28 Februari 2012

Mengubah Tingkah Laku

Tingkah laku merupakan perlakuan yang boleh dilihat dan diperhatikan. Perlakuan menggambarkan perwatakan peribadi seseorang. Buruk tingkah laku seseorang itu maka buruklah perwatakannya, baik perlakuan seseorang itu maka baiklah perwatakannya.

Tingkah laku yang telah sebati di dalam diri sukar diubah sama ada tingkah laku baik atau buruk. Jika tingkah laku baik menjadi tabiat atau amalan maka neruntunglah individu itu tetapi jika tingkah laku buruk menjadi tabiat atau amaln maka rugilah individu berkenaan.

Tingkah laku yang menjadi tabiat sukar untuk diubah. Aristotle pernag mengatakan; "Anda adalah apa yang anda selalu lakukan, kecemerlangan bukannya usaha, tetapi perlakuan baik yang telah sebati di dalam diri anda." Jadi untuk cemerlang anda perlu membiasakan untuk melakuakn tingkah laku yang baik.

Perlakuan yang baik akan menjadi sebati di dalam diri. Apabila ia menjadi sebati, maka kecemerlangan telahpun menghampiri anda. Individu yang cemerlang ialah apabila anda tidak perlu lagi memaksa diri untuk menjadi cemerlang kerana diri anda telah terbiasa ke arah kecemerlangan.

Minggu ini anda akan diberikan tip bagaimana mengubah tingkah laku lama yang negatif kepada tingkah laku baharu yang positif. Fikikrkan perkara ini:-

1. Semuua Orang Boleh Berubah

Melakuakan tingkah laku baik atau buruk adalah mudah. Tetapi menngubah tabiat yang buruk kepada tabiat yang baik memerlukan usaha yang bersungguh - sungguh. Apa juga yang anda fikirkan, fikirkanlah bahawa anda boleh mengubah tabiat dengan syarat anda mahuu berubah.

2. Berubah itu Mudah

Ramai orang yang tidak boleh mengubah tabiat kerana memikirkan susah untuk berubah. Mereka menangguh waktu dan menunggu masa sesuai untuk berubah atau sehingga dipaksa untuk berubah. Dorongan untuk berubah perlu datang dari kawalan dalam diri sendiri. Anda yang menguasai diri untuk berubah.

3. Ubah Satu Tabiat Pada Satu Masa

Anda tidak akan dapat mengubah semua tabiat dalam satu masa. Anda perlu memilih apakah tabiat yang ingin anda ubah. Contohnya terdapat tiga tabiat di dalam diri. Menangguh kerja, membuang masa dan sering terlupa. Pilihla satu di antara tiga dan beri fokus kepada tingkah laku yang perlu diubah.

4. Mulakan Dengan Yang mudah

Pilih tingkah laku yang paling mudah. Dalam tiga contoh di atas mungkin perkara "sering lupa" merupakan tingkah laku atau tabiat yang ingin diubah. Lupa merupakan satu tabiat yang menjadi sebati di dalam diri seseorang. Maka anda bermula dengan memberi perhatian, mencatat atau menyemak senara sebagai perlakuan pertama untuk berubah.

24 Februari 2012

7 Langkah Mencapai Matlamat


Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat / cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Insya-Allah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.


7 Langkah Mencapai Matlamat

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat / cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Insya-Allah.

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.

23 Februari 2012

Bahagia Ketika Belajar


Kebahagiaan ialah pilihan kita sendiri. Kita boleh memilih untuk berbahagia ketika belajar. Walaupun kelihatan mudah, lazimnya sukar untuk dilakukan.

1. Berfikiran Positif

Ramai pelajar baru agak sukar menyesuaikan diri dan mengikuti pengajian di kampus kerana suasana pengajaran dan pembelajaran berbeza berbanding di sekolah dahulu. Pelajar perlu ke kuliah untuk mengikuti syarahan oleh para pensyarah, kemu
dian menghadiri tutorial untuk perbincangan lanjut, menyiapkan tugasan yang diberi seterusnya, menduduki peperiksaan pada akhir semester. Begitulah rutin seorang pelajar universiti pada setiap semester.
Oleh itu berfikirlah secara positif ketika belajar walaupun kursus yang diikuti itu agak sukar difahami, dibebani tugasan dan sebagainya. Bersahabatlah dengan kawan - kawan yang bijak dalam pelajarn itu. Mungkin anda dapat belajar berkaitan kursus yang diikuti daripada mereka. Jangan malu bertanya pensyarah berkaitan kursus yang suk
ar difahami.
Anda mungkin dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan berkaitan kursus itu.
Dengan cara itu mungkin dapat membahagiakan diri anda seterusnya dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

2. Lakukan perkara yang disukai setiap hari

Anda mungkin sering kali mengalami perasaan yang tidak menggembirakan ketika belajar. Perasaan itu mungkin menyumbang kepada stres. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkiin boleh membahagiakan diri anda. Misalnya, jika anda suka berjoging dan ia mampu membahagiakan, maka lakukanlah setiap hari bersama - sama rakan. Selain berasa bahagia, anda juga berasa sihat dan cergas seterusnya, menyumbang kepada minda yang cerdas. Sebagai pelajar universiti anda haru memiliki minda yang cerdas supaya muudah untuk mengikuti dan memahami syaraha ketika kuliah dan perbincangan sewaktu tutorial.




21 Februari 2012

Bagaimana Mengurus Mental dan Emosi.


Pelajar yang berhadapan dengan peperiksaan awam seperti UPSR,PMR,SPM dan STPM mungkin berasa berdebar pada tahun ini. Ia merupakan perasaan lumarah bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan penting itu. Namun, jika perasaan tersebut tidak dapat dikendali atau diururs dengan baik boleh menjejaskan persiapan menghadapi peperiksaan itu nanti. Sebenarnya, terdapat beberapa tip bagaimana mengurus mental dan perasaan dengan baik dan jiwa akan menjadi tenang.

1. Kekalkan Kesihatan Tubuh Badan
Otak yang cergas datang daripada badan yang sihat. Se
bagai tambahan, otak yang cergas akan memberi kesan positif kepada perasaan seseorang. Minda perasaan sangat berkait rapat dalam faktor menentukan tingkah laku positif. Badan yang sihat, minda yang cerdas, emosi yang stabil dan rohani yang mantap merupakan resepi yang terbaik untuk menjadi insan yang seimbang dan cemerlang. Untuk mendapat kesihatan fizikal yang baik, senaman dan makanan yang sihat perlu diamal dan dijaga. "Kebahagiaan manusia terletak kepada kesihatan yang baik."

2. Salurkan Kemarahan dengan Cara yang Betul.
Kemarahan merupakan api yang membara dalam jiwa. Sifatnya boleh memusnahkan fikiran dan perasaan. Namun api juga boleh disalurkan untuk mendapat hasil tenaga. Tukarkanlah api kemarahan anda ke saluran yang boleh memberi kekuatan dan semangat ke arah yang lebih baik dan bermakna. Api kemarahan yang ada dalam jiwa merupakan tenaga yang sedia digunakan untuk meningkat potensi yang ada di dalam diri anda.

3 Sentiasa Bersedia untuk membuat Kebaikan

Dalam Al-Quran dinyatakan apabila manusia dibangkitkan semula, mereka akan menyesali tentang kehidupannya yang lalu sehinggakan mereka memohon kembali ke dunia untuk membuat segala kebaikan yang ada. Penyesalan yang begitu tidak lagi berguna. Belajarlah dan amalkanlah perbuatan baik ketika kita berada di dunia ini kera
na akan memberi kesan positif terhadap diri dan persekitaran.


16 Februari 2012

Kesalahan dalam Menuntut ilmu


Terdapat beberapa kesalah yang wajib dijauhi oleh penuntut ilmu.

1. Hasad
Ertinya, membenci datangnya nikmat Allah kepada seorang hamba. Dia adalah ketidaksenangan seseorang terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Maka ini adalah hasad, baik dia mengharap hilangnya nikmat itu atau tetap ada, akan tetapi die membenci hal itu. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dia berkata, "Hasad adalah kebencian seseorang atas nikmat yang Allah berikan kepada orang lain."

Setiap jiwa pernah luput dari sifat hasad ini, yakni terkadang dia mendesak kedalam jiwa, tetapi dijelaskan dalam satu hadis, "Jika engkau hasad muka janganlah engaku zalim dan jika engkau berprasangka maka janganlah engaku menyelidiki." Ertinya, ,seseornag manusia apabila dia merasakan ada hasad didalam hatinya kepada orang lain maka wajib baginya untuk tidak berbuat zalim kepada orang itu, baik dengan ucapan mahupun dengan perbuatan

2. Berfatwa Tanpa Ilmu
Fatwa adalah kedudukan yang agung, pelakunya mencurahkan fikiran untuk menjelaskan apa - apa yang samar bagi umat tentang urusan agama mereka dan membimbing mereka ke jalan yang lurus. Oleh kerana itu, kedudukan ini tidak boleh disandang kecuali ahlinya. Maka wajib bagi setiap hamba bertakwa kepada Allah aga

r tidak berbicara kecuali berdasar ilmu. Sesungguhnya diantara kejahatan terbesar adalah jika seseorang mengatakan tentang sesuatu bahawa ini halal, padahal dia tidak tahu bahawa Allah mewajibkannya. Sesungguhnya ini adalah kejahatan dan adab yang jelek terhadap Allah.

3. Kibr (sombong)
Nabi Muhammad S.A.W. telah mentafsirkan makna fibr dengan penafsirang yang jelas. Beliau bersabda, "Kibr (sombong) adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."

Termasuk sombong adalah bila seseorang memba
ntah orang yang mengajarinya, baik dengan memperpanjang pembicaraan ataupun dengan adab yang buruk terhadapnya. Termasuk sombong juga menganggap rendah kepada orang yang belajar kepadanya dari kalangan orang yang lebih rendah daripadanya. Sombong boleh menyebabkan seseorang terhindar dari ilmu.

4. Buruk sangka
Diantara hal yang wajib dihindari oleh penuntut ilmu adalah berburuk sangka kepadaorang lain. Seperti mengatakan, "Dia tidak bershadaqah kecuali kerana riak," Allah berfirman, "Wahai orang - orang yang beriman, jauhilah kalin kebanyakan prasangka."




14 Februari 2012

Ciri Pemimpin yang Hebat


Ramai pelajar boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan yang semula jadi di dalam diri. Pemimpin yang baik tidak muncul secara tiba - tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk menjadi pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Sebenarnya, terdapat beberapa tips tentang ciri - ciri pemimpin yang baik.

1. Ada Visi

Pelajar perlu ada visi. Anda tahu ke mana arah anda. Anda dapat melihat dari anda 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Anda boleh meramalkan perkara yang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasaah yang tidak dilihat oleh orang lain. Anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda. Anda dapat menjangka apa yang akan berlaku bukannya menerangkan apa yang telah berlaku.

2. Berilmu
Pelajar yang berilmu pengetahuan adalah lebih kehadapan daripada mereka yang kurang mempunyai ilmu pengetahuan. Pelajar yang rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih berpengatahuan maka mereka tahu perkara yang mereka bua
t, mereka tahu bagaimana untuk menangani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

3. Ada Kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkan dia mudah untuk mencapai matl
amat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apa yang mereka ceburi. Mereka tidak lalai dan leka terhadap sesuatu yang mereka minati. Dia bukan hanya meminati tetapi melakukannya bersungguh - sungguh. Dia melakukannya dengan sepenuh hatinya sehingga selesai. Kesungguhannya untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya akan membuatkan dia merasa puas.

4. Ada Karisma
Personalitinya sangat dikagumi. Melihat kepada wajah, cara gaya dia berhujah, luahan kata- kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah untuk mempengaruhi mereka. Dia mempunyai faktor - x yang tidak dapat dijelasan dengan kata - kata. Faktor - x iniliah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

5. Dapat Berkomunikasi Secara Berkesan
Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. Kata - katanya memukau dan mudah mematahkan hujah - hujah orang lain. Kata - katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkan katanya. Dia dapat mempengaruhi orang lain deng
an mudah. Kata - katanya yang penuh semangat, berhikmah dan ligik membuat pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutnya.

6. Ada Istiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita - cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernah berputus asa. Matlamatnyaialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak mudah kalah. Mereka etap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun. Mereka berdisiplin terhadap diri dan peraturan.

7. keberanian
Ada Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang tel
ah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan - kawan, dia berani dicemuuhhdan dihina, dia berani menerima risiko
malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu m
embuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Menjadikan hatinyya besi dan jiwanya jati.


13 Februari 2012

Ingat, Hafaz dan Praktikkan


1. Kejayaan anda di masa depan, ditentukan oleh tindakan anda sekarang, bukan prestasi anda masa lalu

2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan anda.

3. Anda boleh pilih sendiri untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas anda.

4. Ibu bapa, guru dan kawan - kawan hanya boleh membant tetapi anda yang kene berusaha bersungguh - sungguh

5. Sama ada anda mahu mebuka pintu kecemerlangan seluasnya atau tidak.

6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh, tapi sebab melakukan kerja yang bodoh.

7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantunkan anda

8. Pelajar cemerlang menjari jalan, pelajar gagal mencari alasan

9. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak anda berkorban, maka lagi baiklah peluang anda untuk berjaya.

10. Lebih baik tidur dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas




02 Februari 2012

JOM KITA SENYUM

jom kita senyum

senyum itu sedekah
sedekah paling mudah
tiada keluar belanja
tiada keluar tenaga
jom kita senyum
hubungan lebih erat
mesra jelas terlihat
silaturrahim terjalin utuh
hati lebih terpikat
wajah lebih bercahaya
terpancar nur suci
tanda bersih fikiran
tanda ikhlas perbuatan
jom kita senyum
hidup jadi tenteram
bila semua senyum
mesra kekal menguntum
mekar ke serata alam
walau gigi tiada
walau cum senyum kambing
apa lagi senyum simpul
pasti semua suka…

Senyum

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk,
malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

IKHLAS MEMBERI SESAMA KITA....

Menerima sesuatu tentu lebih mudah dibandingkan memberi. Seperti itu pula sebuah pepatah mengatakan“tangan diatas lebih baik dari pada tangan dibawah”. Berada di posisi “diatas” adalah lebih mulia. Maka mulialah orang-orang yang senantiasa membiasakan diri untuk memberi. Memberi sesuatu kepada orang lain adalah sesuatu yang berat. Sementara dalam kehidupan seharian kita senantiasa dituntut untuk memberi. Baik dari sudut tuntunan agama, maupun pertimbangan tuntutan hidup sosial.

Memberi sesuatu kepada orang lain boleh berupa apa saja. Harta benda, jasa, atau sekadar senyuman tulus ikhlas. Islam merupakan agama senantiasa menekankan untuk kita memberi kerana ia merupakan salah satu bentuk ibadah. Memberi sesuatu kepada orang lain juga merupakan salah satu cara membangunkan jaringan hablun minal annas dan menciptakan silaturrahim. Memberi menjadi suatu penyeimbang dalam kehidupan sosial secara moral maupun material.

Bersedekah, berinfaq, berzakat, memberi hadiah dan bantuan jasa adalah cabang-cabang yang wujud dari konsep memberi. Sukarela, tulus, redha, ikhlas adalah sesuatu yang harus disertakan dalam konsep “memberi” agar ia bernilai, baik secara sosial maupun spiritual. Sehingga sebahagian orang menganggap percuma suatu pemberian jika tidak dilandasi dengan hati ikhlas.

Sebenarnya bagaimanakah ikhlas itu? Jika melihat pengemis di pinggir jalan, lalu memberinya sejumlah wang atau apa saja yang ada pada kita atas dasar rasa belas dan kasihan misalnya,itu adalah satu tindakan yang sangat berperikemanusiaan, namun belum tentu pemberiaan kita termasuk dalam kategori ikhlas. Memang terkadang kita mengenal ‘ikhlas’ atau kerelaan hati wujud akibat reflection dari rasa belas atau kasihan.

Seorang ilmuan mengatakan bahawa memberi sesuatu lantaran adanya sebab, seperti kasihan, prihatin, hiba dsb, itu belum tentu dikategorikan sebagai ikhlas.Ia tidak lebih hanya sebagai suatu bentuk kerelaan atau ketulusan hati saja yang dapat menjadi sebagai pemuasan hawa nafsu, ego kasihan atau ego hiba kita sahaja.

Berlaku ikhlas memang berat. Jika dalam memberi sesuatu,masih mudah dan ringan, bererti kita belum masuk dalam kategori ikhlas, tapi baru sekadar rela atau tulus. Dalam memberi sesuatu kepada orang lain terkadang muncul rasa berat dalam hati kita karena berbagai faktor dan alasan. Alasan itu mungkin disebabkan kurangnya biaya hidup, Tanggal tua, Lagi membutuhkan. Namun tetap saja mencuba menyisihkan untuk memberi meskipun sedikit, karena dilandasi semata-mata atas nama Tuhan. Dan rasa berat itu kita ikhlas-kan meskipun masih terkesan disabar-sabarkan. Inilah yang lebih dimaksudkan sebagai ikhlas. Sekali lagi karena dia berat.

Ada perbedaan antara ikhlas dan tulus. Ikhlas itu, merelakan sesuatu yang terasa berat. Tulus itu adalah kerelaan hati karena faktor adanya rasa senang atau tidak ada beban. Ikhlas memiliki kedudukan atau derajat yang tinggi di mata Tuhan. Sehingga salah-lah orang yang mengatakan: percuma saja melakukan ini-itu jika tidak ikhlas. Persepsi orang selama ini terbalik, jika orang terlihat berat membantu atau memberi sesuatu disebut ‘tidak ikhlas’ dan begitu pula sebaliknya.

Berbuat ikhlas meskipun berat, seorang mukhlissenantiasa dilandasi dengan nama Sang Maha Pencipta.Ikhlas merupakan solusi positif menghadapi kondisi bangsa yang seringkali ditimpa oleh berbagai bencana, yang diakibatkan oleh campur tangan manusia sendiri. Melalui bencana ini pun kita masih digebleng oleh Tuhan untuk menjadi orang yang ikhlas dalam menerima segalanya. Termasuk di dalamnya ikhlas memberi bantuan kepada korban banjir misalnya. Bencana pada bangsa ini telah membuka lebar bagi penduduknya untuk berlaku ikhlas. Semoga kita termasuk orang-orang yang ikhlas.

KELEBIHAN BERSALAWAT

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga:

Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi)

Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata:

Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, harap kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.