Memaparkan catatan dengan label kem belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kem belajar. Papar semua catatan

23 Oktober 2011

CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN

1.Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi

2.Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram

dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Oleh itu,

kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi,

membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan

sebagainya.

3.Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak

sesuai dengan kita. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan

vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan

yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum

membeli makanan tambahan.

4.Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan

peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga

sekadar berjalan kaki.
5.Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda

akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun

tidak ceria. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius

dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan

diri kepada Tuhan.

6.Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu

yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka

pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7.Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat

merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba)

dan Monopoli. Selain itu, amalkan juga permainan yang

melatih minda dan kekuatan seperti memanah, berenang

dan berkuda.

8.Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus

dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat

belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu

perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

9.Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran

walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat

menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya

ingatan dengan lebih baik.

10.Makanan-makanan untuk kuat ingatan dan membasmi kelupaan. 1. Manisan madu lebah asli. 2. Air zam zam 3. Kurma / Tamar 4. Susu segar 5. Kismis / zabib 6. Halia. 7. Kekacang 8. Lobak. 9. Bunga cengkih. 10. Daging burung merpati. 11. Minyak sapi. 12. Za’faran 13. Roti kering.

14.Buah-buahan

15.Sayur-sayuran.

13 Oktober 2011

KAEDAH PEMBELAJARAN LEBIH BERKESAN


Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

  • Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN

Suasana / Tempat Belajar

  • Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
Memilih Masa Yang Sesuai
  • Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  • Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran Di Sekolah
  • Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
Membaca, Memahami dan Menghafal
  • Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  • Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  • Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
Mengandungi semua maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat

Kesungguhan Belajar

  • Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  • Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  • Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  • Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  • Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.

06 Oktober 2011

Tips Menjawab Peperiksaan

Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan. Antaranya ialah :-



1. Semak jadual



Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dahulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.


2. Kunci peperiksaan


Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab.


3. Tentukan keutamaan



Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali - kali belajar subjek yang anda sukai sahaja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana, setiap peperiksaan akan membabitkan semua mata pelajaran.


4. Banyak mengingat dan buat kaitan

Mengingat adalah satu perkara yang penting yang mesti dilakukan calon dalam peperiksaan. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengingat. antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.



5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan


Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan yang mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja dugaan yang boleh mengganggu perasaan.


6. Berdoa dan bertawakal



Sering kali kita was - was ataupun tidak yakin dengan apa jua kita lakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutna kikta berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan sahaja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang?












14 September 2011

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan

Untuk berjaya dengan cemerlang, beberpa pendekatan belajar telah perlu diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada individu pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu anak-anak pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan dikumpulkan dari beberapa buku dan nota.

TEKNIK BELAJAR 5R - STUV

Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]


TEKNIK BELAJAR SECARA BAYANGAN

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



RAHSIA PENGURUSAN MASA CEMERLANG

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

Masa di telefon-pendekan perbualan
Semasa membantu/ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



TEKNIK BELAJAR PV3R

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 CARA CEMERLANGKAN OTAK

Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


AMALKAN PENINGKATAN DAYA INGATAN

Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

SELAMAT MENCUBA. SEMOGA BERJAYA

14 Mei 2011

PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. Persediaan menghadapi periksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika berlakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Harap penulisan ini boleh digunapakai sebagai persiapan akhir menjelang peperiksaan PMR dan SPM. Persediaan ini boleh diikut kesemuanya atau mengikut kesesuaian.

01 Mac 2010

Kem Tahfiz Al Quran As Syarifah

Kem Tahfiz untuk bulan Mac ini akan diadakan pada 6 dan 7 Mac 2010 dan 12 dan 13 Mac 2010. Untuk program kali ini anak-anak pelajar akan menghafal surah As Sajadah dan al Mulk. Tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya menghafal surah Yassin dengan jayanya. Bagi yang belum jangan putus asa.
Kata-kata hikmah Arab menegaskan :-
"Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al Quran dengan melihat (mashaf Al Quran)."
"Orang yang mengamalkan membaca Al Quran pada setiap hari, tidak akan berpenyakit nyanyuk apabila tua malah mata terang terutama apabila membaca Al Quran"
"Orang yang mengamalkan membaca Al Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun"

Kesan membaca Al Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Semasa membaca Al Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Ia juga melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran di mana konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.