31 Julai 2012

MERDEKA...MERDEKA...APA ERTI KEMERDEKAAN

Merdeka Merdeka....ada satu kemerdekaan yang sering dilupakan iaitu merdeka daripada hawa nafsu yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain iaitu merdeka daripada sifat mazmumah yang memudahkan kepada sifat mahmudah yang membahagiakan.
Hendaknya kita bebas daripada sifat dengki, khianat, jatuh menjatuhkan dan digantikan dengan kasih sayang, tolong menolong, pemaaf, rajin dan sentiasa bersangka baik.
Sempena Ramadhan ni buatlah perubahan, buatlah penghijrahan... moga segala usaha kita diterima.

23 Julai 2012

PROGRAM TEMU MESRA AL JAUHAR



20 JULAI 2012, JUMAAT JAM 2.45 petang diadakan program temu mesra bersama ibu bapa pelajar Al Jauhar. Pihak sekolah mengharapkan agar target sekolah dapat dicapai dengan adanya kerjasama padu daripada pelajar, ibubapa dan guru-guru.

PROGRAM PENYERAHAN MENTOR MENTEE AL JAUHAR




20 JULAI 2012, Jumaat. Seawal jam 7.00 pagi, pelajar Al Jauhar telah berkumpul dibilik mesyuarat Sayidah Pauziah. Program dimulakan dengan bacaan Yassin, ucapan pengetua. Majlis diteruskan dengan penyerahan mentee kepada mentor.

22 Julai 2012

AMALAN IBU BAPA KETIKA ANAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

 Assalamualaikum w.b.t .
Saya ingin berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini . InsyaAllah anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang .


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Setiap usaha mesti diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah. Kerana segala sesuatu adalah ketentuan Allah kepada hambanya. 


tawakkal lah kepada Allah . .