01 Mac 2012

Menangani Stres belajar melalui 6B

Masalah stres sering dihadapi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) disebabkan begitu banyak tugasan akademik, terlampau aktif dalam aktiviti kokurikulum, masalah dalam hubungan dengan rakan sebilik atau sekuliah selain masalah kewangan.
Dalam kalangan pelajar baru tentulah anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di kampus. Bermakna anda sedang berhadapan dengan persekitaran, rakan dan jadual pembelajaran baru. Faktor ini mungkin menyumabangkan kepada stres yang menjadi lumrah kepada kehidupan manusia. Pendek kata, stres ialah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan.
Stres ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan yang berlaku. Stres berlaku apabila anda berasa risau atau rasa tidak selesa. Stres boleh berpunca daripada dalam diri anda sendiri atau faktor sosial atau psikololgi.Contoh faktor dalam diri dan perwatakan atau personaliti seperti sukar bergaul dengan rakan sekuliah menyebabkan berlakunya stres.
Faktor sosial seperti hubungan interpersonal dengan rakan di kampus yang sering berselisih faham atau anda mempunyai masalah kewangan berpunca daripada lambat mendapat bantuan kewangan penaja yang yang juga menyumbangkan kepada stres, manakala contoh contoh faktor psikologi ialah takut gagal dalam pengajian kerana jika anda gagal, anda akan berasa malu dengan rakan atau bimbang dimarahi ibu bapa.

1. Bertenang
Bertenang boleh membantu anda mengurangkan steres dengan menghentikan kitaran stres pada peringkat pemuulaan. Cuba bertenang sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberi oleh pensayarah seperti menulis kertas projek.

2. Breathing
Pernafasan melalui abdomen ialah cara terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam. Cara ini dapat meredakan stres yang sedang anda hadapi.

3. Berkata: 'releksla..'
Kata - kata ini sedikit dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres anda apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan.

4. Beribadat
lakukanlah pelbagai jenis ibadat kepada Allah termasukalah sembahyang, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa. Ini sangat mujarab dalam memberi sokongan emosi di samping melegakan perasaan apabila mengalami stres.

5. Berkongsi perasaan atau masalh
perasaan atau masalah ialah sesuatu yang tidak sepatutnya dipendamkan, sebaliknya harus dikongsi dengan oran yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga anda atauun sahabat anda. Berkongsi perasaan atau masalah akan melegakan dan mengurangkan masalah stres dalam diri anda.