03 Januari 2011

AZAM BARU, TEKAD BARU 2011

Selamat kembali ke sekolah pada semua puteri-puteri as Sharifah. Moga kepulangan anak-anak kali ini membawa satu tekad satu harapan baru sempena tahun 2011.

Bagi puteri-puteri tingkatan 1, selamat datang ke bumi As Sharifah. Walaupun langkahmu payah untuk meninggalkan keluarga tersayang, demi masa depan dan harapan ayah ibu kuatkan semangat dan tekadmu. Insyaallah langkahmu sampai ke penghujung jaya dengan iman di dada, akhlak bagai hiasan kasturi menghiasi panorama As Sharifah.