Memaparkan catatan dengan label Pengiktirafan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengiktirafan. Papar semua catatan

09 November 2011

Keputusan Penuh Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling 2011

Setelah penilaian dibuat oleh penilai hampir selama 2 minggu, berikut adalah keputusan penuh Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling 2011, sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2011 :

Anugerah Perdana Kategori Sekolah Rendah:

1. SK Lereh

2. SK Kg. Tun Abdul Razak

3. SK Parit Melana

Anugerah Perdana Kategori Sekolah Menengah :

1. SMK Simpang Bekoh

2. SMK Tun Syed Zahiruddin

3. SMKA Sharifah Rodziah

Anugerah Harapan Kategori Sekolah Rendah :

1. SK Bukit Baru

2. SK Seri Duyong

3. SK Pantai Kundor

4. SK Tanjung Minyak

Anugerah Harapan Kategori Sekolah Menengah :

1. SMK Bukit Katil

2. SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub

TAHNIAH & SYABAS kepada semua pemenang! Semoga anugerah ini bakal memartabatkan profesion guru bimbingan dan kaunseling di negeri Hang Tuah ini.

03 November 2011

Hari Kualiti 2011



‎
3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432H guru-guru dan staf SMKASR dianugerahi pelbagai anugerah khidmat cemerlang sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dialirkan sepanjang tahun 2011. Semoga majlis ini dapat membina kejayaan secara maksima dan berusaha meletakkan taraf sekolah kepada Sekolah Berprestasi Tinggi. Insyaallah.

02 November 2011

PERTANDINGAN MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING





31 NOVEMBER 2011, satu detik bersejarah dengan kedatangan hakim pertandingan Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling dari Jabatan Pelajaran Melaka iaitu En Shafie Ibrahim, Ketua Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Jasin, En Zulkifli dan En Zulhijri Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka. Penilaian dinilai dari segi susun atur, penggunaan dan penyebarluas penggunaan dan perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling kepada seluruh warga sekolah. Satu impak positif pertandingan ini ialah satu inspirasi untuk mengubahsuai dan membuat penambahbaikan bilik bimbingan dan kaunseling. Satu perubahan yang menyeronokkan dan menambah mood untuk bekerja selain menarik perhatian pelajar dan guru untuk turut sama menggunakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seoptimanya.
Satu usaha murni dari pihak kementerian khususnya Jabatan Pelajaran Melaka di bawah Hal ehwal Murid. Tahniah dan teruskan

02 Oktober 2011

KARNIVAL KERJAYA SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011





Tanggal 30 APRIL 2011 bertempat di SK Tanjung Minyak telah berlangsung Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Melaka 2011. Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu bermula sejak 8.00 pagi lagi. Pelbagai pertandingan telah dijalankan untuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Antaranya Eksplorasi Alam Kerjaya, Sketsa Kerjaya, Lukisan kerjaya, Folio kerjaya, Model kerjaya dan Media Maklumat.
Tahniah kepada pasukan SMKA Sharifah Rodziah kerana berjaya dalam semua acara yang dimasuki.
JOHAN EKSPLORASI ALAM KERJAYA
KEDUA MEDIA MAKLUMAT
KETIGA FOLIO KERJAYA
SAGUHATI LUKISAN KERJAYA MENENGAH ATAS

16 April 2009

Pertandingan Karnival PPDa peringkat Melaka Tengah 2009

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
Johan - Nur Izzati Azlan
Pertandingan Poster Menengah Rendah
Ketiga - Amira Shahira Ibrahim
Pertandingan e-PPDa
Ketiga - Siti Mariam Mohd Wadzir
Nurizzati Mohd Diah
Ummu Aiman Rahimin
Pertandingan Nasyid
Ketiga - Kumpulan Nasyid Wardatuddiniyyah