16 Februari 2010

Program Mercu Kecemerlangan PMR

11 dan 12 Februari 2010 telah diadakan program Mercu Kecemerlangan PMR. Program dimulakan dengan motivasi kecemerlangan oleh Ustaz Hanuar Mohd Talib JIM Melaka. Beliau menekankan tentang ciri-ciri pelajar cemerlang. Dalam slot Muhasabah dengan tajuk "Meniti Angin Malam", beliau banyak menyentuh hubungan dengan kawan-kawan, guru dan ibu ayah. Dengan zikir, salawat dan alunan nasyid begitu syahdu sehingga membuat para peserta menangis keinsafan.
Pada 12 Februari 2010, bermula jam 2.45 petang ibu bapa sudah mula hadir untuk mengikuti program Motivasi "Menyemai Kasih Menuai Sayang" yang telah disampaikan oleh Abang E dari AsasInsan Resources and Training. Program diakhiri dengan doa dan ikrar pelajar. Harapan kepada semua anak-anak puteri tingkatan 3 moga berjaya mengukir sejarah cemerlang PMR seterusnya lebih cemerlang dalam mengukir peribadi diri sebagai insan.

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya". (H.R. Ahmad)

11 Februari 2010

Jasamu Dikenang .... sepanjang zaman

Tanggal 11 Februari 2010, Majlis Jasamu Dikenang untuk Pn Hjh Rosima bt Buang telah diadakan sempena hari persaraan beliau dari dunia pendidikan. As Sharifah kehilangan satu tokoh guru yang sangat komited dengan tugasan yang diberi.

Pn Hjh Rosima bt Buang dilahirkan pada 13 Februari 1954. Beliau mendapat pendidikan ilmu perguruan di MPSI Tanjung Malim sekarang Institut Perguruan Tanjung Malim. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan lapan orang anak 3 lelaki dan 5 perempuan

Perjumpaan Kelab PRS 3

10 Februari 2010, Kelab PRS telah membuat satu lagi pertemuan. Kali ini PRS Senior telah melatih PRS baru dengan LDK - Taaruf, Perkenalan, harapan dan luahan pengalaman. Objektif perjumpaan kali ini adalah untuk membina hubungan lebih inteam di kalangan PRS. Selain itu PRS senior dilatih untuk mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan.
Syabas kepada semua PRS kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberi.

09 Februari 2010

Forum Kepimpinan Pengawas








Tanggal 8 Februari 2010 Barisan Kepimpinan Pengawas di bawah pimpinan guru pengawas Pn Norkhayati Ngosman dan barisan guru pengawas As Sharifah telah mengadakan forum kepimpinan pengawas. Tema yang dipilih ilalah "Kepimpinan Pengawas Cemerlang, Sekolah Terbilang". Ahli forum terdiri daripada pemimpin pelajar SMKA Sharifah Rodziah, SBPI Selandar, Sekolah Tinggi Perempuan dan SMK Dang Anum.
Program ini dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Program ini juga menjadi satu lagi saluran pemimpin pelajar berbincang secara terbuka tentang kepimpinan dan pemasalahannya. Pelajar biasa juga dapat memberi pandangan mereka dari kaca mata ahli organisasi bawahan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemimpin pelajar.

08 Februari 2010

Menggapai Impian .....satu kepastian

Puteri-puteriku kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai. Siapa pun yang ingin berjaya, dia perlu mengejar impian itu. Ya..mengejar, bukan sekadar bersenang-senang. Gaya orang berjaya berjalan pun lain. Langkahnya cepat, macam dikejar sesuatu. Bayang-bayang kejayaan sentiasa menghambat kerana dia ada matlamat. Orang yang berjaya sentiasa mengejar masa, kerjanya tidak bertangguh, tidak banyak alasan tetapi banyak tindakan.
Kalau diikutkan memang susah untuk berjaya tetapi lorong ini telah dilalui oleh ribuan malah puluhan pelajar yang telah berjaya sebelum ini. Justeru itu anak-anak perlu ada perancangan. beri keutamaan kepada kerja-kerja yang lebih penting seperti membuat kerja sekolah, solat, puasa dan berdoa misalnya. Lambatkan sedikit kerja-kerja seperti berbual, melepak. Kita perlu belajar dari pengalaman orang lain dan dijadikan panduan untuk diri kita.
Lebih banyak usaha yang kita lakukan untuk mengejar perasaan ini, lebih tinggi kebahagiaan yang kita bakal kecapi.
Cuba kita tanya kepada orang yang berjaya di sekeliling kita "Bilakah saat anda paling gembira dalam hidup anda ?"
Jawapan yang kita akan terima adalah mengenai kesusahan masa lepas yang pernah dilalui, Jatuh bangun untuk mencapai erti sebuah kejayaan yang sungguh membawa makna.
Jangan patah semangat atau sedih dengan prestasi kita sekarang. Kita teruskan usaha kita. Lebih banyak usaha dan pengorbanan kita, lebih bahagia kita mengenangkan saat ini.
Satu hari nanti, bila keputusan PMR/SPM keluar kita akan dapat rasakan segala kesusahan terbalas dengan impian cemerlang yang dapat digapai.
Hargai saat ini. Berusaha lebih keras untuk kebahagiaan lebih besar....TEKAD GAPAI IMPIAN.

06 Februari 2010

Karnival Anti Dadah Peringkat Sekolah

Sempena Minggu Anti Dadah 2010 ,Unit Pencegahan Dadah As Sharifah sekali lagi telah mengadakan pelbagai pertandingan dan aktiviti dalam usaha untuk menjadikan warga As Sharifah terus unggul tanpa dadah. Program yang dibuat saban tahun ini bertujuan menyebarkan maklumat kepada semua warga As Sharifah akan bahaya dadah di samping mencungkil bakat pelajar dalam pelbagai acara.



a)Pertandingan Melukis Poster (1Februari 2010)

Tempat Pertama - Nor Saleha Ismail 2F
Tempat Kedua - Nurul Syuhada Mazli 2A
Tempat Ketiga - Nur Quratul ain Rozaimme 2Z




b)Pertandingan Mendeklamasi Sajak (3 Februari 2010)
Tempat Pertama - Ain Adibah Roslaile 1 F
Tempat Kedua - Safwah Najihah Baharin 3S
Tempat Ketiga - Nor Husnaton Najiha Yahya 4Ik
Saguhati - Norzalilah Ismail 3Z
Saguhati - Nurul Syuhadah Mazli 2A

C) Kuiz (1 -5 Februari 2010)

1. Nadia Amirah Zakaria 4AK
2. Nor Syuhaida Isa 5Ik
3. Nurul Nasuha Rozman 5IR
4. Ummi Athirah Zamri 5IS
5. Aqilah Khairunnisa Hasan 5IS
6. Nur Liyana Abdul Rahim 5IS
7. Nur Amirah bt Mohd Ali 5IS
8. Ummi Khalthum zulkifli 5IS
9. Nur Sabrina Mohd Hilmi 5IS
10. Siti Nor Farahani Mohd Sani 5IS

01 Februari 2010

Majlis perasmian Minggu Anti Dadah 2010






1 Februari 2010, Program Pendidikan Pencegahan Dadah telah dirasmikan oleh ASP Soh Heng Chai, Ketua Bahagian Nakotik Polis Daerah Melaka Tengah yang telah menggantikan YDH ACP Salehhudin bin Abd Rahman, Ketua Polis daerah Melaka Tengah. Beliau menyarankan agar semua pelajar berhati-hati dengan kegiatan haram ini yang banyak melibatkan pelajar sekolah dan IPT.
Program PPDa ini dimulakan dengan Minggu Anti Dadah. pelbagai acara telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang minggu ini iaitu edaran buletin, kuiz, pertandingan melukis poster, deklamasi sajak, menulis esei dan ceramah. Semoga dengan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010 ini dapat menjadikan As Sharifah terus unggul tanpa dadah
" 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"