28 Mei 2011

Program Gerak Minda 2 SPM 2011

Satu lagi program kecemerlangan SPM 2011 diaakan bermula 27 hingga 29 Mei 2011. Program ini dimulakan dengan Teknik menjawab Pendidikan Syariah dan Pendidikan Al Quran As Sunnah. Slot ini tela dihadiri juga oleh pelajar sekolah Al Falah. Kedua-dua penceramah telah didatangkan khas dari SMKA Sultan Muhammad. Pada sebelah petangnya bengkel Matematik Tambahan telah dijalankan 3 kumpulan berdasarkan guru mata pelajaran.
Program Meniti Kegemilangan Sains Tulin menyusul pada hari Sabtu dan Ahad. Slot yang difokuskan ialah Fizik, Biologi dan Fizik yang dijalankan bersama guru pakar. Bagi kelas 5AR dan 5AG, telah disediakan slot Sains, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas.
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat besar kepada pelajar sebagai persediaan secara berterusan sehingga menjelang SPM 2011.

Program Gerak Minda 2 PMR 2011

Bermula 27 hingga 29 Mei 2011 telah diadakan Perkampungan Bahasa Arab den teknik menjawab KH dan BM. Usaha ini diteruskan dengan harapan semua calon PMR sedar bahawa persediaan untuk menghadapi PMR perlu berterusan. Dalam slot Ummi turut membincangkan tentang pencapaian pelajar bermula dari peperiksaan ting. 1 hingga pencapaian terkini. Tujuannya supaya anak-anak pelajar dapat muhasabah diri tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ummi harap anak-anak dapat mengisi masa cuti dengan berkualiti. Bonda pengetua juga turut memberikan motivasi kepada pelajar.

"Kebebasan adalah sumber yang amat berharga bagi remaja. Bebas berfikir untuk menambah ilmu, bebas untuk kuatkan jiwa dan rohani kerana kebebasan yang dipandu oleh akal dan hati. Keadaan ini sahaja yang boleh membuat seseorang itu boleh berfikir dan bertindak untuk membuat amalan baik atau buruk." Prof Dr Sidek Baba.

17 Mei 2011

PROGRAM PECUTAN KECEMERLANGAN SPM






15 OKTOBER 2011, satu lagi program pecutan kecemerlangan pelajar SPM telah diadakan. Program kali ini dimulakan dengan slot Pengurusan Stress yang disampaikan oleh Ummi B dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi. Pelajar telah diberikan pendedahan tentang tanda-tanda stress dan cara mengurus dengan baik.


Antara cara yang diberikan ialah latihan pernafasan, senaman ringkas, aktiviti minda positif, terapi air, terapi zikir dan terapi spritual emosi freedom. Diharapkan anak-anak pelajar dapat menggunakan kaedah yang dipelajari bagi mengatasi tekanan yang datang dengan baik kerana setiap halangan adalah dugaan untuk mencapai kecemerlangan.



Slot kedua jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Bagi tingkatan 5AK, 5IS, 5IR, 5AR telah diadakan bengkel menjawab kertas soalan percubaan MRSM Kimia Kertas 3. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik gu Mohd Fazdli bin Mohd Nor dari SMKA Maahad Muar. Manakala pelajar 5AG telah diadakan bengkel Prinsip Perakauan oleh Pn Fazilatulliza Abu Bakar.



Semoga usaha murni ini mendatangkan impak yang baik kepada pelajar dan membuahkan hasil pada peperiksaan SPM kelak. Insyaallah.

16 Mei 2011

Program pertukaran pelajar




IMMERSION

Program Pertukaran Pelajar antara SMKA Sharifah Rodziah dengan SMK Tinggi Perempuan Melaka.

14 Mei 2011

PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. Persediaan menghadapi periksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika berlakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Harap penulisan ini boleh digunapakai sebagai persiapan akhir menjelang peperiksaan PMR dan SPM. Persediaan ini boleh diikut kesemuanya atau mengikut kesesuaian.

13 Mei 2011

MUTIARA KATA 2

Berbahagialah dan lafazkanlah syukur apabila melihat insan di sekelilingmu memperoleh nikmat yang tiada terhingga dari Yang Ilahi. Sucikanlah hatimu dari perasaan cemburu dan hasad dengki, kerana itulah racun berbisa yang bakal menghancurkan ukhwah sejati
Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar (Al-Hadis)
Berlakulah adil dalam menghakimi sesuatu perkara. Jangan terlalu memihak diri, menuding jari ke kanan dan ke kiri sehinggakan terlupa untuk bermuhasabah apa kurangnya diri. Perbaiki diri, agar dirimu lebih baik pada hari ini
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah..," (An-Nisa: 135)

Apabila niat disalah ertikan, jalinan ukhwah yg ingin disambung dianggap mencari pergaduhan. Apabila persoalan diaju utk sebuah kesahihan dianggap ingin mempertikaikan segala. Apabila diri marah, diluahkan kata bodoh dan semua. Melompat syaitan kerana impian kini sudah terlaksana. Bersedihlah wahai hati, kerana dirimu hanyut dek dunia. Pulanglah, kerana pintu taubat itu masih terbuka seluas-seluasnya

Apabila keikhlasan mula menghilang, kasih di hati kian memudar, senyuman tiada lagi manisnya, bicara indah kini menikam jiwa, persahabatan tiada lagi berteman kejujuran, hati tiada lagi memutih seperti sebelumnya. Suburkanlah keikhlasan, agar bahagia dan tenang hatimu selamanya
(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya (Al Hajj: 31)
Usahlah berlari ke kanan dan ke kiri untuk mengelakkan masalah yang datang menimpa hati. Jangan dinafikan segala dan menuduh sesuka hati sekadar untuk melepaskan diri dan rasa. Hakikatnya, masalah tidak akan selesai selagi ia tidak diselesaikan
"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan," (Al-Insyirah: 5-6)

Usahlah memutar belit untuk menegakkan benang yg basah walhal jika ditiup ditarik sekalipun ia akan jatuh meliuk juga. Allah mengetahui walau sebesar zarah apapun dalam hatimu, maka berkatalah benar walau sepahit mana pun ia
"Dan janganlah kamu campur-adukkan yg benar itu dgn yg salah, dan kamu sembunyikan yg benar itu pula, padahal kamu semua mengetahuinya,"(Surah Al-Baqarah: 42)

Berhati-hatilah dlm meluahkan apa sahaja bicara mahupun sebarang tinta yg berunsurkan kata-mengata mahupun hina-menghina. Tiada insan yg sempurna dan usahlah digembur-gemburkan kekurangannya, kerana apa yg diludah ke langit mungkin akan terjatuh terkena diri
Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut (H.R. Al-Tirmidzi)

Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi.
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)

Umpama pohon, siramilah dirimu dgn kalimah dari Tuhanmu, agar diserapi akar hatimu menzahirkan akhlak terpuji yg harum mewangi. Patahkanlah duri-duri mazmumah yg bisa menyakiti insan lain dan manfaatkanlah dedaun lebatmu untuk meneduhkan segala apa yg berada di sekelilingmu
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu..," (Ali-'Imran:31)

Ujian dan dugaan yang berkunjung; hadirnya tiada dijemput, tibanya juga tiada diseru. Datangnya ia dgn satu tujuan; agar dirimu dan si Pencipta dapat didekatkan. Sabarlah hati dan penuhilah ia dgn ketabahan
"Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T sama ada dirinya, anaknya atau hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikit pun,"(HR Tirmizi)

Segala apa yang telah berlaku, biarkanlah ia berlayar ditiup bayu. Jangan dikotorkan hati nurani dengan segala perasaan yang kurang baik. Ambillah apa yang bersinar dan tinggalkanlah apa yang menggelap
“... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)

Duhai hati nurani, jangan dicari apa kurangnya insan lain. Jangan pernah merasakan diri sempurna segala sehingga dirimu lupa akan kekuasaanNya. Bersyukurlah dengan segala nikmatNya, pasti dirimu dekat selangkah mendekati Ilahi

Serahkanlah hari-harimu pada Dia yang menciptakan langit dan bumi, dan yakinilah bahawa adanya nikmat kelapangan setelah adanya kesulitan
"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu," (Al-An'am;17)


Bersangka baiklah dan jangan kerana hanya sehelai yang dibaca, namun membuat konklusi tentang keseluruhannya. Mungkin apa yang diketahui hanyalah sebahagian daripada keseluruhan cerita dan mungkin ada sebahagiannya yang belum diselongkari
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta." (Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)


Jangan sesekali mudah untuk melemparkan sebarang prasangka buruk terhadap orang lain tanpa sebarang bukti dan sekadar serkap jarang. Apa yang diberi, itulah yang akan kita dapat kembali. Berbahagiakah kita andai insan lain yang suka melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kita tanpa sebarang bukti? Selalulah berbaik sangka terhadap orang lain, dan itu pasti lebih dekat dengan Ilahi.
Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka hendaklah dia berbaik sangka terhadap orang lain (Imam Syafie R.A.)


Setiap wanita dilahirkan jelita, bergantung kepada empunya diri sama ada ingin mengindahkannya dengan akhlak mulia atau sebaliknya
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)



Jangan pernah meluahkan bicara "diriku tidak mampu melakukan itu semua," walhal diri tiada pernah mencuba walau sedikit pun. Jangan dihalang kemampuan diri, jangan disekat kebolehanmu, kerana hanya Dia yang tahu sejauh mana keupayaanmu

Selalulah kita mendoakan kebaikan dan kejayaan ahli keluarga,sahabat handai serta muslim dan muslimah yang lain. Jangan lupa untuk sentiasa berusaha meraih kejayaan dan jadikanlah hari ini lebih baik dari hari sebelumnya
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya tanpa pengetahuan saudaranya itu, maka malaikat yang ditugaskan untuk itu akan berkata "Amin" dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga," (Riwayat Abu ar Darda' R.A)


Sebelum dirimu melelapkan mata, membuai mimpi dan seterusnya menghadapi hari esok, jangan pernah lupa untuk memaafkan insan yang pernah melukakan hatimu walau sedalam manapun ia berparut. Jangan dikotorkan jiwamu dengan dendam dan iri hati. Bersihkanlah sesucinya hatimu, sebagai persediaan untuk menghadapi Ilahi


Kejayaan pasti akan datang menemuimu walaupun pada awalnya dirimu menghadapi seribu satu kegagalan. Tabahlah teman, dan teruskanlah usahamu. Jangan pernah berputus asa walau sebegitu sukar manapun ujian yang datang menguji
“..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..,” (Al-Baqarah: 286)

Jadikan setiap detik dan harimu yang berlalu itu produktif, jangan sesekali disiakan masa dan jangan sesekali dihanyutkan oleh kelapangan kerana setiap saat yang pergi takkan dapat diputar kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Tua sebelum muda. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.