19 Mei 2010

Hari Guru

16 Mei 2010 satu detik bersejarah penuh gilang gemilang perayaan Hari Guru disambut di bumi As Sharifah. Program tahun ini dimulakan dengan acara sukaneka dan explorace. Anak-anak pelajar dapat melihat gelagat guru-guru yang disayang dengan gaya tersendiri dan penuh bersemangat untuk memenangi acara yang dijalankan. Syabas diucapkan dengan semangat juang guru yang sepatutnya anak-anak contohi.
Jam 10.00 pagi acara dewan dimulakan dengan perarakan masuk barisan guru-guru yang didahului dengan barisan pentadbir. Acara diteruskan dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Uztaz Fakrur diikuti dengan bacaan perutusan KPPM oleh Pn Mariam Abdullah dan perutusan Menteri Pelajaran oleh Tn Hj Ibrahim Md Nor. Seterusnya adik Mahirah Mokhtar selaku ketua pelajar telah memberikan ucapan seterusnya ucapan pn pengetua dan ucapan wakil PIBG. Guru-guru telah membaca ikrar dan menyanyikan lagu 'Guru Malaysia' dan dikuti dengan persembahan guru. Acara ditutup dengan penyampaian hadiah, acara memotong kek dan persembahan multimedia.
Syabas diucapkan kepada semua anak-anak pelajar tingkatan 5 ,selaku AJK Hari Guru kerana berjaya menjalankan satu tanggungjawab di saat getir menjalani peperiksaan pertengahan tahun sehingga terhasilnya nostalgia indah buat kenangan guru-guru As Sharifah. Semoga anak-anak berjaya cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. Amin

13 Mei 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun




10 Mei 2010 bermula peperiksaan pertengahan tahun. Seperti biasa ummi bersegera untuk datang ke sekolah untuk bersama-sama anak-anak sebelum menduduki peperiksaan. Ummi sempat pergi ke kelas 5AK untuk memberikan motivasi dan persediaan dari segi emosi. Anak-anak nampak lebih bersedia dan ceria pada hari itu. Ummi harap anak-anak terus bersemangat dan sentiasa tenang ketika menjawab soalan peperiksaan.


Good Luck.....anak-anak mampu melakukannya.