23 November 2011

maafkanlah mereka

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Betapa Allah amat memberatkan hamba-Nya menjaga silaturrahim dan ukhwah sesama manusia. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Hal ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah dia menyambung (tali) silaturahim."

Jadi jelas di sini betapa penting untuk kita menjaga ukhwah yang telah terjalin sesama manusia. Kerana menjaga ukhwah itu hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan.

Begitu jua dalam perhubungan cinta antara seorang lelaki dan wanita. Yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Namun kadangkala apa yang kita rancang tidak semudah yang kita sangkakan. Dan sering datang cabaran-cabaran yang membuat perhubungan terputus.

Pastinya sekiranya berlaku sedemikan dalam hubungan itu, kadangkala hati kita terlalu sakit dan kecewa atau muncul perasaan benci dengan pasangan kita kerana merasakan diri kita dipermainkan lebih parah jika kita rasa seperti dikhianati.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Lalu dendam kesumat menjadi jarum hasutan untuk kita memutuskan silaturahim. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, jelas dari kisah sirah ini, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Jadi bagi mereka yang sedang berusaha dalam membina satu hubungan yang lebih diredhai; sabar dan tabah lah dalam menghadapi ujian-ujian yang hadir. Seandainya telah berlakunya perpisahan janganlah sesekali kita menyimpan perasaan benci dan marah di dalam hati kita.

Jangan juga kita cuba menyalahkan takdir kerana kegagalan dan perpisahan itu. Tetapi yakinlah dengan janji Allah.. perpisahan itu pasti akan berganti dengan pertemuan.. pertemuan yang lebih baik dari pertemuan yang dulu..

- Artikel iluvislam.com

14 November 2011

PERTANDINGAN BLOG UBK


TAHNIAH KEPADA PASUKAN BLOG UBK AS SHARIFAH KERANA BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN. ANAK-ANAK MEMANG HEBAT. TERUSKAN MENULIS UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN KEPADA DIRI DAN ORANG LAIN JUGA

09 November 2011

PROGRAM QURBAN AIDIL ADHA 1432H/2011



Pada 13 Zulhijjah 1432H/9Oktober 2011 telah diadakan program korban. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorban dalam korban kelompok oleh warga As Sharifah. Para guru, PIBG dan staf telah bekerjasama melapah daging untuk diagihkan pada seluruh warga sekolah.
"Pengorbanan Asas Kecemerlangan"

Keputusan Penuh Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling 2011

Setelah penilaian dibuat oleh penilai hampir selama 2 minggu, berikut adalah keputusan penuh Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling 2011, sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2011 :

Anugerah Perdana Kategori Sekolah Rendah:

1. SK Lereh

2. SK Kg. Tun Abdul Razak

3. SK Parit Melana

Anugerah Perdana Kategori Sekolah Menengah :

1. SMK Simpang Bekoh

2. SMK Tun Syed Zahiruddin

3. SMKA Sharifah Rodziah

Anugerah Harapan Kategori Sekolah Rendah :

1. SK Bukit Baru

2. SK Seri Duyong

3. SK Pantai Kundor

4. SK Tanjung Minyak

Anugerah Harapan Kategori Sekolah Menengah :

1. SMK Bukit Katil

2. SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub

TAHNIAH & SYABAS kepada semua pemenang! Semoga anugerah ini bakal memartabatkan profesion guru bimbingan dan kaunseling di negeri Hang Tuah ini.

08 November 2011

Takziah

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan takziah kepada pelajar tingkatan 5 iaitu Farah Hazwani bt. Mozaimi yang telah kehilangan bapanya pada bulan Ramadhan yang lepas dan ibunya pada hari sabtu yang lepas. Semoga roh Allahyarham Mozaimi b Mohamad dan juga Zainab bt. Abdul Rahman ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga saudari Farah Hazwani tabah menghdapi ujian dari Allah ini.


Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah.









07 November 2011

SPM....GOOD LUCK SEMUA


Selamat berjuang semua. Semua orang berhak berjaya....anak-anak juga.

Keputusan Acara Akhir Pertandingan Program Realiti Kaunselor Muda 2011

Acara saringan bagi pertandingan Program Realiti Kaunselor Muda 2011 sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 4 November 2011 di SK Kg. Tun Abdul Razak, Bukit Katil, Melaka. Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai acara saringan ini yang ternyata amat sengit. Bakat-bakat Kaunselor Muda yang dilatih oleh Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling ternyata amat mengkagumkan. Berikut adalah keputusan sekolah-sekolah yang telah berjaya ke peringkat akhir :

Sekolah Menengah :

1. SMKA Sharifah Rodziah

2. SMK Bukit Katil

3. SMK (P) Methodist

4. SMK Ghaffar Baba

5. SMK Iskandar Syah

6. SMK Ade Putra

7. SM Tahfiz Al-Quran Chenderah

Sekolah Rendah :

1. SK (P) Methodist (2)

2. SK Tanjung Minyak

3. SK Kg Tun Abdul Razak

4. SK Pantai Kundor

5. SK Jasin

6. SK Ayer Molek

7. SK Rumbia

# Ralat : Harap maaf. Kesilapan nama sekolah untuk sekolah rendah. SK Ayer Keroh digantikan dengan SK Ayer Molek.

Tahniah pada Nuhidayah Zaimani kerana berjaya ke peringkat akhir. Buat yang terbaik....Insyaallah. Yakin pada diri dan buat yang terbaik. Yang penting apa yang disampaikan memberi makna kepada pendengar


06 November 2011














Keistimewaan Zulhijjah

Zulhijjah adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram selain dari muharam, rejab dan zulkaedaha. Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah dalam firman-Nya yang bermakasud:-

" Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah semasa dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguuhnya Allah berserta oarang yang bertakwa. (At-Taubah : 36)

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim A.S dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail A.S sehingga zaman Rasulullah SAW.

Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah SWT bagi muslim yang mengharapkan keredhaan dan pengampunan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksudnya:- "Tiada satu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah." Sahabat baginda SAW bertanya:- Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa plang apa-apa pun." ( Hadis riwayat Al-Bukahri )

05 November 2011

Puasa Satu Hari Sebelum Hari Raya Aidiladha

1. Allah SWT berfirman:-

Demi fajar, (1) dan malam yang sepuluh (1) [ Al - Quran Fajar 89:1-2]

Ibn Khatir berkata bahawa "malam yang sepuluh ini adalah sepuluh hari pertama bulan dhul - hijjah. Ini juga pendapat Ibn Abbas, Ibn Az-zubair, Mujahid dan lainnya.

2. Nabi Muhammad SAW berkata di sahih bukhari yang ertinya:-

Tidak ada perbuatan yang terbaik seperti perbuatan yang terbaik seperti perbuatan yang dilakukan dalam 10 hari ini (dhul-hijjah). Sahabat berkata, "tidak jujga jihad?" Rasulullah SAW berkata, " Tidak juga jihad kecuali orang yang berjang dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali."

3. Allah swt berfirman:-

Dan berzikirlah dengan menyebut Allah dalam beberapa hari yang berbilang (Al-Quran 2:203)

04 November 2011

Apa itu PRS?

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah utuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu para pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosianal, ,di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat "pelajar membantu pelajar" merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.


Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja / seseorang. Dengan itu, mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.


Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, ,Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.


Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya denga nbaik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.






03 November 2011

Hari Kualiti 2011



3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432H guru-guru dan staf SMKASR dianugerahi pelbagai anugerah khidmat cemerlang sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dialirkan sepanjang tahun 2011. Semoga majlis ini dapat membina kejayaan secara maksima dan berusaha meletakkan taraf sekolah kepada Sekolah Berprestasi Tinggi. Insyaallah.

Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."


Riwayat Al-Hakim


Pengajaran hadis:-


1) Tanggungjawab anak terhadap kedua - dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggla dunia.


2) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak - anak hendaklah berbakti dan berrbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, ,berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.


3) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca Al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.


Bersamalah kita mengingati agar sentiasa berjaga dari percakapan mahupun perbuatan apabila bersama ibu bapa agar sentiasa mendapat keredhaan ibu bapa.











02 November 2011

Senyum Itu Adalah Sedekah

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak metahari mulai terbit. Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disededkahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang bisa kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?"

Rasulullah SAW bersabda, " Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga bersedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sededkah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar)


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah, " Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Tarmizi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)


Mungkin kita sering berikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang bisa langsung dinikmati penerima dalam bantuk materi. Hal itu juga mungkiin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.


Kerana itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punyaa wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.


Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah)


Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja'far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thailib Radiyallahu Anhum, bahawa Rasulullah SAW bersabda, " sedeekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana."






TAHUKAH ANDA...JADUAL WAKTU TUBUH BADAN MANUSIA



Setiap perkara di alam ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya umat Islam ada jadual waktu solat, murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak.

Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual am anggota badan yang tertentu;

badan manusia
Awal Pagi

3:00 am - 5:00 am

Paru-paru - Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur DAN sudah tentunya QIAMULAIL . Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

Pagi

5:00 am - 7:00 am

Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

HIDUP ITU INDAH....kita berhak rasa bahagia


Banyak orang merasakan kesusahan di dunia ini. Banyak masalah yang harus dihadapi. Semakin merasakan masalah semakin datang masalah yang lain. Seakan-akan benar pepatah yang sering diucapkan oleh banyak orang: Sudah jatuh ditimpa tangga.

Mari kita cuba keluar dari segala kesukaran dan kesulitan hidup. Pelajaran pertama yang mesti diyakini adalah: bahwa Hidup itu Indah.

Cobalah tersenyum setiap pagi. Jangan lupa mengucapkan Alhamdulillah setelah bangun tidur. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan kita dan kepada-Nyalah kita kelak dihimpunkan.

Tataplah dunia ini dengan penuh kehangatan. Tetaplah dunia ini dengan semangat bahwa kita akan berjaya menghadapi hari yang cemerlang ini.

Tengoklah burung yang berkicau setiap pagi menandakan kesyukuran. Mereka senantiasa bergembira dengan ceria setelah bangun tidur. Padahal mereka belum pasti apakah mereka akan mendapatkan makanan pada hari itu atau tidak. Namun para burung itu senantiasa bersyukur sebelum bergerak mencari rezeki. Mereka bersemangat dan pasrah kepada Allah. Mereka berhasil, bahkan mampu menghidupi anak-anaknya.

Alangkah indahnya hidup ini. Falsafah ini akan membuka tirai kebahagiaan pada setiap saat ia meyakini bahwa hidup itu indah.

Kebahagiaan pertama akan mengundang kebahagiaan-kebahagiaan yang lain sesuai dengan maksud ayat Al Quran yang mengatakan bahwa Sesiapa bersyukur maka Allah akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya.

Kebanyakan kita sering melihat orang lain lebih bahagia daripada kita. Padahal orang lainpun merasakan perasaan yang sama terhadap kita. Kita dianggap oleh orang lain mempunyai nasib yang lebih baik daripadanya. Dan kita menganggap orang lain mempunyai nasib yang lebih baik daripada kita.

Kita sering melihat diri kita banyak kekurangan dan melihat orang lain mempunyai banyak kelebihan. Begitu juga sebaliknya. Jadi siapakah sebenarnya yang lebih bernasib baik jika setiap orang berperasaan demikian?
Setiap orang merasa dirinya banyak kekurangan akhirnya merasa rendah diri dan sedih. Orang lain yang disangka lebih bahagia juga ternyata sama keadaannya.

KUNCINYA adalah rasa syukur setiap saat. Janganlah kita mencari-cari kekurangan yang ada pada diri sehingga terlupa pada apa yang ada pada diri ini. Fokuskan kepada apa yang anda miliki dan manfaatkan sepenuhnya dengan penuh kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan apa saja yang ada pada diri dan apa yang anda miliki. Apa yang anda miliki itu walau seakan-akan kecil dan tak bererti, namun sebenarnya di mata orang lain apa yang anda miliki adalah besar.

Jangan lupa bersyukur setiap saat. Sekaranglah saat yang paling tepat untuk anda merasakan kebahagiaan dan kesyukuran. Tidak perlu menunggu-nunggu waktu untuk berbahagia dan bersyukur.

Sesungguhnya jika anda memiliki seluruh tanah yang ada di bumi ini dengan segala isinya, anda akan masih merasakan kurang banyak.

Selamat berbahagia dengan apa yang anda miliki saat ini. RASAILAH BAHAWA HIDUP ITU INDAH DAN KITA BERHAK BAHAGIA WALAU APA KEAADAAN SEKALIPUN.



PERTANDINGAN MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING





31 NOVEMBER 2011, satu detik bersejarah dengan kedatangan hakim pertandingan Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling dari Jabatan Pelajaran Melaka iaitu En Shafie Ibrahim, Ketua Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Jasin, En Zulkifli dan En Zulhijri Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka. Penilaian dinilai dari segi susun atur, penggunaan dan penyebarluas penggunaan dan perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling kepada seluruh warga sekolah. Satu impak positif pertandingan ini ialah satu inspirasi untuk mengubahsuai dan membuat penambahbaikan bilik bimbingan dan kaunseling. Satu perubahan yang menyeronokkan dan menambah mood untuk bekerja selain menarik perhatian pelajar dan guru untuk turut sama menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seoptimanya.
Satu usaha murni dari pihak kementerian khususnya Jabatan Pelajaran Melaka di bawah Hal ehwal Murid. Tahniah dan teruskan

01 November 2011

Frienship

Ingin kubangunkan kau sebuah gunung

Agar ketika hatimu berkecamuk

Kau dapat menyepi kesana mendapat tenteraman

Ingin kutangkap dan kukotakkan sepuluh kupu

Agar kala sedih tiba

Kau dapat membuka kotak itu untuk memberi riang.


Ingin ku gapai dan kuberi kau seratus pelangi

Agar di tengah badai mengamuk

Aku dapat bersamamu mengusir sedih

Ingin kupetik dan kuberi seribu mawar

Agar kala kemarau datang menyengat

Aku dapat bersamamu menebar senyum.


Hatiku ruah dengan semangat membumbung

Untuk menyentuh hatimu dan membuatnya girang

Dengan sejuta angan - angan

Aku berikan diriku

Agar kau dapat mengejar mimpi riang.


Aku sedar sahabat, diriku terbatas

Aku sedang belajar menggapai pelangi

Menanam mawar, mengejar kupu - kupu

menbangun gunung,

Tapi sementara aku belajar semua itu,

Mari kau pegang erat tanganku

Sandarkanlah dirimu dibahuku

Kerana aku sahabatmu.