06 November 2010

Emosi .... senangnya hati tersentuh

Bila usia meningkat, emosi kita juga mudah tersinggung dan tersentuh. Rasa bahagia tiba-tiba berduka kerana tidak tahan dengan perilaku orang lain. Kata-kata kan lebih tajam dari mata pedang.Oleh itu kawalan diri sangat penting agar tidak meletakkan syarat rasa bahagia kita pada orang lain. Setiap orang punyai hak untuk berkata-kata dan berprasangka tapi kita pula bagaimana.... adakah mahu kalah dengan situasi atau mengikut kata hati.Akhirnya timbul permusuhan dan perbalahan.

Untuk kali ini Ummi cetusan idea ini datang apabila Ummi membaca majalah Haluan tentang "Mengatasi Rasa Tersinggung" oleh Pn Norlida Md Top

Kenapa kita mudah tersinggung? Orang yang mudah tersentuh kerana selalu menilai dirinya lebih daripada kenyataan, merasa pandai, merasa hebat, merasa soleh dan merasa lebih dari orang lain. keadaan ini berubah bila orang lain menilai kurang sedikit dari apa yang dirasa maka timbullah perasaan tersentuh, geram dan sakit hati. Justeru itu kita hendaklah menilai diri kita seadanya. sebagai insan yang tidak lari dari serba kekurangan. walau sehebat mana kita ada kekurangan yang kita miliki.Latih diri untuk bersikap kesederhanaan dan anggap semua ini adalah amanah agar kita tidak tamak dengan penghargaan. Memang sukar untuk dilaksanakan tetapi jika rasa kehambaan timbul kita akan dapat merasakan ilmu dan kelebihan kita hanya pinjaman Allah. Sebenarnya kita tidak punya apa-apa hanya milikNya.

Kita juga perlu melihat orang lain juga mempunyai kelebihan dan memberi manfaat sesama kita.Setiap yang berlaku itu adalah ujian bagi kita untuk menentukan tahap kesabaran kita. Kita tidak berhak untuk memaksa orang lain berfikir dan berbuat seperti yang kita kehendaki. Sebaliknya kita yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan.Belajarlah memaafkan orang lain walaupun sakit kerana ianya berbaloi.Mudah-mudahan kita lebih bahagia untuk mendapat cintaNya dan berbahagi sesama kita.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (QS:2:156)

1 ulasan:

  1. Salam... agaknya atas insiden apa , maka cetusan idea ini diluahkan kan....? Kalau saya lah yang membuat kak Bi terasa, saya mohon maaf ye. Sememangnya, umur yang semakin lanjut & tekanan pos jawatan yang terpaksa dipegang ditambah pula dengan kurang sokongan dari pucuk pimpinan, memang boleh membuatkan hati kita kadang2 terasa dengan amat mudahnya......

    Wallahua'lam......

    BalasPadam