28 Februari 2012

Mengubah Tingkah Laku

Tingkah laku merupakan perlakuan yang boleh dilihat dan diperhatikan. Perlakuan menggambarkan perwatakan peribadi seseorang. Buruk tingkah laku seseorang itu maka buruklah perwatakannya, baik perlakuan seseorang itu maka baiklah perwatakannya.

Tingkah laku yang telah sebati di dalam diri sukar diubah sama ada tingkah laku baik atau buruk. Jika tingkah laku baik menjadi tabiat atau amalan maka neruntunglah individu itu tetapi jika tingkah laku buruk menjadi tabiat atau amaln maka rugilah individu berkenaan.

Tingkah laku yang menjadi tabiat sukar untuk diubah. Aristotle pernag mengatakan; "Anda adalah apa yang anda selalu lakukan, kecemerlangan bukannya usaha, tetapi perlakuan baik yang telah sebati di dalam diri anda." Jadi untuk cemerlang anda perlu membiasakan untuk melakuakn tingkah laku yang baik.

Perlakuan yang baik akan menjadi sebati di dalam diri. Apabila ia menjadi sebati, maka kecemerlangan telahpun menghampiri anda. Individu yang cemerlang ialah apabila anda tidak perlu lagi memaksa diri untuk menjadi cemerlang kerana diri anda telah terbiasa ke arah kecemerlangan.

Minggu ini anda akan diberikan tip bagaimana mengubah tingkah laku lama yang negatif kepada tingkah laku baharu yang positif. Fikikrkan perkara ini:-

1. Semuua Orang Boleh Berubah

Melakuakan tingkah laku baik atau buruk adalah mudah. Tetapi menngubah tabiat yang buruk kepada tabiat yang baik memerlukan usaha yang bersungguh - sungguh. Apa juga yang anda fikirkan, fikirkanlah bahawa anda boleh mengubah tabiat dengan syarat anda mahuu berubah.

2. Berubah itu Mudah

Ramai orang yang tidak boleh mengubah tabiat kerana memikirkan susah untuk berubah. Mereka menangguh waktu dan menunggu masa sesuai untuk berubah atau sehingga dipaksa untuk berubah. Dorongan untuk berubah perlu datang dari kawalan dalam diri sendiri. Anda yang menguasai diri untuk berubah.

3. Ubah Satu Tabiat Pada Satu Masa

Anda tidak akan dapat mengubah semua tabiat dalam satu masa. Anda perlu memilih apakah tabiat yang ingin anda ubah. Contohnya terdapat tiga tabiat di dalam diri. Menangguh kerja, membuang masa dan sering terlupa. Pilihla satu di antara tiga dan beri fokus kepada tingkah laku yang perlu diubah.

4. Mulakan Dengan Yang mudah

Pilih tingkah laku yang paling mudah. Dalam tiga contoh di atas mungkin perkara "sering lupa" merupakan tingkah laku atau tabiat yang ingin diubah. Lupa merupakan satu tabiat yang menjadi sebati di dalam diri seseorang. Maka anda bermula dengan memberi perhatian, mencatat atau menyemak senara sebagai perlakuan pertama untuk berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan