Sharifah dan ucapan balas Pn Hjh Munsini Pengerusi AKRAB Jabatan Ketua Menteri.
Perkongsian maklumat diteruskan dengan pembentangan tentang Unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya As Sharifah.
Pihak AKRAB juga telah mengadakan lawatan sekitar bilik Bimbingan Dan Kaunseling

12 November 2010

Persediaan Menghadapi perjuangan SPM 2010

Sejarah dunia telah membuktikan kejayaan adalah hak semua orang yang sentiasa berusaha dan belajar secara istiqamah tanpa memikirkan berapa kali menghadapi kegagalan.
Harapan Umi lebih ramai lagi pelajar berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan.

Demam peperiksaan telah bermula. Anak-anak hendaklah terus menjaga kesihatan diri.Ambillah ubat ikut nasihat doktor. Dari segi persediaan rohani pula, anak-anak teruskan dengan solat hajat, solat Dhuha, membaca Al Quran dan sentiasa zikir dan doa minta ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bertawakallah pada Allah di atas segala usaha yang anak-anak telah lakukan. Insyaallah kemenangan akan datang.

Jika engkau merasakan kekesatan dalam hatimu, maka duduklah dengan orang-orang yang berdzikir dan orang-orang zuhud”(Ahmad bin Abi Al Hawari Ad Damsyiqi)

Jangan remehkan sedikitpun tentang ma’ruf, meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (tersenyum).(HR. Muslim)

Jangan sekali-kali engkau menganggap ada sesuatu lebih penting dari jiwamu sendiri. Karena sesungguhnya, tak ada istilah sedikit dalam perbuatan dosa.(Umar bin Abdul Aziz)

Rasakanlah kerendahan saat engkau ruku’ dalam solat. Karena engkau meletakkan jiwamu pada asalnya, yakni tanah. mengembalikan cabang ke pokoknya, dengan cara bersujud ke tanah yang darinya engkau diciptakan.(Imam Al Ghazali)

Rasulullah SAW bersabda:”Kemuliaan seseorang adalah agamanya, harga dirinya (Kehormatannya) adalah adalah akalnya, sedangkan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya.(HR. Ahmad dan Al Hakim)

Jadikanlah aku anak yang lebih baik...Yang benar-benar memahami ibubapaku...
Doa buat anak-anakku SPM 2010

Ya Allah,Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seluruh AlamSelawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah....Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa padaMu.
Dosa-doa besar Dosa-dosa kecil
Dosa-dosa yang aku lakukan secara sengaja mahupun secara tidak aku sedari.
Aku mohon padaMu Ya Allah
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku itu...Ya Allah

Jadikanlah aku seorang yang penyayang,bersopan santun, tenang, dan sabar
Jadikanlah aku seorang yang jujur dan baik hati
Ya Allah, Aku mohon padaMu . Jauhkanlah aku daripada memalukan mereka
Jauhkanlah aku daripada memperbodohkan mereka
Jauhkanlah aku daripada menghina mereka
Jauhkanlah aku daripada menzalimi mereka
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Berikanlah aku petunjuk yang benar.
Berikanlah aku keredhaanMu. Berikanlah aku kekuatan rohani dan jasmani.
Berikanlah aku nikmat kasih sayang sejati. Berikanlah aku taufiq dan hidayahMu.
Berikanlah aku keimanan dan disiplin yang tinggi.
Ya Allah Ya Tuhanku. Layakkan aku menjadi anak yang baik..
Yang sangat mengasihi kedua ibu dan bapaku sebagaimana mereka mengasihi diriku semasa aku masih kecil dahulu.
Layakkan aku menjadi anak yang dikasihi.
Layakkan aku menjadi anak harapan yang dapat membela nasib dan masa depan keluargaku. Layakkan aku menjadi contoh dan ikutan yang baik Untuk adik-adikku....

Ya Allah, sesungguhnya aku amat memerlukan pertolonganMu. Mudah-mudahan aku dapat menyumbang hadiah terbaik buat ibu ayah, keluarga, guru-guru, kawan-kawan .......

11 A

06 November 2010

Emosi .... senangnya hati tersentuh

Bila usia meningkat, emosi kita juga mudah tersinggung dan tersentuh. Rasa bahagia tiba-tiba berduka kerana tidak tahan dengan perilaku orang lain. Kata-kata kan lebih tajam dari mata pedang.Oleh itu kawalan diri sangat penting agar tidak meletakkan syarat rasa bahagia kita pada orang lain. Setiap orang punyai hak untuk berkata-kata dan berprasangka tapi kita pula bagaimana.... adakah mahu kalah dengan situasi atau mengikut kata hati.Akhirnya timbul permusuhan dan perbalahan.

Untuk kali ini Ummi cetusan idea ini datang apabila Ummi membaca majalah Haluan tentang "Mengatasi Rasa Tersinggung" oleh Pn Norlida Md Top

Kenapa kita mudah tersinggung? Orang yang mudah tersentuh kerana selalu menilai dirinya lebih daripada kenyataan, merasa pandai, merasa hebat, merasa soleh dan merasa lebih dari orang lain. keadaan ini berubah bila orang lain menilai kurang sedikit dari apa yang dirasa maka timbullah perasaan tersentuh, geram dan sakit hati. Justeru itu kita hendaklah menilai diri kita seadanya. sebagai insan yang tidak lari dari serba kekurangan. walau sehebat mana kita ada kekurangan yang kita miliki.Latih diri untuk bersikap kesederhanaan dan anggap semua ini adalah amanah agar kita tidak tamak dengan penghargaan. Memang sukar untuk dilaksanakan tetapi jika rasa kehambaan timbul kita akan dapat merasakan ilmu dan kelebihan kita hanya pinjaman Allah. Sebenarnya kita tidak punya apa-apa hanya milikNya.

Kita juga perlu melihat orang lain juga mempunyai kelebihan dan memberi manfaat sesama kita.Setiap yang berlaku itu adalah ujian bagi kita untuk menentukan tahap kesabaran kita. Kita tidak berhak untuk memaksa orang lain berfikir dan berbuat seperti yang kita kehendaki. Sebaliknya kita yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan.Belajarlah memaafkan orang lain walaupun sakit kerana ianya berbaloi.Mudah-mudahan kita lebih bahagia untuk mendapat cintaNya dan berbahagi sesama kita.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (QS:2:156)