19 Jun 2011

SEMINAR KERJAYA 2011







Sabtu, 18 Jun 2011, satu lagi inovasi telah dilakukan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKASR untuk mengadakan seminar kerjaya yang lebih berinformasi dan interaktif. Seminar Kerjaya ini telah diadakan secara kolaborasi dengan Kelab Remaja Islam (KRIM) dan dengan kerjasama PPD Melaka Tengah, PEMBINA dan MARA. Seminar ini juga telah melibatkan 360 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari As Sharifah, SMKA Sultan Muhammad, SMK Munshi Abdullah, SMK Teknik Bukit Piatu, SMK Tun Syed Zahirruddin dan SMA Sayidah Khadijah.
Seminar kali ini telah dirasmikan oleh Pn Salina Sharif, Kaunselor Organisasi Daerah PPD Melaka Tengah. Pameran dari IPTA dan IPTA yang terlibat ialah USIM, KUIM, Kolej Risda, MMU, Politeknik, Stanford College. Pengisian kali ini lebih mantap dengan bengkel perkongsian bersama profesional (doktor, jurutera, bidang agama, keusahawanan dan perakaunan. Program diakhir dengan slot forum tentang kerjaya dan pendedahan di alam ipt.

17 Jun 2011

NILAI DIRI REMAJA



"Langkah pertama untuk anda berjaya adalah dengan mengatakan bahawa anda mempunyai nilai diri".

Apa yang dimaksudkan dengan nilai diri?
Ia adalah bagaimana anda menilai diri anda sendiri dan memberikan keutamaan kepada keperluan diri anda.

Mengapa anda kurang nilai diri?
Ia disebabkan oleh rasa kekurangan berpunca dari pengalaman lalu yang:
Mendedahkan anda kepada tragedi dan maklum balas yang negatif.

  • Contoh:
    • Sering diperkecil-kecilkan
    • Sering dipersalahkan atas sesuatu kejadian buruk
  • Tidak dihargai
  • Tidak mendapat kasih sayang

Bagaimana anda tahu bahawa anda kurang nilai diri?
Kekurangan nilai diri akan mengakibatkan anda:

  • Memperkecilkan diri sendiri di hadapan rakan-rakan
  • Tidak mengindahkan keperluan fizikal, mental dan rohani
  • Sering memperkecilkan kebolehan diri sendiri
  • Tidak dapat menguruskan masa dan kemudahan yang ada dengan baik
  • Perasaan:
    • Ahli keluarga yang paling hina
    • Tidak diperlukan dan terpinggir
    • Serba tak kena
    • Hina di dalam masyarakat

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak bertindak?
Ia akan menjadikan anda:

  • Merasa rendah diri
  • Merasa tidak bahagia
  • Memencilkan diri dari rakan-rakan
  • Menganggap bahawa diri anda tidak berguna
  • Tidak dapat menguruskan kehidupan

Bagaimana anda memperbaiki nilai diri?
Lakukan yang berikut:

  • Berfikiran positif
  • Terima diri anda seadanya
  • Bertanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri
  • Belajar kemahiran baru untuk kepuasan diri

ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA

lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

  • Nilai yang ingin anda pilih
  • Memilih rakan sebaya
  • Arah masa depan anda
  • Cita-cita anda

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa

HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI

  • Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
  • Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
  • Amanah
  • Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
  • Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Menabung untuk masa depan anda.

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.

  • Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
  • Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
  • Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda

APAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT

Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.

Bil.AktivitiYaTidak
1.Makan pemakanan seimbang dan sihat...
2.Bersenam tiga kali seminggu secara tetap...
3.Tidur dan rehat secukupnya...
4.Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan...
5.Tidak merokok...
6.Tidak menggunakan dadah...
7.Tidak meminum arak...
8.Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah...
9.Tidak memandu laju/berlumba haram...
10.Mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga...

Jika jawapan anda 'YA' bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalah seorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab 'Tidak' bagi satu soalan atau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Anda boleh meminta bantuan dari:-

Di mana boleh anda dapatkan bantuan?
Anda perlu mendapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru agama

ATAU
Dapatkan nasihat kepakaran dari:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

14 Jun 2011

IMPIANMU INSPIRASIKU....YAKINLAH PADA TALI ALLAH


Apa matlamat Anda? 9A PMR, 11A+ SPM, Doktor, peguam, jurutera atau sebagainya
Sama-samalah anak-anak bekerja keras mengejar matlamat kita.
Hidup mesti mahu ada sasaran, ada strategi dan dikuasakan sikap positif, barulah kita boleh bahagia, boleh berjaya.
Kejayaan anak-anak merupakan kegembiraan terbesar buat diri ummi. Lagipun, ummi bukannya siapa-siapa, cuma orang biasa.
Ummi mahu melihat anak-anak jadi orang luar biasa sebab dalam masa yang sama, ummi juga akan terdorong jadi luar biasa.
Sebab kedua, ummi mahu memajukan anak-anak, orang lain dan kawan-kawan ummi walaupun terlalu banyak kekurangan ummi.
Ilmu yang ummi ada, saya kongsikan sebanyak mungkin.
Dengan mengongsikan ilmu, ummi akan dapat mempelajari lebih banyak ilmu.
Buat masa ni ummi mendalami ilmu kemanusiaan, psikologi dan ilmu minda.
Ummi percaya apabila kita lebih pentingkan kemajuan orang lain dari kemajuan diri sendiri, dalam masa yang sama kita pun akan maju semaju-majunya.
Rezeki jadi murah, hidup jadi bahagia.
Ummi mahu berjaya, sebab tu sekarang ni ummi tinggalkan motivasi di sini supaya anak-anak mendapat semangat yang saya ada – semangat nak berjaya.
Walau siapapun anak-anak, ummi percaya kita sama – nak berjaya dalam hidup, nak berjaya dalam apa yang kita usahakan. Tugas ummi adalah untuk memberi semangat pada Anda, tugas anak-anak pula adalah untuk memberi semangat pada ummi kerana kita perlu saling melengkapi.
Tulus dari hati, ummi mengucapkan terima kasih yang amat sangat kerana anak-anak selalu menyokong ummi.
Moga hidup anak-anak dibahagiakan, segala permintaan anak-anak diperkenankan, perjalanan hidup dipermudahkan. Anda semua menjadi anak yang baik, anak soleha penyejuk mata.Amin…

09 Jun 2011

PERSAHABATAN MENUNTUT KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN



Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan nilai kejujuran amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anak-anak, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anak-anak

Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.


Anak-anak harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.

Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Tahukah anda, kerana tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.

Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa kita. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.

Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda…Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat anda ? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam ?

Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.

05 Jun 2011

MUHASABAH CINTAMU



Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…


Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu