18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

18 Mei 2009, satu detik bersejarah buat semua guru As Sharifah di mana satu sambutan Hari Guru telah disambut penuh meriah dalam suasana penuh ceria. Pada awal pagi lagi semua guru telah diagihkan kepada kumpulan untuk menyertai acara sukaneka bagi guru perempuan dan eksplorace bagi guru lelaki. Guru-guru begitu bersemangat untuk menghabiskan acara masing-masing. Pengetua, GPK HEM dan GPK Koku juga turut mengambil bahagian. Seterusnya semua guru dihidangkan dengan sarapan pagi tajaan Pn Hjh Lailawati Ahmad pengetua yang disayangi.
Majlis diteruskan dengan acara pentas. Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran oleh Ustaz Muadzam. Seterusnya pembacaan perutusan dari KPPM disampaikan oleh En Aziz Rasul guru cemerlang 48 dan perutusan dari Menteri Pelajaran oleh Pn Zaleha Ismail guru cemerlang 48. Majis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar oleh Siti Umirah Mohd Said ketua pelajar sesi 2009/2010. Acara kemuncak majlis iaitu ucapan perasmian oleh Pn Pengetua Pn Hjh Lailawati bt Ahmad. Pn Pengetua telah membaca puisi dituju khas untuk guru-guru dan anak-anak puteri.
Seterusnya tidak ketinggalan guru-guru menunjukkan bakat masing-masing. Majlis dimulakan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh Pn Hatijah Ali bersama adik Nurizzati Azlan diikuti persembahan dikir barat oleh guru-guru lelaki, majlis berbalas pantun, persembahan nasyid dari kumpulan nasyid Wahdahtul Dinniah, membaca 'poem' oleh Pn Lila Kasim dan diakhiri dengan persembahan nazam oleh guru-guru perempuan.
Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada guru-guru, acara memotong kek dan diakhiri dengan bacaan doa Ustaz Jihadi Saad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan