27 Februari 2011

Bimbingan dan Kaunseling

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKA SHARIFAH RODZIAH.

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN ELEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL,
PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERHKIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH.


MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKA SHARIFAH RODZIAH

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH MENJELANG TAHUN 2015.



FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKA SHARIFAH RODZIAH

BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBELINGKAN SECARA
OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG
CEKAP, BERKESAN DAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.


MOTTO PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKA SHARIFAH RODZIAH

"SHARING IS CARING, CARING IS LOVING"


SENARAI TUGAS KAUNSELOR

1. MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH..
2. MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3. SEKOLAH MELALUI KAJIAN KEPERLUAN, SOALSELIDIK, TEMU BUAL DAN PERBINCANGAN DENGAN PELAJAR, GURU,PENTADBIR,KAKITANGAN SEKOLAH,IBU BAPA DAN BEKAS PELAJAR.
4. MERANCANG, MENGAWALSELIA DAN MENGEMASKINI REKOD DAN INVENTORI PELAJAR.
5. MENGUMPUL, MENYEDIA, MENYEBAR MAKLUMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK DAN TUNJUKAJAR. INSTRUCTIONAL) YANG MERANSANG PERKEMBANGAN PELAJAR SECARA OPTIMUM.
6. MERANCANG,MELAKSANA DAN MENGAWALSELIA PERKHIDMATAN KAUNSELING INDIVIDU SECARA PROFESIONAL DAN BERETIKA.
7. MERANCANG,MELAKSANA, MENGAWALSELIA AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK SEMUA PELAJAR.
8. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA SERTA MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBERIAN MAKLUMAT SESUAI DENGAN PENAWARAN PAKEJ PENSIJILAN TERBUKA DAN KEPERLUAN IPT
9. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEHAGAN DADAH, INHALAN, ROKOK DAN ALKOHOL.
10. MERANCANG MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI UNTUK EMNYEDIA DAN MENDEDAHAKAN PELAJAR KEPADA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM LUAR NEGARA.
11. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN EMNILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN BERHUBUNG BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KERJAYA DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
12. MERANCANG, MELAKSANAKAN, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI KONFERENS DENGAN IBI BAPA, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU DAN AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR.
13. MEMBUAT PENILAIAN AKTIVITI, MODUL, MODEL, INSTRUMEN DAN PENDEKATAN SECARA MENYELURUH BAGI MENINGKATKAN MUTU DAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH.
14. MERANCANG, MENYELARAS DAN MENILAI SUMBER DAN BAHAN RESOS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
15. MENJADI URUSETIA KEPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
16. MENJADI PENGGERAK UTAMA DALAM PROGRAM LATIHAN DALAMAN BAGI EMNYEBARKAN PENINGKATAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.
17. MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR, GURU, KAITANGAN DAN IBU BAPA YANG MEMERLUKANNYA.
18. MENJADI PERSONEL PERHUBUNGAN SERANTA SEKOLAH DENGAN AGENSI-AGENSI LUAR YANG BERKAITAN.
19. MENJADI AHLI JAWATANKUASA EX-OFICIO DALAM JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH.
20. MENJADI AHLI JAWATANKUASA DALAM MAJLIS PERANCANG SEKOLAH, DISIPLIN SEKOLAH DAN JAWATANKUASA LEMBAGA/BADAN PENGAWAS SEKOLAH.
21. MENJADI PENYELAERASW DALAM PROGRAM MENTO-MENTE SEKOLAH
22. MENJADI PENYELARAS DALAM PROGRAM-PROGRAM PENGEMABNAGAN PELAJAR SEPERTI KOLOKIUM, MOTIVASI, KEM JAYA DIRI DAN KURSUS KETATANEGARAAN.


Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kauseling tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting . Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Yang Ditawarkan

KAUNSELING INDIVIDU

- Peribadi
- Akademik
- Keluarga
- Kerjaya
- Kesihatan
- Dadah


KAUNSELING KELOMPOK

- Kelompok Kaunseling
- Kelompok Bimbingan
- Kelompok Dinamik
- Kelompok Kepimpinan


BIDANG AKADEMIK

1. Penerangan mengenal pensijilan terbuka
2. Kemahiran Belajar
i. Membaca ii. Mencatat iii. Mengambil nota iv. Mendengar
v. Mengingat vi. Mengulangkaji vii. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran Pengurusan Masa
4. Kemahiran Pengurusan Diri
5. Strategi Menghadapi Peperiksaan
6. Pengumpulan /Penyampaian Maklumat halatuju lepasan pelajar SPM dan STPM berhubung dengan peluang melanjutkan pelajaran di IPT dan pembiayaan pendidikan.


BIDANG KERJAYA

1. Pendidikan Kerjaya
2. Mengenal Personaliti, minat dan nilai berhubung dengan pemilihan kerjaya.
3. Penyampaian maklumat pakej pensijilan terbuka berkaitan dengan matapelajaran elektif di sekolah menengah, kursus-kursus dan kerjaya lepasan SPM.
4. Institusi/agensi yang menyediakan kursus/latihan kemahiran lepasan SPM.
5. Maklumat Kerjaya

BIDANG PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

1. Ujian/Inventori /Senarai Semak berkaitan dengan Psikososial
2. Merujuk Kad Maklumat Diri
3. Kemahiran Komunikasi
4. Kemahiran Asertif/Tegas Diri
5. Penyaringan Maklumat
6. Pengurusan Tekanan
7. Kemahiran Rohani
8. Kemahiran Membuat Keputusan
9. Kemahiran Pegawalan Diri
10. Kemahiran Aplikasi
11. Kemahiran Sintesis
12. Kemahiran Analisis Kritikal
13. Pengekalan penghargaan diri/self esteem
14. Perkembangan keremajaan
15. Konsep Kendiri
16. Pengendalian Kendiri
17. Program Orientasi
18. Program Lepas PMR

BIDANG KEIBUBAPAAN

1. Komunikasi
2. Perkembangan Individu
3. Isu-isu kekeluargaan
3.1 Kepimpinan
3.2 Perkembangan remaja masa kini dan masa akan datang
3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga
4. Kemahiran Keibubapaan

BIDANG PERKEMBANGAN DIRI PELAJAR

1. Kemahiran Komunikasi
2. Kemahiran penyelesaian masalah
3. Kepimpinan
4. Kemahiran tegas diri
5. Pembimbing Rakan Sebaya
6. Kemahiran sosial
7. Kemahiran pemilihan aktiviti keutamaan
8. Pengurusan Kelab dan Persatuan

BIDANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/IMHALAN/HIV/AIDS

1. Komunikasi
2. Perkembangan individu
3. Pendidikan kekeluargaan
4. Kemahiran asertif / tegas diri
5. Kemahiran sosial
6. Sikap benci kepada dadah dan inhalan
7. Pendidikan pencegahan
8. Maklumat tentang akibat buruk, sebab dan punca

BIDANG PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. Sistem fail
2. Borang-borang
3. Laporan aktiviti
4. Buku stok
5. Inventori/ soal selidik
6. Minit mesyuarat
7. Penyata kewangan
8. Rekod lawatan ke rumah
9. Rekod perkhidmatan luar
10. Rekod konsultasi ibu bapa
11. Rekod kelas ganti
12. Rekod kaunseling individu
13. Rekod kaunseling kelompok
14. Rekod kemasukan
15. Perancangan tahunan
16. Laporan tahunan
17. Rekod sesi kaunseling individu / kelompok


PERANAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

a. Bimbingan Perkembangan Personaliti - kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

b. Bimbingan Perkembangan Kerjaya - Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.

c. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran - Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

d. Bimbingan Penyesuaian Diri - kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.

e. Bimbingan Tingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.

f. Perkhidmatan Kaunseling - Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya. Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.


Definisi Bimbingan

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan

• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan