03 Ogos 2009

Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

Demam peperiksaan telah bermula. 17 Ogos 2009 bermula Peperiksaan Percubaan PMR. Kepada semua puteri harap dapat membuat persediaan rapi terutama persediaan kesihatan. Di saat negara dilanda wabak H1N1 ini, anak-anak hendaklah terus menjaga kesihatan diri. Mask yang dibekalkan ataupun dibeli hendaklah sentiasa dipakai sebagai perlindungan diri. Sekiranya rasa nak demam, batuk, selsema sakit-sakit badan segera dapatkan rawatan doktor. Jangan ambil ringan akan bahaya wabak penyakit yang boleh membawa maut ini. Banyakkan berdoa agar kita dijauhkan dari penyakit ini.
Dari segi persediaan rohani pula, anak-anak teruskan dengan solat hajat, solat Dhuha, membaca Al Quran dan sentiasa zikir dan doa minta ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bertawakallah pada Allah di atas segala usaha yang anak-anak telah lakukan. Insyaallah kemenangan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan