18 Januari 2012

Langkah Ke Arah Sikap Yang Positif.

Apabila berbicara tantang 'matlamat', ramai yang akan terfikir tentang keinginan mereka teradap matlamat pelajaran, kewangan dan juga matlamat kesihatan diri mereka. Akan tetapi bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berguna hari demi hari? Bagaimana pula dengan matlamat untuk menjadi orang yang lebih berfikiran positif? Apa pula matlamat anda dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi? Terdapat beberapa cara yang anda boleh bat untuk memperkasakan diri anda setiap hari. Antaranya ialah:-

1. Bina tabiat kerja yang baik:- Kebanyakan tabiat kerja kita adalah hasil dari pekerjaan dan didikan kita terdahuulu, yang mana ada di antaranya yang tidak mendatang hasil. Untuk membuang tabiat anda dan mengubahnya untuk kebaika anda perlu bertanya pada diri anda, " Mengapa saya melakukan kerja ini dengan cara ini dan bagaimana saya boleh memperkasakannya lagi?"

Sentiasalah berusaha untuk bekerja dengan lebih efisien dan pelajari sene memberi keutamaan ( art of prioritization ) pada tugas - tugas anda dengan menetapkan matlamat kerja dan mengikutinya.

2. Kelilingkan diri anda dengan orang yang berjaya:- Salah satu cara untuk mencapai tahap kejayaan yang anda mahukan ialah dengan membina kerjasama dedngan orang - orang yang berjaya yang telah mencapai matlamat yang sama dengan apa yang anda mahukan. Untuk menjadi orang yang mencapai kejayaan yang sama dengan apa yang anda mahukan. Untuk menjadi orang yang mencapai kejayaan anda mesti berfikir dan bertindak seperti orang yang berjaya.


13 Januari 2012

Motivasi Awal Tahun 2012


Salam perjuangan diteruskan untuk tahun 2012

Tiada seorang pun di dunia ini yang mampu mengubah masa lalu.
Buat apa menyimpan kecewa, kesal, apalagi dendam karena hanya akan menjadi "penyakit" yang membuat kita menderita.

Selama masih ada hari ini... "Hari baru"! Maka hidup masih penuh harapan.
Kesempatan Sukses masih terbentang lebar untuk kita perjuangkan. Oleh itu anak-anak puteri berjuanglah untuk masa depan mengejar kebahagiaan di dunia untuk kebahagiaan sebenar di akhirat.

07 Januari 2012

tahun baru , azam baru :)

Selamat Tahun Baru! Tahun ini genap 1433 tahun dikira dari tarikh Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah bersama sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq. Peristiwa besar itu adalah perintah Allah, bukan tindakan saja-saja Rasulullah.

Hijrah adalah hijrah. Simboliknya, ia adalah proses berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Hakikatnya, ia adalah pergerakan manusia secara spiritual, mental dan fizikal daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain. Keadaan baru itu pula relatifnya lebih baik daripada yang baru.

Ia bersifat spiritual kerana berasaskan iman dan keyakinan, bukannya tindakan sendiri tetapi naluri yang diilhamkan Allah. Ia punya implikasi mental kerana persiapan cara berfikirnya, psikologinya sebelum dan selepas berhijrah sangat besar. Ia juga berbentuk fizikal kerana melibatkan perjalanan sebenar tubuh badan atau amalan ‘baru’ yang lebih soleh.

Baiklah, satu perkara utama yang tidak boleh kita abaikan apabila melakukan penghijrahan diri ini ialah MUHASABAH. Muhasabah bermaksud menilai semula diri kita selama ini untuk diinsafi dan dibuat penambahbaikan. Ia mesti disertai dengan taubat nasuha iaitu menyedari kesalahan masa lalu, berasa menyesal, memohon keampunan daripada Allah, meminta maaf daripada manusia, berazam menjadi lebih baik serta bertindak melakukan apa yang telah diazamkan.

Perhatikan firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-18 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):

"Orang yang pandai adalah orang yang memuhasabah dirinya dan beramal untuk waktu setelah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah orang yang jiwanya selalu tunduk kepada nafsunya dan mengharap pada Allah dengan pelbagai angan-angan"

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Merenung kembali intipati khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri Selangor pada Jumaat lepas, muhasabah seperti yang dijelaskan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah terbahagi kepada dua:

Pertama: Muhasabah sebelum bertindak. Ia akan membantu kita membuat keputusan yang tepat sama ada untuk terus melakukannya atau membatalkannya. Mulakanlah setiap apa yang kita rancangkan untuk tahun baru ini dengan bermuhasabah dahulu sebelum mengerjakannya.

Kedua: Muhasabah setelah bertindak. Ia adalah bedah siasat yang meliputi muhasabah tentang perkara baik yang tidak kita lakukan, perkara buruk yang kita buat, juga tentang kesempurnaan, kekurangan, keuntungan dan kerugian hasil tindakan kita sepanjang setahun lalu. Semua ini akan menimbulkan keinsafan lalu menerbitkan azam untuk bertindak lebih baik pada masa hadapan.

Seterusnya, Ibnul Qayyum menyusun kaedah muhasabah diri yang mudah untuk kita amalkan:

Pertama: Muhasabah diri tentang semua kefarduan yang wajib ke atas kita. Jika ada yang masih diabaikan, berazamlah untuk menyempurnakannya.

Kedua: Muhasabah diri terhadap maksiat dan dosa yang kita lakukan. Jika kita masih melakukannya, bertaubat dan beristighfarlah serta perbaiki diri.

Ketiga: Muhasabah diri terhadap kelalaian dan kealpaan. Dekatkanlah diri kepada Allah dengan solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, berzikir dan membaca al-Quran.

Keempat: Muhasbah pada seluruh anggota tubuh badan seperti kaki, tangan, mata, telinga, lidah dan lain-lain. Jika kita masih menggunakannya untuk perkara-perkara tidak berfaedah serta maksiat, kemballah ke pangkal jalan dengan penuh kesyukuran dan ketaatan.

Ringkasnya, hijrah diri disimpulkan oleh hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Abdullah bin Amru ini (maksudnya):

"Sesungguhnya orang yang benar-benar berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah subhanahu wataala.”

Demikianlah serba sedikit peringatan tahun baru untuk kita renungi dan perbaiki bersama. Yang indahnya, tidak seperti sambutan tahun baru masihi, maal hijrah tidak pula dicemari dengan acara-acara maksiat yang memalukan. Kenapa ya?

Ia sebenarnya membuktikan, jika sesuatu perkara itu tetap dikaitkan dengan Allah dan iman kepada-Nya, manusia serta seluruh alam ini akan menerima kebaikannya. Sebaliknya, jika sesuatu perkara itu tidak diasaskan kepada keyakinan kepada Allah, dosa pahala dan balasan hari akhirat, nescaya seluruh alam akan rosak binasa.