30 September 2011


  • Program Mercu Kecemerlangan Pmr: 14 Dan 15 Januari 2011



  • Program Kasih Mesra: 20 Januari 2011 Oleh Persatuan Pelajar Australia (ausis)



  • Program Mercu Kecemerlangan Spm – Slot Kemahiran Keibubapaan:29 Januari 2011



  • Mesyuarat Unit Bimbingan Dan Kaunseling 01/2011: 1 Februari 2011



  • Kursus Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan: 1 Februari 2011



  • Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Melaka: 30 April 2011 Di Sk Tanjung Minyak



  • Kursus Asas Prs: 5 Mac 2011 Di Smk Syed Zahiruddin



  • Motivasi Pelajar Cemerlang: 11 Mac 2011



  • Program Teknik Pembelajaran Peta Visual Oleh Pni Neuron: 20 April 2011



  • Program Gerak Minda 1 Spm: 11 Dan 12 Mac 2011



  • Program Skuad Jelajah 1 Malaysia Majlis Gabungan Pelajar Malaysia (gpms): 24 Mac 2011



  • Taklimat Destinasi Selepas Spm: 24 Mac 2011



  • Program ‘school Attack’ Bersama Politeknik Merlimau: 25 Mac 2011



  • Latihan Dalam Perkhidmatan 1: 26 Mac 2011



  • Program Menara Ilmu Oleh Cr Tn Hj Hushim



  • Program Tautan Hati: 12 April 2011



  • Program Memperkasa Prs Dalam Program Kepimpinan Pemimpin Pelajar Sk Telok Mas: 9 April 2011



  • Progrsm Gerak Minjda 2 Pmr: 27 – 29 Mei 2011



  • Seminar Kerjaya 2011: 18 Jun 2011



  • Anjuran As Sharifah Dan Kelab Remaja Islam Malaysia (cawangan Melaka)



  • Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2011: 1 Dan 2 Julai 2011 Di Pusat Latihan Kemas



  • Projek Khas – Al Jauhar Majlis Penyerahan Mentor-Mentee: 7 Julai 2011



  • Lawatan Kerjaya Kelab Pembimbing Rakan Sebaya: 8 Julai 2011



  • Projek Jalinan Kecemerlangan Al Jauhar As Sharifah Dan Kumpulan Mishkatul Maahad Muar: 8 Hingga 10 Julai 2011 di Puteri Resort



  • Program Haluan Kerjaya: 16 Julai 2011



  • Program Perkhemahan Ilmu Pmr: 15 Dan 16 Julai 2011



  • Program Mutiara As Sharifah: 29 Dan 30 Julai 2011

26 September 2011

ZAFARAN .... KINI KU TEMUI PENAWAR SAKITKU...ALHAMDULILLAH



Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
"sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"


Sedikit Perkongsian Pengalaman ummi.....

Ummi telah mengidap penyakit reumatik atritis sejak ummi berumur 19 tahun. ketika itu ummi tidak menghiraukannya. Namun penyakit ini mula mengubah kehidupan ummi bermula tahun 2002 dari seorang yang ringkas kepada agak terbatas kerana keterbatasan pergerakan. Sakit bertambah sakit namun dengan penuh semangat ummi masih lagi tidak menghiraukan kehadirannya sehinggalah tahun 2008.Ubat tahan sakit adalah teman paling setia yang perlu diambil hampir setiap hari. Sakit ini telah menyerang bahagian sendi-sendi tangan, kaki dan lutut yang menyebabkan ummi rasa tidak tertanggung sakitnya. Ummi tidak dapat berjalan dengan sempurna. Tahun 2010 ummi telah menggunakan tongkat. Walaupun pada mulanya malu tetapi ummi gagahkan juga. Tahun 2011 pada bulan Mac ummi keguguran. Selepas bercuti 2 minggu, ummi langsung tidak boleh berjalan. Ummi terpaksa dipapah dan perlu dibantu untuk mengurus diri. Ketika ini ummi rasakan masa depan ummi gelap. Ummi ke kolam Air Panas Gadek berendam di situ hingga jam 12.00tgh. Di situ ummi jumpa pak cik yang membersihkan kolam yang penuh dengan minda positif. Pesannya pada ummi "setiap penyakit ada ubatnya nak, kau belum jumpa aje". Dengan penuh semangat ummi tanamkan dalam diri semuanya datang daripada Allah dan Dia akan memberikan penawarnya pada Ummi.
2 hari ke sekolah, akhirnya suami ummi membawa balik herba zafaran, Untuk Pak uteh katanya. Namun ubat itu tidak dapat disampaikan kepada pak uteh lalu ummi memakannya. Alhamdulillah berkat kebasaranMu Ya Allah, penyakit ummi beransur-ansur pulih.

Anak-anak, segala yang datang pada kita ada hikmah di sebaliknya. Melalui minda positif kita boleh mengubah kesakitan kepada kebahagian dan ada cara untuk menyelesaikannya. Yakinlah pada pertolongan dan kebesaran Allah. Insyallah segala kekusutan akan terlerai. Untuk merasa bahagia dan derita adalah pilihan kita. Ramai orang miskin bahagia, ramai orang kaya kecewa. Mengapa begitu? Tidak cukup kayakah? Persoalannya kita akan dapat apa yang kita fikirkan. Anak-anak hendak bahagia, pandai, menang bermula dari minda yang positif.


APAKAH ITU ZA’FARAN?

ZA’FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’.

Stigma bunga Za’faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Za’faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

KHASIAT ZA’FARAN
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

” Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
” Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
” Sakit kepala atau migrane dan asma” Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
” Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
” Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
” Bengkak hati atau hipatitis A dan B
” Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
” Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
” Menambahkan tenaga zahir dan batin
” Masalah mati pucuk, sembelit
” Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
” Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
” Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
” Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
” Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
” Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
” Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya’ Allah

Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ” King Of Spices “. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

Maksudnya:
“Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

KEISTIMEWAAN ZA’FARAN

ZA’FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

ZA’FARAN banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya.

KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT ZA’FARAN

1. DARI SEGI PERUBATAN

Dios Cerides – seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA’FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA’FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA”FARAN dapat mengelakkan system pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)

Di Eropah ZA’FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini ZA’FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan di mana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA’FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

” Membantu pencernaan makanan” Menghindarkan batuk dan radang paru-paru” Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam” Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi” Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut” Air anti spashodic

ZA’FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh ‘therapist’ dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

” Melancarkan haid yang tidak menentu” Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin” Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala” Membantu menenangkan jiwa yang tertekan Di negara-negara Asia larutan ZA”FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar.

ZA’FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat ‘filamen’ daripad ZA’FARAN tersebut ke dalam susu dan diminum.

2. UNTUK MASAKAN

ZA’FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA’FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA’FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA’FARAN.

Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA’FARAN. Di Sepanyol sejenis masakan yang menggunakan ZAA”FARAN ‘Spanish Cuisine’ sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.

Penggunaan meluas ZA’FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)

Di Itali “Rissoho A La Milanese” adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan ‘Cake Za’faran’. Di Jepun penggunaan ZA”FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA”FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.

3. UNTUK MINYAK WANGI

Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ‘ZA”FARAN ATTAR’ ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.

4. INDUSTRI TENUSU

ZA’FARAN telah memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za’faran juga digunakan dalam membuat ais krim.

5. TEMBAKAU BERPERISA

Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za’faran yang dipanggil “Za’farn Zarda”. Ianya menjadi sungguh enak.

6. INDUSTRI MAKANAN

Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.

7. BAHAN PEWARNA

Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA’FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA’FARAN sebagai bahan pewarna bagi kain selempang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.

8. POKOK ZA’FARAN

Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za’faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Za’faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za’faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za’faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za’faran mempunyai nilai perubatan. Za’faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.

9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL

Seperti lain-lain rempah, Za’faran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Za’faran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Za’faran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal

21 September 2011

IKHLAS MEMAAFKAN

Surah Al Imran ayat 133-134 "Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Ikhlas memaafkan kesalahan orang lain adalah suatu perbuatan yang tidak mudah, apalagi jika kesalahan yang dibuatnya adalah suatu kesengajaan untuk menyakiti hati kita. Tapi percayalah keikhlasan kita memaafkan orang yang berbuat salah pada kita akan membuat kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan ini.

Untuk memunculkan keikhlasan dalam diri tidaklah mudah. Namun jika kita selalu ikhlas memaafkan kesalahan orang lain, kita akan selalu menemukan kemudahan, paling tidak untuk ketenangan batin kita, agar tidak selalu diselimuti oleh dendam.

Dan satu yang paling penting adalah kekuatan doa dan kesabaran adalah kunci dari keikhalasan

Saudaraku, ketahuilah bahwa benak kita hanya dapat diisi oleh satu pikiran setiap kalinya. Kerana itu, begitu Anda mulai memikirkan alasan untuk memaafkan orang lain, berarti Anda akan menarik semua energi dan bahan bakar yang diperlukan oleh emosi negatif, dalam bentuk rasa marah dan penyesalan, agar tetap menyala. Anda menyetel kembali kendali mental Anda, saat itu Anda sedang menjaga diri Anda agar tetap tenang dan positif. Karena itu pula, Mahatma Gandhi percaya bahwa, "orang yang lemah tidak pernah sanggup memberi maaf. Memaafkan merupakan ciri orang kuat."

Robin Sharma berkata, “Memaafkan adalah tindakan spiritual yang berani. Memaafkan juga salah satu cara terbaik untuk menaikkan kualitas hidup Anda. Saya telah menemukan bahwa setiap menit yang Anda gunakan untuk memikirkan seseorang yang berbuat salah kepada Anda adalah menit-menit yang telah Anda curi dari pencarian yang lebih berharga: mendapatkan orang yang akan membantu Anda.”

Suatu ketika seorang pria bertanya kepada Rasulullah saw tentang akhlak yang baik, maka beliau membacakan firman Allah, “Jadilah engkau pemaaf dan perintahkan orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” (QS al-A’raaf: 199). Kemudian beliau bersabda lagi, “Itu berarti engkau harus menjalin hubungan dengan orang yang memusuhimu, memberi kepada orang yang kikir kepadamu dan memaafkan orang yang menganiayamu.” Hr. Ibnu Abud-Dunya

Orang yang sukses adalah orang yang dapat menerima kritik dari orang lain secara bijak. Walaupun betul sebuah kritik tidak akan mematikan Anda, kepedihan yang ditinggalkannya bisa terasa lama. Karena itu "orang sukses adalah orang yang dapat membangun fondasi dari batu-batu yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya," demikian yang disampaikan oleh David Brinkley. Yang dimaksud dengan membangun fondasi adalah sikap memaafkan. Karena itu Mark Twain menulis, “Memaafkan adalah keharuman bunga violet yang memancar dari tumit yang menginjaknya.”

Kerana itu, jadilah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain, mampu menerima dengan lapang dada setiap kritikan, bagaimana pun pedih dan sakitnya. Karena dengan demikian Anda akan terbebas dari beban batin. Anda akan menjadi orang yang bahagia, kerana mampu menghindari keburukan, dengan tidak membalas suatu keburukan dengan keburukan.

Ketika Anda memaafkan orang lain dan kemudian mengikhlaskannya, dengan segera Anda merasa lebih ringan dan lebih bahagia. Ketika pemikiran-pemikiran yang mengandung kemarahan dan kekecewaan mulai menghilang, benak Anda sesungguhnya dengan segera akan terisi dengan pemikiran-pemikiran yang positif. Anda akan dapat memiliki lebih banyak lagi energi dan antusiasme, Anda akan merasa lebih kuat dan lebih percaya diri. Seluruh masa depan Anda akan terbuka dan bersinar, seperti pagi di musim panas!

Bayangkan jika Anda terus menumpukan dendam dan kebencian di dalam hati Anda? Maka penyakit darah tinggi dan stroke akan mengancam kehidupan Anda. Bayangkan jika hidup Anda terus-menerus dibayangi oleh wajah orang yang telah menyakiti hati Anda? Maka Anda telah mematikan energi positif dan berbagai potensi yang ada di dalam diri Anda.

Ikhlaskan dirimu....

19 September 2011

Program Pecutan Kecemerlangan

Seramai 60 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti program pecutan kecemerlangan yang diadakan pada 14 dan 15 September 2011. Pelajar dibahagikan kepada 2 kelompok. Tujuannya untuk memberikan lebih peluang kepada pelajar berbincang dan memberi pendapat ataupun menjawab soalan yang dikemukakan. Pelajar juga turut dapat berinteraksi dengan guru mata pelajaran secara terus agar dapat menyelesaikan kekusutan atau kelemahan pelajar dalam menguasai topik yang kurang dikuasai. Program ini diharap dapat membantu anak-anak pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam PMR. InsyaAllah.

14 September 2011

KATA - KATA INSPIRASI / KATA-KATA SEMANGAT

1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
2. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
3. Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
4. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
5. Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
6. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
7. Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
8. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
9. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
10. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
11. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
12. "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
13. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
14. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
15. Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
16. Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
17. Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
18. Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
19. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
20. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
21. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
22. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
23. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
24. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
25. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
26. Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
27. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
28. Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
29. Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
30. Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

KATA-KATA PUJANGGA

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN

-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.

-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA

-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil

-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya

-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

-Lao Tze-


Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain

-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya

-Marcus Aurelius-

Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.

-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.

-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.

-Alias Haji Muda-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

-Lao Tze-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.

-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

-Joseph Conrad-

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.” ~Pujangga~

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~

“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~

“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” Kata-kata Pujangga~

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” Kata-kata Pujangga~

“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.” kata-kata Pujangga

“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.” kata-kata Pujangga

“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.” ~kata-kata Pujangga

“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari…“kata-kata Pujangga`

“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.” kata-kata Pujangga~

“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.” kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”

“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana” kata-kata Pujangga~

“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.” kata-kata Pujangga`

“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.” kata-kata Pujangga`

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.” kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:” Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga:” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga:“Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga:“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ” Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Kata-kata Pujangga: “Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur”

Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.

Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata2mu.

Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya.=Mahatma Ghandi=

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita mengambil manfaatnya. = Hamka =

Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya. = Gina Lollobrigida =

Tidak belajar bersungguh2 di waktu muda, hendak menjadi apa pada waktu dewasa?? = Anonim =

Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan. = Walter Bagehot =

Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. = Omar Bradley =

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan

Untuk berjaya dengan cemerlang, beberpa pendekatan belajar telah perlu diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada individu pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu anak-anak pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan dikumpulkan dari beberapa buku dan nota.

TEKNIK BELAJAR 5R - STUV

Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]


TEKNIK BELAJAR SECARA BAYANGAN

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



RAHSIA PENGURUSAN MASA CEMERLANG

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

Masa di telefon-pendekan perbualan
Semasa membantu/ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



TEKNIK BELAJAR PV3R

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 CARA CEMERLANGKAN OTAK

Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


AMALKAN PENINGKATAN DAYA INGATAN

Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

SELAMAT MENCUBA. SEMOGA BERJAYA

KAUNSELING BERFOKUS: Program Al Jauhar




8 September 2011, sebaik selesai Program Puteriku Mumtazah, bonda pengetua Pn Hjh Hamizah bersama GPK 1 Pn Hatina Yaakub dan Kaunselor Pn Rubiah Md Noh Dan Pn Fazilatulliza Abu Bakar selaku penyelaras Al Jauhar telah mengadakan pertemua dari hati ke hati bersama 18 oarng pelajar targret cemerlang. Pelbagai tips diberikan dalam menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Pelajar turut meluahkan rasa hati masing-masing. Apapun anak-anak usaha dan terus berusaha dan keputusannya sandarkanlah pada Allah yang Esa. Hanya Dia yang mengetahui yang terbaik buat kita semua.

Program PuteriKu Mumtazah




8 September 2011 bermula seawal jam 7.15 pagi, satu program kecemerlangan rohani bersama pentadbir telah diadakan. Program dimulakan dengan amanat pengetua. Pn Hjh Hamizah telah mengingatkan pelajar tentang target sekolah dan target setiap individu. Bonda pengetua turut memberi tips cemerlang dalam peperiksaan dengan menjaga hubungan dengan Allah dengan mengerjakan solat diawal waktu ditambah dengan solat-solat sunat, qiamulail, puasa sunat dan zikir untuk memantapkan kesediaan rohani dan emosi.
Program diteruskan solat Dhuha yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zulkhairi Mohd Romli.Program diakhiri dengan majlis bermaafan sesama guru dan pelajar.Semoga program ini memberi impak positif sebagai bekalan anak-anak puteri menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Amin

13 September 2011

10 Pesan Imam Al Ghazali


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Oleh itu marilah kita sama-sama amar mahruf nahi mungkar ke arah muslimah unggul/syumul

--------------------------------------------------------------------------------

11 September 2011

Cemerlang dalam peperiksaan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-

01.Mengulangkaji:
Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.

Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.

02.Membuat rujukan:
membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.

Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.

Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)

03.Membuat latihan:
Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk.

10 September 2011

Ceramah Pengurusan Stres Kaedah Islam




7 September 2011 telah diadakan satu ceramah Pengurusan Stres dan Cara Mengatasinya disampaikan kepada calon PMR 2011. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En Amirul daripada Ahadan Coach. Beliau banyak menyarankan tentang amalan membaca alquran untuk menghidupkan hati yang sentiasa gelisah. Selain itu solat fardhu yang sentiasa ditunaikan bersama iringan solat sunat juga memberi impak besar untuk mengatasi tekanan terutama jika terlalu inginkan kecemerlangan. Doa juga turut mempounyai fungsi yang tidak kurang hebatnya kerana doa adalah penghubung antara impian manusia kepada khaliknya. Allah maha penyayang dan pemurah. Ustaz turut menyarankan amalan zikir seharian untuk mengukuhkan kekuatan diri.
Dalam ceramah tersebut turut disentuh tentang pemikiran positif dan cara berfikirdan bertindak. "Kita adalah apa yang kita fikirkan" kalau kita berfikir akan berjaya cemerlang, akan ada tenaga yang berusaha mengejar matlamat itu begitulah sebaliknya.

07 September 2011

STRES DAN CARA MENGURUSKANNYA

Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Salam Eidul Fitri buat semua muslimin dan muslimat seluruh tanah air terutama khas buat warga As Sharifah dan sahabat handai dan rakan taulan. Bagi anak-anak puteri tingkatan 5, perang akan bermula pada minggu hadapan dengan peperiksaan percubaan SPM. Pelbagai persoalan bermain difikiran, pelbagai rasa dan tekanan hangat terasa. Sana-sini anak-anak sibuk mengulangkaji sehingga ada yang terlupa makan dan minum almaklum telah terbiasa dengan amalan di bulan Ramadhan.... namun kesihatan perlu dijaga supaya tidak menjejaskan persediaan emosi.

Sayang,stres yang datang ada baiknya kerana tekanan ini membuat kita tersedar perkara atau matlamat yang hendak dicapai.Namun stres yang tidak diurus dengan baik akan memberikan impak besar dalam kehidupan seharian.Oleh itu stres perlu diurus. Ummi akan senaraikan beberapa kaedah yang boleh digunapakai untuk menguruskan stres:-

1. Luahan perasaan. Luahkan perasaan pada sesiapa sahaja yang dipercayai. Luahan ini dapat mengurangkan sedikit beban tanggungan perasaan yang mengganggu pemikiran
2. Perbanyakkan solat sunat,zikir dan mengaji kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang.
3. Pandang alam semester yang indah, laut, gunung, alam hijau sambil menarik nafas dengan hembusan subahanallah.
4. Tuliskan masalah yang menekan dengan penuh emosi sambil membayangkan tekanan yang mendatang itu, buang jauh tulisan itu sambil membayangkan masalah itu pergi bersama luahan tulisan tersebut.
5. Sentiasa positif menerima cabaran dan dugaan kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.