29 Julai 2010

Program Puteriku Sayang







Pada 28 Julai 2010, para pelajar Program Puteriku Sayang sekali lagi dikumpulkan secara rasmi. Program kali ini agak unik di mana para peserta dapat berkongsi pengalaman dengan peserta program pada tahun 2009. Kakak-kakan mentee turut memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada adik-adik. Di akhir sesi perjumpaan diumumkan seorang peserta paling aktif iaitu adik Fadhlin bt Ayob, mentornya Pn. Azizah Abdullah. Beliau dipilih kerana kerapannya berjumpa mentor dan guru-guru untuk mendapatkan bimbingan atas inisiatif sendiri. Tahniah dan syabas moga menjadi ikutan pada anak-anak yang lain.

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biarlah berfaedah.

Cara terbaik dan tercepat untuk menghargai orang lain adalah dengan mencuba mengerjakan pekerjaan mereka.

24 Julai 2010

Program Khas Pelajar Tingkatan 3

23 Julai 2010, seawal jam 7.00 pagi pelajar telah berkumpul di surau untuk majlis bacaan Yassin yang dipimpin oleh Uztaz Mohd Zulhairi. Sebaik selesai,Cik gu Aziz Mohd Rasol selaku penyelaras telah memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar seterusnya menjelaskan tujuan program dijalankan adalah berfokus kepada kesediaan rohani. GPK 1 turut memberikan semangat kepada pelajar untuk mencapai matlamat cemerlang 9A. Majlis diakhiri dengan solat Dhuha. Terasa sejuk dan tenang hati ketika berada di rumah Allah. Mudah-mudahan majlis ini diberkati dan merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh anak-anak pelajar.

14 Julai 2010

Perjuangan belum berakhir....ia baru bermula

Anak-anak, program Seiring Jalan kita akan diadakan Jumaat 16 Julai 2010. Rata-rata ada anak-anak yang gembira dan tidak kurang juga yang cemas dan bimbang dengan kehadiran ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan. Apapun yang berlaku sudah menjadi sejarah. Apa yang penting ialah yang akan kita harungi di hari mendatang.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

.Kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang kuat. Seorang yang kuat dari segi pemikiran, fizikal, ilmu dan tindakan.

Orang cemerlang adalah orang yang melatih dirinya untuk sentiasa bekerja kuat, optimis pada masalah serta bersangka baik dengan musibah.

Dia menerima kesilapan dengan pemikiran positif serta tidak pernah merasa menyesal di atas segala salah dan silap yang dilakukan olehnya.

Frasa ‘work hard, work smart’ sudah jadi kurang sesuai pada hari ini.

Pilihlah untuk menggunakan frasa ‘work hard in smart way’.

Dalam kita bekerja kuat, kita perlu bekerja dengan cara yang pintar supaya kerja kita benar-benar mendatangkan hasil. Kita rugi apabila kita bekerja keras tapi hasil kerja kita kurang memuaskan.Insyaallah anak-anak teruskan usaha, kaji kekuatan dan kelemahan diri. Perbaiki kelemahan, kongsi kekuatan, cari kumpulan belajar agar kita sentiasa merasa kuat dan sokong menyokong antara satu sama lain.

Program Puteriku Sayang

14 Julai 2010, satu lagi program kecemerlangan akademik telah dijayakan dengan kerjasama unit Bimbingan dan kaunseling dan unit kurikulum yang didukung sepenhunya oleh Cik gu Lyn dan Pn Rohaya selaku penyelaras. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, ucapan pengetua dan majlis penyerahan mentee kepada mentor terpilih. Program ini lebih berbentuk sentuhan, perhatian dan motivasi mentor kepada mentee. Di samping itu, mentee juga bertanggungjawab berjumpa dengan mentor mengikut kesesuaian dan insiatif masing-masing. Perjumpaan yang kerap, keputusan yang meningkat dan akhlak yang bertambah baik adalah kriteria mentee dan mentor cemerlang yang akan diberi penghargaan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar dari lulus kepada cemerlang. Insyaallah.

08 Julai 2010

Program Permata As Sharifah 2010

7 Julai 2010 jam 7.30 pagi, telah diadakan program penyerahan mentee kepada mentor oleh Pengetua Pn Hjh Lailawati bt Ahmad. Satu lagi program kecemerlangan yang dianjurkan dengan harapan lebih ramai calon SPM 2010 mendapat 11/10 A+. Bagi anak-anak yang tidak tercalon jangan bersedih kerana anak-anak merupakan berlian yang bersinar kalau dijaga, diasah semaksimumnya. Apa yang penting kita semua ada peranan yang dipertanggungjawabkan. Kejayaan setiap orang puteri merupakan sumbangan penuh makna buat ibu ayah tercinta, keluarga, seluruh warga As Sharifah, JPM dan ......
Apa yang penting perjuangan ini di susuri dengan ikhlas dan pasrah kepada Sang Pencipta.

Mentor Mentee
1. Pn. Hatina Yaakub - 1. Alia Amalina Abd Latif 2. Nur Amirah bt Ab Rahman
2. Pn Zaini Jani - 1. Syazwani Mansor 2. Nur Liayana Abd Rahim
3. Tn. Hj Ismail Md Ali - 1. Nurazzah Azraie 2. Noorul Shafiqah Baharom
4. Pn. Rubiah Md Noh - 1. Ruslina Ibrahim 2. Huda Shamilah Muhamad Nasir
5. Pn. Fazilatulliza bt Abu Bakar - 1. Nashrah Mohd Rahimi 2. Nor Azreen Mohamad Nasir
6. Pn. Suriani Md Zahari - 1. Nur Fatin Nadhirah Sulaiman 2. Mahirah Mokhtar
7. Pn. Norain Zakaria - 1. Nurul Bahirah Saifuddin 2. Nur Amalina Ismail
8. Pn. Kamariah Abdullah 1. Nora izatie Zailan 2. Nurulhuda Borhan
9. Pn. Norhaslina Hassan 1. Nur Zahirah Abd Rani 2. Syahirah Abdol Razak
10.Irma Martiny Md Yasim 1. Aishah Mohamed 2. Fairuz Shafiqah Abdullah