14 Jun 2011

IMPIANMU INSPIRASIKU....YAKINLAH PADA TALI ALLAH


Apa matlamat Anda? 9A PMR, 11A+ SPM, Doktor, peguam, jurutera atau sebagainya
Sama-samalah anak-anak bekerja keras mengejar matlamat kita.
Hidup mesti mahu ada sasaran, ada strategi dan dikuasakan sikap positif, barulah kita boleh bahagia, boleh berjaya.
Kejayaan anak-anak merupakan kegembiraan terbesar buat diri ummi. Lagipun, ummi bukannya siapa-siapa, cuma orang biasa.
Ummi mahu melihat anak-anak jadi orang luar biasa sebab dalam masa yang sama, ummi juga akan terdorong jadi luar biasa.
Sebab kedua, ummi mahu memajukan anak-anak, orang lain dan kawan-kawan ummi walaupun terlalu banyak kekurangan ummi.
Ilmu yang ummi ada, saya kongsikan sebanyak mungkin.
Dengan mengongsikan ilmu, ummi akan dapat mempelajari lebih banyak ilmu.
Buat masa ni ummi mendalami ilmu kemanusiaan, psikologi dan ilmu minda.
Ummi percaya apabila kita lebih pentingkan kemajuan orang lain dari kemajuan diri sendiri, dalam masa yang sama kita pun akan maju semaju-majunya.
Rezeki jadi murah, hidup jadi bahagia.
Ummi mahu berjaya, sebab tu sekarang ni ummi tinggalkan motivasi di sini supaya anak-anak mendapat semangat yang saya ada – semangat nak berjaya.
Walau siapapun anak-anak, ummi percaya kita sama – nak berjaya dalam hidup, nak berjaya dalam apa yang kita usahakan. Tugas ummi adalah untuk memberi semangat pada Anda, tugas anak-anak pula adalah untuk memberi semangat pada ummi kerana kita perlu saling melengkapi.
Tulus dari hati, ummi mengucapkan terima kasih yang amat sangat kerana anak-anak selalu menyokong ummi.
Moga hidup anak-anak dibahagiakan, segala permintaan anak-anak diperkenankan, perjalanan hidup dipermudahkan. Anda semua menjadi anak yang baik, anak soleha penyejuk mata.Amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan