18 Julai 2011

SUDUT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH






Sudut PPDa telah dibuat penambahbaikan untuk memastikan bahan yang ditayangkan terkini dan boleh digunakan dan dibaca oleh pengunjung. Tujuan sudut ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang dadah dan bahayanya. Setiap individu perlu tahu tentang cara menghindarkan diri dari bahaya dadah, rokok, inhalan dan seks bebas.
Sudut PPDa telah dinilai untuk ke pertandingan peringkat negeri.


17 Julai 2011

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya

Bagaimana anda memilih satu bidang kerjaya?

Bidang kerjaya dipilih berpandukan kepada faktor-faktor berikut :
1. Personaliti
Setiap individu ada ciri-ciri personalitinya yang tersendiri seperti suka berkomunikasi dengan orang lain, agresif, analitikal, suka mempengaruhi orang lain dan sebagainya. Pekerjaan yang dipilih adalah lebih baik jika sesuai dengan personaliti seseorang individu itu.

2. Minat
Minat seseorang individu boleh diukur dengan menggunakan Ujian Minat. Ada individu yang minat kepada seni lukis akan memilih bidang kerjaya seperti Arkitek.

3. Bakat
Bakat seseorang itu adalah kurniaan Tuhan seperti bakat menyanyi. Individu yang berbakat dalam bidang seni tentu berminat untuk menjadi seorang penyanyi atau pelakon.


10 Julai 2011

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS: AL JAUHAR - PENYERAHAN MENTEE KEPADA MENTOR

Mentor dan mentee bergambar beramai-ramai.
Uz. Abd Razak Samsudin bersama menteenya Nur Farhanah Zainal
Bonda Pn Hjh Hamizah Hassan bersama menteenya Nurul Hanis Samsudin

6 JULAI 2011, RABU satu majlis penyerahan 18 orang mentee kepada mentor telah berjaya dijalankan. Anak-anak mentee telah diserahkan kepada mentor yang dipilih oleh mentor sendiri untuk diberikan motivasi, mencari penyelesaian masalah dan berkongsi rasa apa juga yang dihadapi oleh mentee. Semoga program ini dapat membuahkan hasil kecemerlangan straitghts A.

02 Julai 2011

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2011






Tanggal 1 dan 2 Julai 2011 bersamaan 29 dan 30 rejab 1432H,bertempat di Pusat Latihan KEMAS Serkam, seramai 70 orang pemimpin yang terdiri daripada pengawas,pengawas pusat sumber dan Pembimbing perRakan Sebaya telah dilatih untuk menjadi pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mantap dan boleh menjadi contoh kepada pelajar lain.
Program dimulakan dengan slot ice breaking yang bermotifkan kasih sayang dan ukhuwah dalam organisasi kepimpinan.Peserta telah dibahagikan kepada lapan kumpuilan. Pada sebelah petangnya pelajar didedahkan dengan permainan 'leadership games' dikuti dengan LDK'paperaeroplane' pada sebelah malamnya. Dalam slot ini pelajar diminta membina kapal terbang untuk tahun 2040. Pelajar dilatih kreatif, berani mempertahankan hak dan berkeyakinan. Slot LDK 'Rama-rama dan kepompong' telah menekankan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada pemimpin dan ujian menguji keyakinan diri dengan memijak sepapan telur tanpa pecah dan LDK 'bulat air kerana pembetung dan LDK 'budi setahun segunung Intan' banyak menekankan nilai kerjasama dan tolong menolong dalam menjalankan tugasan.
Program kerohanian turut diselitkan dengan tazkirah maghrib dan qiamulail.
Di samping itu, sempena program 1 murid 1 sukan 1 Malaysia, peserta juga dibawa berlari di sekitar Kampung Serkam.
Harapan ummi agar anak-anak dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam kepimpinan seharian. Moga organisasi kepimpinan sekolah mencapai tahap yang membanggakan. Insyaalah.

PROGRAM SELEPAS SPM

KE MANA ANDA SELEPAS SPM?



UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA

1. Universiti Malaya

Tel : +603-7967 7022/3273

Fax : +603-7956 0027

E-mel : icr@um.edu.my

2. Universiti Sains Malaysia

Tel : +604-653 3140/3314

Fax : +604-658 9666

E-mel : pro@notes.usm.my

3. Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: +603 8921 5555,

E-mel: webmaster@ukm.my

4. Universiti Putra Malaysia

Tel: 03-8946 6000

Fax: 03-8948 7273

E-mel:webmaster@putra.upm.edu.my

5. Universiti Teknologi Malaysia

Phone : (6)07 – 5530463

Fax : (6)07 – 5581791

E-mel : upa@utm.my

6. Universiti Utara Malaysia

Tel : (604) 928 3168 / 3108 / 3174

Fax : (604) 928 3115

E-mel : hea@uum.edu.my

7. Universiti Malaysia Sarawak

Tel: + 60 82 581 000 /+60 82 581 388

Fax: +60 82 665 088

8. Universiti Malaysia Sabah

Tel: (+6088) 320000 atau 320474

Fax : (+6088) 320223

E-mel : crd@ums.edu.my

9. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tel: +605-4506624

Faks : +605-4582670

E-mel : akademik@upsi.edu.my

10. University Teknologi Mara

Tel : +603-55442000

11. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tel: (+603) 6196 4000

Fax: (+603) 6196 4053

E-mel: webmaster@iium.edu.my

12. Universiti Malaysia Terengganu

Tel : +609-6684391

Faks : +609-6684390

Emel : pro[at]umt.edu.my

13. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tel: +607-453 7000/7025/7020

Fax: +607-453 6337

E-mel: webmaster@uthm.edu.my

14. Universiti Malaysia Pahang

Tel:09-549 2501

Faks:09-549 3199

E-mel: pro@ump.edu.my

16. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel: 603-22847525

Fax: 603-22847364

E-mel: ipba@tm.net.my

17. Universiti Sains Islam Malaysia

Tel: +606-798 8000

Faks: +606-799 3843/8131

E-mel: pro@usim.edu.my

18. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Phone: +606-555 2000

Fax: +606-331 6247

webmaster@utem.edu.my

19. Universiti Malaysia Perlis

Tel : 04-9798008

Faks : 04-9798011

E-mel : pro@unimap.edu.my

20. Universiti Darul Iman Malaysia

Tel: 09-6220707

Faks: 09-6221785

21. Universiti Malaysia Kelantan

Tel : 609 – 771 7000

Faks : 609 – 771 7022