18 April 2011

Program Tautan Kasih




Tanggal 12 April 2011, telah diadakan satu program yang bertujuan untuk menyulam kasih antara pelajar-pelajar puteri tingkatan 1. PRS AS Sharifah sekali lagi membantu unit bimbingan dan kaunseling untuk menjalankan aktiviti ais breaking, LDK bertajuk "kasih sayang" dan sesi curahan perasaan. Di akhir sesi kelihatan adik-adik semakin akrab antara satu sama lain. Objektif program ini diharap dapat dicapai iaitu membudayakan kasih sayang dan saling menghormati bagi seluruh warga As Sharifah

14 April 2011

Persahabatan Dalam Islam


Di dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan persahabatan selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu perkara.
Dalam islam, memang dituntut setiap orang memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri.

Firman Allah yang bermaksud:- "Sudah pastilah kecintaan-Ku itu untuk orang - orang yang saling ziarah menziarahi kerana aku, sudah pasti pula kecintaan-Ku kepada orang yang saling bantu - membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaan-Ku kepada orang yang saling tolong - menolong kerana Aku."

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dalam setiap individu muslim.

Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda.. Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat - sahabat anda? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat islam?