17 Mac 2011

CIRI-CIRI KAUNSELOR EFEKTIF...








F Fiedler, 1950:
· Perhubungan yang empati.
· Perhubungan yang baik.
· Kaunselor mendengar masalah klien
dengan baik.
· Klien bebas bercakap apa yang dia suka.
· Ada perasaan percaya mempercayai antara satu sama lain.





1. Karkuff,1969 ciri-ciri kauneslor berkesan
Iklim mempercayai
2. Carl Rogers, 1967
Empati, Mesra, Tulen,
Penerimaan tanpa syarat, Tekal.
· Deria lucu
· Deria sedih
· Kesedaran kendiri





KESIMPULANNYA CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG BAIK :-
•HORMAT MENGHORMATI
•PENERIMAAN TANPA SYARAT
•KONGRUEN
•KEJELEKITAN
•KETULENAN
•KEPERIHATINAN
•KEPIMPINAN

14 Mac 2011

ANDA BERHAK MENJADI JUARA

Anak-anak, setiap dari kita berhak berjaya kerana kita dilahirkan sebagai juara. Namun begitu, kita belum boleh bergelar juara selagi kita masih kalah dalam usaha melatih diri istiqamah beribadah. Melakukan perubahan sikap, kata-kata, perilaku, pergaulan dan perbuatan merupakan satu ibadah apabila ia diniatkan kerana Allah.
Orang cemerlang adalah orang yang muncul jadi juara dalam setiap perkara yang dilakukannya. Kita sebenarnya ada peluang untuk menjadi juara bukan sekadar dalam satu bidang tapi kita memiliki peluang untuk muncul juara dalam berbagai bidang – ibadah, sukan, pendidikan dan pembangunan diri
Apabila kita melatih diri istiqamah beribadah, kejayaan lain akan terbina dengan sendirinya dalam bidang-bidang lain. Kita akan fokus pada satu-satu perkara kerana kita mahu perkara itu berhasil dulu sebelum kita beralih arah pada perkara-perkara lain. Fokus samalah dengan khusyuk.
Jika kita tidak khusyuk, maknanya kita tidak ada fokus. Untuk mendapatkan fokus, disiplin diri perlu dijaga dan dipatuhi. Insyaallah kita semua boleh mencapai impian.

“Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu”. – Rusdin S. Rauf, penulis buku Quranic Law Of Attraction.

Fikir bukan sehari dua tapi harus sepanjang masa.