29 Oktober 2011

MAJLIS GRADUASI 2011

Nurul Atiqah Hazaraimi penerima Anugerah Al Mudirah dan Al Jauhar
Nostalgia terindah.......

Perarakan masuk para graduan, ahli akademik dan ahli dewan senat


29 Oktober 2011, satu majlis Graduasi 2011 yang penuh gilang gemilang dan berprestij telah diadakan sebagai tanda semua pelajar tingkatan 5 telah berjaya menamatkan tingkatan 5 dengan penuh bergaya. Majlis kali ini dirasmikan oleh Pn Syaslinda bt Md Yusuf, pensyarah Pengurusan Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM merupakan alumni yang bersekolah di As Sharifah tahun 1999 hingga 2001. Perakan masuk dimulakan dengan para graduan, para ahli akademik dan ahli senat yang diketuai oleh pembawa senaskah Al Quran Ustaz Fakhrurghazi Abdul Ghani
Penyampaian hadiah dan sijil graduasi dimulakan dengan anugerah Al Mudirah yang dirangkul oleh Nurul Atiqah bt Hazaraimi yang juga menerima anugerah Al Jauhar bersama dengan Siti Aishah bt Kasim, dikuti penerima Anugerah Mumtazah dan Anugerah An Najihah.
Semoga program ini berjaya membakar semangat anak-anak puteri untuk meraih kecemerlangan dalam SPM 2011.

muhasabah diri

28 Oktober 2011

PROGRAM AL JAUHAR



28 Oktober 2011, Jumaat, sebaik selesai solat Dhuha, anak-anak puteri Al Jauhar dikumpulkan untuk sesi perkongsian kejayaan anak-anak puteri Al Jauhar berjaya mendapat straitghts 11A, 10A dan peningkatan jumlah A dalam peperiksaan percubaan SPM. Kepada semua buatlah yang terbaik, ingat tanggungjawab yang digalas sangat besar. Pastikan straitghts A+ dalam genggaman. Insyaallah


PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG SPM



Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Setiap pagi Jumaat, semua pelajar tingkatan 5 telah mengambil inisiatif untuk berkumpul di surau untuk bacaan Yassin beramai-ramai. Sementara menunggunya masuknya waktu solat Dhuha, anak-anak diberikan sedikit santapan rohani. Selepas itu anak-anak puteri akan menunaikan solat Dhuha. Mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil di samping memberi ketenangan dan emosi stabil dalam menangani tekanan yang datang di saat akhir.

PROGRAM SRIKANDI MUSLIMAH SEJATI



sahabat....antara kita saling memerlukan







Satu program membina jati diri dan sahsiah unggul khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2011. Program yang berlangsung 2 hari 1 malam ini dimulakan dengan slot ceramah Remaja, cabaran dan peranan oleh Ustaz Rahimin Bani. Program diteruskan dengan Ustaz Amirul dengan penekanan kepada mengubah paradigma dan fokus kepada matlamat. Pada sebelah petang Khamis berakhir tengahari Sabtu program ini dijayakan oleh pihak Nurinsani yang diketuai oleh Ustaz Baharudin. Pelbagai kaedah digunakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar agar dapat membentuk jati diri muslimah harapan yang bakal mengalaskan tanggungjawab membentuk generasi muda yang lainnya.

27 Oktober 2011

PROGRAM SELEPAS PMR




Al jannatu wana’imuhaa sa’dul limayyusholli wayusallim wayubaarik ‘alaih

[Syurga dan kenikmatannya semoga diperuntukkan bagi siapa saja yang bersholawat dan memohonkan selamat serta berkah atas nabi]

27 Oktober 2011, program PMR diteruskan dengan kemahiran belajar salawat Diba'i oleh kumpulan Dibai'e dari Masjid Tengkera. Pelajar-pelajar dilatih dari awal pagi untuk mendapatkan rentak salawat. Pada sesi kedua salawat dibaca dengan diiringi oleh muzik gendang, rebana dan kompang.


25 Oktober 2011

CERAMAH PECUTAN AKHIR SPM




25 Oktober 2011 bersamaan 27 Zulkaedah 1432, satu program pecutan akhir bagi pelajar-pelajar SPM SMK Padang Temu telah diadakan . Semua orang ada potensi untuk berjaya yang penting set minda positif, ada matlamat yang jelas dan usaha berterusan. Ummi juga menyentuh persediaan peperiksaan dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.

"minda positif, mantap, terbaik" Semoga anak-anak berjaya dalam SPM 2011.

PROGRAM TAZKIRAH AN NAFS





Tanggal 24 dan 25 Oktober 2011 bersamaan 26 dan 27 Zulkaedah 1432 telah diadakan Program Tazkirah An Nafs khusus untuk pelajar tingkatan 2. Program usahasama Unit Badar dan Unit Bimbingan dan kaunseling bertujuan untuk membentuh sahsiah unggul murid di samping melatih pelajar menyelesaikan masalah atau tugasan dalam kumpulan. Program ini telah dijalankan oleh pihak Ahadan Coach. Diharapkan program ini dapat membina jati diri sahsiah pelajar di samping membuat anjakan paradigma dan berfikir di luar kotak

PROGRAM SELEPAS PMR

contoh hasil kraf dari daun mengkuang
Para pelajar sedang tekun menyiapkan tugasan kraf tangan melayu

25 Oktober 2011, sekali lagi puteri-puteri didedahkan dengan kemahiran membuat anyaman dari mengkuang dan membuat layang-layang. Program kali ini adalah gabungan tenaga Panitia Sivik dan tenaga pengajarnya didatangkan khas dari Pusat Karangkraf Alor Gajah.

23 Oktober 2011

CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN

1.Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi

2.Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram

dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Oleh itu,

kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi,

membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan

sebagainya.

3.Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak

sesuai dengan kita. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan

vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan

yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum

membeli makanan tambahan.

4.Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan

peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga

sekadar berjalan kaki.
5.Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda

akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun

tidak ceria. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius

dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan

diri kepada Tuhan.

6.Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu

yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka

pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7.Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat

merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba)

dan Monopoli. Selain itu, amalkan juga permainan yang

melatih minda dan kekuatan seperti memanah, berenang

dan berkuda.

8.Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus

dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat

belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu

perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

9.Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran

walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat

menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya

ingatan dengan lebih baik.

10.Makanan-makanan untuk kuat ingatan dan membasmi kelupaan. 1. Manisan madu lebah asli. 2. Air zam zam 3. Kurma / Tamar 4. Susu segar 5. Kismis / zabib 6. Halia. 7. Kekacang 8. Lobak. 9. Bunga cengkih. 10. Daging burung merpati. 11. Minyak sapi. 12. Za’faran 13. Roti kering.

14.Buah-buahan

15.Sayur-sayuran.

21 Oktober 2011

PROGRAM SELEPAS PMR



21 Oktober 2011, program kali ini diisi dengan ceramah dan pendedahan En Awang Shahrizan bin Awang Abu Bakar dari Yayasan Angkasawan Malaysia. Awang Shahrizan Awang Abu Bakar muncul sebagai juara Program Cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) fasa kedua yang berlangsung pada 24 hingga 28 Januari lalu di Pulau Langkawi, Kedah.
Pelajar diberi pendedahan tentang angkasawan di samping perkongsian pengalaman beliau sehingga muncul sebagai pemenang. Antara faktor kemenagan beliau adalah kerana beliau boleh berkomunikasi dengan semua pihak, bekerja dalam satu pasukan, memberi semangat kepada kawan-kawan dan sanggup belajar sesuatu perkara yang baru dan sentiasa meminta bantuan daripada rakan-rakan sekiranya menghadapi kesukaran. Semoga program ini memberi impak positif kepada pelajar bahawa tiada yang mustahil dicapai sekiranya kita ada kesungguhan dan minda positif..

KAJIAN SAINS MEMBUKTIKAN ZIKIR DAPAT MEMBENTUK MINDA POSITIF



Terdapat banyak contoh-contoh dalam al-Quran dan Hadis yang menceritakan tentang faedah berfikiran positif( husnu zann ), Tabah dan bersikap optimistik ketika ditimpa kesusahan. Walau bangaimanapun adakah anda tahu bahawa kesabaran dan berpandangan positif dalam kehidupan merupakan dua jenis penawar paling mujarab yang anda boleh gunakan?.

Al-Quran ( 2 : 155-157 ), bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya".

Daripada penemuan sains moden, jelas menunjukkan bahawa rahmat Allah selalunya datang dalam bentuk kesihatan yang baik.

Bernard Jensen berkata, dalam bukunya " The Science and Practice of Iridology", "para doktor sekarang berpendapat bahawa fizikal seseorang bukanlah penggerak utama tubuh badan, akan tetapi minda yang mengawalnya". Ini disokong oleh Dr Ted M. Morter dalam bukunya , Your Health... Your Choice, ketika beliau mengatakan " pemikiran negatif merupakan pengeluar asid nombor satu dalam badan ( dan kandungan asid yang melebihi dalam badan merupakan penyebab utama penyakit ) sebab tubuh anda akan bertindak balas terhadap minda yang negatif dan tekanan emosi yang dihasilkan oleh fikiran, sama seperti tindak balasnya terhadap keadaan sebenar apabila fizikal menerima kecederaan atau kesakitan".

Sejak Freud mempopularkan idea psikoanalisis, manusia hanya fokus kepada dunia mental untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, kita lupa bahawa alam fizikal dan alam mental tidak boleh dipisahkan. Fikiran terletak di dalam otak, dan otak adalah organ. Seperti organ yang lain, ia mendapatkan bekalan nutrien dari tempat yang sama dengan organ lain mendapatkan nutrien, dan ia mudah terpengaruh dengan masalah yang sama berlaku terhadap organ lain. Secara asasnya otak adalah sebahagian daripada anggota tubuh, sama dengan organ yang lain bergantung sepenuhnya kepada tubuh. Ia memerlukan gula/glukos untuk menghasilkan tenaga, berlainan dengan tisu lain yang boleh menghasilkan tenaga dari kalium dan lemak. Oleh yang demikian otak merupakan organ pertama yang menerima akibatnya apabila berlaku kekurangan glukos dalam darah dan tindak balasnya adalah sangat parah. Freud sendiri mengatakan bahawa psikoanalisis tidak sesuai untuk mengubati penyakit seperti skizofrenia,dan dia membuktikan bahawa ianya disebabkan oleh biochemical.

Sekiranya kita tahu bahawa otak merupakan organ, dan ia bekerja dengan harmoni bersama organ yang lain, dan mendapat tenaga dari aliran darah yang sama dengan organ lain, kita dapat memahami bagaimana pelbagai peristiwa mental boleh mempengaruhi kita secara fizikal. Sebagai contoh, menggunakan otak cuma untuk berfikir dan membuat ulangkaji akan membakar nutrien (zat makanan untuk tubuh badan) dalam system badan kita, terutama sekali fosforus. Oleh yang demikian kita akan mengalami kekurangan fosforus apabila otak kita bekerja keras. Dan kita mendapati bahawa sebaliknya juga berlaku dalam hubungan ini, orang yang banyak menggunakan otak dan mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi biasanya mempunyai kandungan fosforus yang tinggi juga dalam sistem badan mereka.

Banyak hikmah yang terkandung dalam sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Huairah R.A, "Orang yang kuat itu bukanlah mereka yang dapat menumbangkan lawan dengan kekuatannya, akan tetapi orang yang kuat itu mereka yang dapat menahan kemarahan",. Bersabar dan berada dalam keadaan tenang merupakan kunci kepada kekuatan fizikal.

Bukan sahaja fosforus yang boleh terhakis akibat mengalami tekanan pemikiran dan hilang ketenangan jiwa. Sekiranya kelenjar tiroid, iaitu organ utama yang mengawal emosi bekerja melebihi had masanya, kita boleh menderita akibat kekurangan iodin. Tekanan dalam kerjaya, perceraian, atau lainnya boleh menyebabkan kehilangan kalium dan natrium dalam badan, sebab ia boleh mempengaruhi kelenjar adrenal mencipta banyak keperluan untuk mineral-mineral ini.

Bahkan penyakit hypoglycemia (kurang glukosa/darah rendah) boleh diakibatkan oleh perasaan kegembiraan yang melampau. Atas dasar inilah Nabi S.A.W amat menyarankan kesederhanaan dalam hidup, walau bagaimanapun kita kerap kali melibatkan diri dalam hal-hal yang mengembirakan, seperti menonton tv, pergi membeli belah, menonton wayang, keraian, dan lain-lain lagi. Apabila kita melihat sesuatu yang mengujakan, bahagian luar kelenjar adrenal akan terangsang, lalu peningkatan gula dalam darah akan berlaku. Keadaan ini akan merangsang pankreas untuk merembeskan insulin ke dalam darah bagi mengawal tahap gula yang stabil dalam darah, proses ini akan mengakibatkan kita terasa letih dan lemah.

Berfikir positif akan melahirkan ketenangan dan kesihatan tubuh badan, yang mana daripada nikmat itu akan terucaplah "Alhamdulillah", ucapan syukur kepada Allah terhadap apa yang kita dapat dan apa yang kita lalui. Sebagai seorang mukmin kita sepatutnya menghidupkan suasana yang tenang, jauh daripada tekanan dan kelam kabut, sama ada di rumah ataupun di pejabat.

Salah satu cara yang boleh kita kurangkan kesan daripada tekanan tersebut ialah sentiasa mengawasi tekanan perasaan yang kita hadapi dan ambil makanan tambahan yang boleh menambahkan nutrien seperti makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Contohnya, jika mereka yang bangun untuk solat malam atau membaca al-Quran ketika ramadhan, mereka boleh mengambil makanan yang kaya dengan fosforus, ini boleh membantu mereka dalam mengimbangi pengambilan fosforus. Bagi mereka yang dalam bermusafir, melancong atau menunaikan haji dan umrah, mereka mungkin perlu mengambil lebih makanan yang mengandungi kalium dan natrium yang tinggi seperti vitamin B complex.

Bukan sahaja fizikal yang memerlukan vitamin dan makanan tambahan, bahkan jasmani juga memerlukannya. Kesihatan mental dan fizikal juga berkait rapat dengan kesihatan rohani, rohani yang sakit akan mengarahkan mental untuk mengharuskan semua perkara termasuk yang haram. Dengan itu, fizikal akan melakukan dan akan menerima akibat yang bakal diahadapi.

Sekiranya kita tidak mengendahkan kaitan antara kesihatan mental dan fizikal, barangkali kita akan kehilangan perkara-perkara penting dalam ruang lingkup kesihatan diri. Dan dalam kebanyakan masalah kesihatan, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mencari ubat atau penawar.

Oleh yang demikian langkah yang terbaik untuk menghindarkan diri dari mempunyai sikap negatif, dan dikuasai oleh emosi ialah dengan mengamalkan kebijaksanaan dan ilmu yang di ajarkan oleh al-Quran dan Hadis. ucapkan "Alhamdulillah" dengan rezeki yang kita perolehi, "InsyaAllah" dengan perkara yang kita maksudkan dan akan lakukan, "Subhanallah" ketika kita melihat sesuatu yang menakjubkan. Ucapkan "Astaghfirullah" apabila kita hilang kawalan diri dan berada dalam keadaan lemah, dan yang paling penting, ucapkan "Allahu Akbar", apabila kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Selalulah kita mengamalkan zikir-zikir doa-doa amalan harian yang diajarkan oleh rasulullah agar mulut kita dibasahi dengan perkara yang di redhai Allah dan hati kita sentiasa mengingati Allah. Moga dengan amalan ini diri kita sentiasa dipelihara Allah dari segala kerosakan dan hati kita sentiasa mengingati kebaikan. Oleh yang demikian kita akan berada dalam ketenangan yang berpanjangan.

Jika sekiranya kita mengamalkan zikir-zikir ini dengan istiqamah, umpama kita mengambil multi-vitamin untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik. Zikir akan membawa ketenangan dalam diri, dan ketenangan membuatkan kita berfikir serta menggunakan otak dengan baik.

Kita sangat prihatin terhadap kesihatan fizikal, namun kita lupa kepada kesihatan spiritual, tanpa kita sedar bahawa kesihatan spiritual amat penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal.

Artikel : abuafnan.blogspot.com

19 Oktober 2011

PROGRAM SELEPAS PMR

Pn Zaitun Ismail GKMP Teknik Vokasional bersama-sama pelajar mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula

Pelajar-pelajar sedang berkerjasama membersih dan menghias makmal.

Baik-baik pecah nanti.

19 Oktober 2011, program selepas PMR dijalankan lagi. Kali ini pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mengadakan khidmat bakti untuk menceriakan makmal dan bengkel. Projek ini diberi nama "Makmalku Sayang" dan "Bengkelku Rumahku". Khidmat bakti kali ini dibawah pengawasan panitia Sains iaitu Pn Rohaizah Yusof dan Pn Asneza Ayu Mohd Ali serta panitia Kemahiran Hidup. Terima kasih kepada semua pelajar di atas usaha menabur bakti kepada sekolah. Semoga usaha murni ini menjadi contoh kepada pelajar lain dan mendapat rahmat dari ilahi.

Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas ertinya dilakukan hanya kerana Allah. Adapun benar ertinya adalah sesuai dengan sunnah tuntutan dan petunjuk Rasullullah shallahu'alaihi wasallam (Fudhail bin 'Iyadh)

18 Oktober 2011

PROGRAM SELEPAS PMR






18 Oktober 2011, program selepas PMR disambung lagi. Pada hari ini Panitia Sejarah dan Panitia Matematik telah berganding bahu mengadakan pertandingan permainan dalaman seperti congkak, sahiba, petanque. Pertandingan ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat pelajar malah dapat menambah pengetahuan akan permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Keep it up.

KERJAYA SEBAGAI GURU



GURU: MINAT FAKTOR PENTING

PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.

Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.

Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.

Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.

Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan - tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar.

Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.

Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.

Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.

Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.

Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Meminati profesion ini.

  1. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
  2. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid
  3. Bersifat sabar
  4. Berkeperibadian mulia
  5. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
  6. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Syarat menceburi bidang ini

Individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.


Tempat melanjutkan pengajian

Maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.


Syarat yang diperlukan

1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu.

  1. Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.

Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.

IBU AYAH.....RANCANGLAH CUTI BERKUALITI BERSAMA ANAK-ANAK




Tidak berapa lama lagi cuti persekolahan akan bermula. Masa inilah ibu ayah boleh merapatkan semuala hubungan antara ahli keluarga. Di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama.

SOLAT BERJEMAAH
Tidak ada masa yang paling pendek tetapi paling berkualiti selain dari solat berjemaah bersama keluarga. Paling mudah ialah solat subuh yang hanya dua rakaat. Kalau dihitung jumlah masa yang diperlukan tidak sampai pun 15 minit, tetapi ia cukup bermakna kerana disitulah bermulanya hari kita. Dengan solat berjemaah, bapa sebagai imam akan lebih dihormati sebagai ketua keluarga. Selepas itu bermaaf-maafan pula, tidak perlu tunggu hanya pagi Hari Raya untuk memohon kemaafan. Pada hari minggu, boleh diselitkan sedikit dengan tazkirah pendek sebagai santapan minda dan rohani. Kalau tidak mampu setiap hari, pastikan sekurang-kurangnya beberapa kali dalam seminggu. Selepas solat, doalah dengan doa yang boleh difahami oleh ahli keluarga dan mereka pula mengaminkannya. Solat berjemaah bersama keluarga meningkatkan kemesraan dan keakraban antara ibu bapa dan anak-anak.

MAKAN MALAM BERSAMA
Persefahaman dan keharmonian dapat dibentuk dengan sering makan bersama. Disebabkan waktu siang pada kebiasaannya semua sibuk, kenapa tidak jadikan makan malam sebagai waktu untuk bersama. Sepanjang waktu makan bolehlah tanya-tanyakan bagaimana hari masing-masing. Tujuannya hanya untuk tingkatkan kemesraan. Kalau ada masalah yang mahu dibincangkan maka ia mesti dibincangkan diluar waktu makan. Kalau anak-anak membuka tajuk perbualan yang mungkin menimbulkan ketegangan maka kawallah keadaan. Minta anak ceritakan selepas selesai makan nanti. Usah hilangkan selera makan dengan mood dan perasaan yang negatif.

AMBIL CUTI
Ambillah cuti dan rancang cuti anda untuk bersama keluarga. Sekarang adalah waktu cuti sekolah, maka ini adalah saat yang terbaik untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak dan menggunakan masa secara berkualiti. Banyak destinasi percutian yang boleh kita pergi dan rancanglah perbelanjaan agar tidak berhabis-habisan. Bagi anak-anak, yang penting ialah masa yang telah ibu bapa luangkan untuk bersama mereka. Beritahu mereka dengan jelas bahawa cuti itu diambil memang dengan tujuan untuk bersama. Anak-anak akan lebih menghargai lagi kesanggupan kita. Walau bagaimana cuti itu dihabiskan, kita sebagai ibu bapa usah merungut dan mengungkit seolah-olah kesal ambil cuti pada masa tersebut. Ini memberikan tekanan kepada anak-anak dan membuatkan mereka rasa bersalah.

TEMANI ANAK-ANAK
Anak-anak mungkin tidak meminta tetapi apa salahnya menemani mereka dalam keadaan yang kita tahu mereka memerlukan kita. Misalnya, hantarlah mereka ke sekolah pada hari peperiksaan dan temani mereka ketika ambil keputusan peperiksaan. Saya masih teringat bagaimana keadaannya ketika saya hadir menemani anak mengambil keputusan UPSRnya baru-baru ini. Ketika itu pelbagai bentuk perasaan yang wujud. Ada anak-anak yang seronok kerana mendapat keputusan 5A dan ada yang menangis dan meraung kerana gagal menyaingi rakan-rakan lain yang cemerlang. Ketika itu, hanya segelintir sahaja ibu bapa yang hadir dan anak-anak yang kecewa tadi hanya dipujuk oleh rakan-rakan sebaya. Guru-guru pula sibuk dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang berjaya. Hati saya terdetik, alangkah baiknya kalau ibu bapa ada bersama sebab saat inilah anak-anak memerlukan mereka. Ada sesetengah ibu bapa tidak mahu hadir kerana mereka dapat rasakan yang anak mereka tidak akan cemerlang. Mereka tidak mahu menanggung rasa malu apabila ditanya keputusan anak oleh ibu bapa yang lain. Sebagai ibu bapa kita perlu ingat, yang penting ialah perasaan anak-anak bukan perasaan kita. Oleh itu temanilah mereka dalam apa jua keadaan.

ADAKAN MASA UNTUK SETIAP ANAK
Masa yang berkualiti bukan sahaja perlu diberikan untuk seisi keluarga tetapi ibu bapa hendaklah adakan masa untuk bersama dengan setiap anak secara individu. Sebab tidak semua perkara yang mahu dibincangkan oleh anak itu merupakan perkara umum. Ada ketika mereka mahu bincangkannya secara peribadi. Oleh itu rancang juga masa untuk kita bersama dengan setiap anak secara peribadi. Sebagai contoh, ada masa kita bawa hanya seorang anak sahaja bersama kita seperti mengajaknya makan di luar. Lain hari giliran anak yang lain pula Ada masa bapa yang bawa anak tanpa kehadiran ibu dan begitu juga sebaliknya. Anak dapat rasakan inilah masa yang paling berkualiti dan sentiasa menunggu peluang untuk bersama lagi. Adalah satu kesilapan apabila ibu bapa sangkakan semua aktiviti mesti dilakukan bersama sebab ada ketikanya anak-anak mahu dilayan secara istimewa.

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Hikmah kita diberikan satu mulut dan dua telinga ialah supaya kita lebih banyak mendengar dari berbicara. Dalam aspek keibubapaan kita akan dapati bahawa menjadi pendengar yang baik adalah perkara yang paling mudah untuk dibuat tetapi sukar untuk dipraktikkan. Kita lebih banyak bercakap dari mendengar. Kebanyakan dari apa yang dicakapkan pula lebih kepada arahan, suruhan, teguran, sindiran dan sebagainya. Untuk memahami perkembangan jiwa anak-anak, kita mesti berikan perhatian terhadap apa yang disampaikan. Kalau kita sedang melakukan sesuatu seperti memasak, membaca akhbar, menanam pokok, membasuh pinggan dan sebagainya, maka hentikan perlakuan itu untuk seketika. Tumpukan kepada apa yang anak-anak sampaikan. Anggukkan kepala, iyakan apa yang disampaikan, lihat anak matanya, dan berikan tindakbalas yang sewajarnya. Anak-anak tahu sama ada mereka diambilberat atau tidak dipedulikan. Malah anak-anak kecil akan jujur dan ada ketikanya bertanya kenapa kita tidak melayani mereka sedangkan ketika itu kita menjawab pertanyaan mereka. Sebabnya, bahasa gerak badan kita tidak menunjukkan keikhlasan dalam memberikan balasan kepada mereka.

BERCERITALAH..
Semua orang sukakan cerita lebih-lebih lagi anak-anak. Kalau kita perhatikan sebahagian besar kandungan al-Quran mengandungi cerita-cerita yang memberi banyak petunjuk dan pengajaran. Bercerita adalah cara terbaik untuk mendidik anak-anak. Anak-anak jadi negatif juga disebabkan cerita-cerita yang mereka baca, dengan dan lihat sama ada di radio, TV, internet dan pelbagai media lainnya. Kalau kita tidak bercerita dengan anak-anak maka mindanya mungkin akan dipengaruhi oleh cerita-cerita yang negatif. Macam-macam cerita yang boleh disampaikan kepada anak-anak sama ada kisah nabi, cerita rakyat, isu semasa dan malah kisah silam dan pengalaman hidup kita sendiri. Melalui cerita kita dapat membentuk peribadi dan sahsiah diri mereka. Anak-anak juga rasa seronok setiap kali bersama sebab sentiasa menantikan cerita dari kita.

SUBURKAN KEBAIKAN ANAK
Waktu kita kecil dahulu kita sering melakukan sesuatu dan memanggil nama ibu bapa untuk dapatkan perhatian dan pujian. Kata-kata seperti, “Mak, tengok adik buat ni.. cantik tak??”; “Abah, tengok adik angkat ni.. kuat tak???” telah menjadi lumrah membuktikan bahawa kita mahukan perhatian ibu bapa kita. Begitulah juga dengan anak-anak kita. Apabila kita lihat sesuatu yang baik dilakukannya maka pujilah kerana itu yang anak-anak mahukan. Kerapkali ibu bapa mudah nampak kekurangan dan kesilapan anak-anak tetapi kurang peka terhadap kelebihan dan kebaikan mereka. Apabila kita bersama mereka cuba fokus kepada kelebihan anak-anak dan lebih mencari kebaikan mereka. Puji, dorong, dan bantu mereka menyuburkan potensi yang mereka ada. Jangan pula masa yang sedikit antara kita dan anak-anak itu digunakan lebih untuk memarahi, menghukum, mengherdik dan sebagainya.

RANCANG MASA ANDA
Dalam kita membuat perancangan kerja jangan lupa masukkan masa untuk bersama anak-anak itu sebagai salah satu agenda penting. Anggaplah ia sebagai satu temujanji yang tidak boleh tidak kita mesti hadirkan diri. Saya sendiri sering menolak ceramah-ceramah yang diminta oleh organisasi apabila ia bertembung dengan temujanji saya dengan anak-anak. Bagi saya temujanji dengan anak-anak sama pentingnya dengan temujanji kerja, malah kalau diselami ia lebih penting lagi dari itu. Sebab itu ramai antara kita merasa tidak punya masa untuk anak-anak sedangkan hakikatnya kita tidak pernah merancang masa untuk bersama mereka.

MASALAH ADALAH PELUANG KITA
Kalau ditanya anak-anak bagaimana yang ibu bapa mahukan, semuanya mahu anak-anak yang baik, rajin, soleh, bijak dan sebagainya. Tidak seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anak yang bermasalah. Tetapi kita lupa, setiap manusia pasti ada masalah dan tidak ada seorang pun manusia yang sempurna. Begitulah juga dengan anak-anak kita. Sebenarnya masalah adalah pintu masuk untuk kita mendekati diri dengan anak-anak.

Apabila anak-anak menghadapi masalah, tertekan, berperasaan negatif dan sebagainya maka itu adalah peluang untuk kita memahami, berbincang dan membantu mereka. Itu adalah saat seorang anak memerlukan ibu bapa di sisinya. Jangan pula kita marahi mereka kerana mereka ada masalah. Misalnya, ada waktu anak akan rasa tertekan dengan persekitarannya. Beritahulah mereka bahawa adalah normal merasa tertekan dan bantu mereka mengatasi tekanan tersebut dengan cara yang baik. Begitu juga apabila mereka marah disebabkan sesuatu perkara maka beritahu mereka adalah normal untuk merasa marah tetapi tidak sampai bertindak melulu tanpa akal semata-mata mahu puaskan marah itu. Hulurkan bantuan kepada anak-anak sama ada dari segi moral, ide, wang dan sebagainya. Tetapi jangan pula buatkan mereka terlalu bergantung kepada kita apatah lagi memanjakan mereka secara berlebihan.

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH




Pelbagai pertandingan telah diadakan sempena Minggu Hidup Sihat Tanpa Dadah yang telah dijalankan selama seminggu bermula 14 Oktober 2011 hingga 18 Oktober 2011. Antaranya:-

1. Pertandingan kuiz
2. Pertandingan melukis poster
3. Pertandingan mencipta dan mendeklamasi sajak
4. Pertandingan menulis esei

PERJUANGAN SETAHUN BERAKHIR DENGAN PEPERIKSAAN




Bermula 10 Oktober 2011 dan akan berakhir 4 Oktober 2011 musim peperiksaan akhir tahun bermula. Anak-anak puteri mulai sibuk mengulangkaji pelajaran sebagai bekalan untuk ke medan peperiksaan. Apa yang diharapkan perjuangan selama setahun di tingkatan 1,2 dan 4 membuahkan hasil. Minda perlu positif ditampung dengan usaha yang berterusan, berbekalkan doa dan tawakal. Insyaallah pasti puas dengan benih yang disemai.
Anggaplah peperiksaan sebagai dugaan dan ujian untuk menguji kemahiran dan tahap kecekalan. Keputusan peperiksaan adalah satu hasil yang memberi jawapan kepada perjuangan yang dilalui selama setahun. Jika hasilnya baik teruskan dan tingkatkan jika sebaliknya, muhasabahlah diri masing-masing kerana semua orang ada potensi untuk berjaya. Hendak atau tidak bergantung kepada kemahuan sendiri.

17 Oktober 2011

KENALI DIRI ANDA .... MENGIKUT TARIKH LAHIR


Kenali Peribadi Mengikut Tarikh Lahir

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam
diri anda dan menjadI salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar.
Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan. Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. E
emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Keras hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak. Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik

UJIAN MINAT KERJAYA (SDS HOLLAND)




Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan mereka perlu menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya kerana kerjaya merupakan kegiatan utama dan menentukan cara serta gaya hidup seseorang. Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan kerjaya telah menjadi masalah utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan kejayaan individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang meliputi aspek personaliti, minat dan pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan dan mempunyai keupayaan peribadi untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara sebab mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan .

Selain itu, pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti seseorang amat penting untuk menjamin seseorang individu itu kekal dalam bidang yang diceburinya.

Pemilihan kerjaya yang tepat pada peringkat awal lagi berdasarkan kepada minat, bakat,personaliti dan kemahiran yang ada amat penting agar sesuatu kerja yang dilakukan itu memuaskan dan berada pada tahap cemerlang.

Oleh itu, alat ukuran SDS yang merupakan alat ukuran minat kerjaya yang berformatkan “Ya” atau “Tidak”boleh digunakan umtuk melihat keselarasan antara personaliti dan pemilihan kerjaya yang dibuat.Gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam ujian tersebut digunakan untuk menentukan bidang inat/personaliti.

Menurut Holland (1973), tingkah laku vokasional mempunyai kaitan dengan interaksi anatara enam jenis personaliti, iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), Conventional (C).

1. Realistik (R)

Jenis personaliti realistik ialah individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Individu ini menghadapiersekitaran secara konkrit dan fizikal. Digambarkan sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak bersifat sosial. Contoh pekerjaan: Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun. Contoh pekerjaan: Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun.

2. Investigatif (I)

Jenis Investigatif ialah jenis individu yang mempunayi kemahiran saintifik dan matematik. Mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kecerdasan, memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-lambang. Digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada situasi sosial dan bersifat introvert. Contoh pekerjaan: Ahli Kaji Cuaca, Doktor Perubatan, Ahli fizik, Penyelidik Sains

3. Artisitik (A)

Jenis Artistik ialah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Menghadapi persekitaran dengan kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Digambarkan sebagai individu yang bersifat asli, tidak gemar berkawan dan bersifat kewanitaan Contoh pekerjaan: Penyair, Penyanyi, Pelukis, Pengarang, Arkitek.

4. Sosial (S)

Jenis Personaliti Sosial ialah jenis yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya dalam berkomunikasi. Digambarkan sebagai individu berimej positif mengenai dirinya, suka bersosial, gemar mengasuh, riang dan bertanggungjawab. Contoh pekerjaan: Ahli Sosiologi, Guru, Pegawai Perhubungan Awam, Kaunselor.

5. Enterprising (E)

Jenis personaliti Enterprising ialah jenis individu yang suka berkerja dan berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitaran dengan memperlihatkan ciri-ciri memujuk, bijak berbahasa, ekstrovert,penuh keyakinan. Digambarkan sebagai individu yang pandai dan mahir memanipulasi orang lain dan matlamat akhir mereka untuk mencapai keuntungan. Contoh pekerjaan Esksekutif Pegiklanan, Pengarah Publisiti, Ahli Politik, Jurujual Insurans.

6. Conventional (C)

Jenis personaliti Conventional ialah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.Menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat dan kegiatan yang direstui oleh masyarakat. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.Digambarkan sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli, sentiasa kemas,dan konservatif.Contoh pekerjaan Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan, Akauntan, Jurutrengkas.

Alat Ukuran Minat Kerjaya SDS merupakan ujian minat adalah sebagai alat ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran SDS adalah alat ukuran yang mempunyai format jawapan ‘Suka’ dan ‘Tidak Suka’ atau ‘Ya’dan‘Tidak’.

Alat ukuran SDS mempunyai 3 bahagian utama iaitu Bahagian I (Kesukaan), Bahagian II (Kecekapan) dan Bahagian III (Senarai Nama Pekerjaan). Alat ukuran SDS mengandungi 192 item dan berupaya mengukur 6 bidang minat iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C