25 Januari 2013

Salam Perpisahan


Tiada siapa yang menyukai perpisahan. sebab berpisah itu payah. lebih-lebih lagi bila perpisahan itu berlaku antara kita dan insan yang kita sayang. dalam perpisahan akan ada dua kemungkinan. kemungkinan kita akan bertemu kembali, atau kemungkinan kita tidak akan bertemu kembali, selama-lamanya. memikirkan kemungkinan kedua, membuatkan diri tidak berani untuk melukakan hati mereka. takut tidak sempat bertemu kembali. bagaimana kita boleh yakin akan kemungkinan pertama? sedangkan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku beberapa detik, saat , minit akan datang mahupun esok. doa. supaya dapat bertemu kembali. kadangkala saya berharap kita dapat jadi seperti pokok. pokok yang tumbuh bersama-sama. yang sentiasa tegak berdiri dan tidak berganjak ke mana-mana. dengan itu kita tidak akan pernah berpisah. sama seperti pokok ~dialog drama korea sesungguhnya kita berpisah kerana Allah. kita berpisah kerana ibadah. semoga kita bertemu kembali. InsyaAllah. 

 p/s: Catatan in merupakan entry dari http://azriana92.blogspot.com/