17 Jun 2011

NILAI DIRI REMAJA



"Langkah pertama untuk anda berjaya adalah dengan mengatakan bahawa anda mempunyai nilai diri".

Apa yang dimaksudkan dengan nilai diri?
Ia adalah bagaimana anda menilai diri anda sendiri dan memberikan keutamaan kepada keperluan diri anda.

Mengapa anda kurang nilai diri?
Ia disebabkan oleh rasa kekurangan berpunca dari pengalaman lalu yang:
Mendedahkan anda kepada tragedi dan maklum balas yang negatif.

  • Contoh:
    • Sering diperkecil-kecilkan
    • Sering dipersalahkan atas sesuatu kejadian buruk
  • Tidak dihargai
  • Tidak mendapat kasih sayang

Bagaimana anda tahu bahawa anda kurang nilai diri?
Kekurangan nilai diri akan mengakibatkan anda:

  • Memperkecilkan diri sendiri di hadapan rakan-rakan
  • Tidak mengindahkan keperluan fizikal, mental dan rohani
  • Sering memperkecilkan kebolehan diri sendiri
  • Tidak dapat menguruskan masa dan kemudahan yang ada dengan baik
  • Perasaan:
    • Ahli keluarga yang paling hina
    • Tidak diperlukan dan terpinggir
    • Serba tak kena
    • Hina di dalam masyarakat

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak bertindak?
Ia akan menjadikan anda:

  • Merasa rendah diri
  • Merasa tidak bahagia
  • Memencilkan diri dari rakan-rakan
  • Menganggap bahawa diri anda tidak berguna
  • Tidak dapat menguruskan kehidupan

Bagaimana anda memperbaiki nilai diri?
Lakukan yang berikut:

  • Berfikiran positif
  • Terima diri anda seadanya
  • Bertanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri
  • Belajar kemahiran baru untuk kepuasan diri

ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA

lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

  • Nilai yang ingin anda pilih
  • Memilih rakan sebaya
  • Arah masa depan anda
  • Cita-cita anda

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa

HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI

  • Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
  • Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
  • Amanah
  • Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
  • Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Menabung untuk masa depan anda.

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.

  • Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
  • Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
  • Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda

APAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT

Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.

Bil.AktivitiYaTidak
1.Makan pemakanan seimbang dan sihat...
2.Bersenam tiga kali seminggu secara tetap...
3.Tidur dan rehat secukupnya...
4.Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan...
5.Tidak merokok...
6.Tidak menggunakan dadah...
7.Tidak meminum arak...
8.Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah...
9.Tidak memandu laju/berlumba haram...
10.Mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga...

Jika jawapan anda 'YA' bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalah seorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab 'Tidak' bagi satu soalan atau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Anda boleh meminta bantuan dari:-

Di mana boleh anda dapatkan bantuan?
Anda perlu mendapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru agama

ATAU
Dapatkan nasihat kepakaran dari:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan