11 Mei 2009

Peperiksaan o Peperiksaan

11 Mei 2009 Isnin bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 5. Peperiksaan memang menyakitkan. Ia merupakan penyakit yang mendatang tanpa diundang. Itulah perasaan kerana semua orang hendakkan kejayaan apabila diuji. Itulah punca pada perasaan ini. Bagaiamana hendak berjaya jika tidak ada persediaan yang rapi? Itu satu lagi persoalan. Kalau hendak difikirkan alasan, ada seribu satu alasan. Jadi hentikan mencari alasan. Apa yang penting fokus kepada peperiksaan. Setiap hari ada satu atau dua mata pelajaran. Cuba ulangkaji semuanya sedapat mungkin. Ingat sebenarnya kita sudah berlajar sebelum ini. Usaha berterusan. Sekiranya ada pemikiran negatif mendatang, berhenti mengulangkaji seketika, fokus pada matlamat diri, tarik nafas panjang, berzikir dan kalau perlu tinggalkan seketika ruang belajar, hirup udara segar pemberian Allah dan rasakan juga kita adalah ciptaan Allah yang istimewa. Anakanda apa yang penting adalah kepercayaan kita pada keupayaan diri kita sendiri. Setiap orang boleh berjaya, mampu berjaya dan berhak berjaya. Apa yang penting kemahuan itu datangnya dari diri sendiri. YAKIN SENDIRI BOLEH MELAKUKANNYA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan