14 April 2011

Persahabatan Dalam Islam


Di dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan persahabatan selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu perkara.
Dalam islam, memang dituntut setiap orang memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri.

Firman Allah yang bermaksud:- "Sudah pastilah kecintaan-Ku itu untuk orang - orang yang saling ziarah menziarahi kerana aku, sudah pasti pula kecintaan-Ku kepada orang yang saling bantu - membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaan-Ku kepada orang yang saling tolong - menolong kerana Aku."

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dalam setiap individu muslim.

Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda.. Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat - sahabat anda? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat islam?


1 ulasan:

  1. amalan terus terang menjadi satu budaya kehidupan rumahtangga kami. tp disebabkan amalan itu kdg2 terjadi perselisihan faham. jadi salah seorang di antara kami perlu berfikir dahulu sebelum mengutarakan sesuatu perkara. dan kdg perlu merahsiakan sesuatu yg mungkin akan menyebabkan keadaan bertambah buruk.

    BalasPadam