21 Oktober 2010

Negeri Melaka Maju Berteknologi Hijau

20.10pm 20.10.2010 satu detik bersejarah kepada seluruh rakyat Negeri Bersejarah membawa tuah.
Di sebalik kejayaan ini marilah anak-anak puteriku renungkan dengan diri anak-anak sendiri.Sekarang ini semua puteri tingkatan 5 telah dapat menilai sejauhmana impak pembelajaran dan sahsiah anak-anak dapat dizahirkan dalam peperiksaan percubaan.Ada yang berjaya cemerlang, ada yang alami peningkatan dan ada juga yang agak kecewa dengan target yang tidak kesampaian. Pelbagai rumus kedengaran. "Camner ni target lain dapat lain","saya study gila-gila juga tapi hasilnya tak seberapa", "ada kawan tak nampak pun study tapi resultnya gempak".

Keluhan ini jangan dibiarkan bermain dalam pemikiran kita. Apa yang penting ialah kaji kelemahan, susun strategi dan buat sehabis baik dengan‘work hard in smart way‘. Belajar secara perkongsian pintar. Maksudnya, rajin berusaha menggunakan cara yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya rajin berusaha menggunakan puluhan cara tapi kurang mendapat hasil. Berapa kali anda gagal tidak penting tetapi berapa kali anda bangun berusaha untuk mencuba yang terbaik dalam diri itu yang lebih utama. Anak-anak sudah mula berfikir mengenai kejayaan itu juga sudah menunjukkan minda anak-anak sudah ke arah yang betul.

Fikir dan buat maksudnya, Anda terfikir satu idea (matlamat) yang Anda mahu capai, tuliskan idea tu (supaya Anda tak lupa), fikirkan strategi kemudian terus buat!

Motivasi Anda akan membara apabila Anda bergerak, yakni melaksanakan apa yang dirancang. Sentiasa fikir dan buat, fikir dan buat. Anda akan perasan yang motivasi Anda tetap membara.

Motivasi Anda tak akan membara (..dan tak akan membara-bara) bila mana Anda terfikir satu idea, Anda tulis kemudian tak buat apa-apa. Idea tu cuma sekadar idea (matlamat) tidak menyumbang apa-apa pada tahap kemajuan diri Anda.

Walaupun Anda berisiko menemui kegagalan, usaha lagi, yang penting Anda teruskan bergerak supaya motivasi dalam diri Anda terus menerus membara
(petikan artikel dari imotivasi)


Teruskan perjuangan anak-anak walau pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui. Ummi sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak. Insyaallah