02 Julai 2011

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2011






Tanggal 1 dan 2 Julai 2011 bersamaan 29 dan 30 rejab 1432H,bertempat di Pusat Latihan KEMAS Serkam, seramai 70 orang pemimpin yang terdiri daripada pengawas,pengawas pusat sumber dan Pembimbing perRakan Sebaya telah dilatih untuk menjadi pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mantap dan boleh menjadi contoh kepada pelajar lain.
Program dimulakan dengan slot ice breaking yang bermotifkan kasih sayang dan ukhuwah dalam organisasi kepimpinan.Peserta telah dibahagikan kepada lapan kumpuilan. Pada sebelah petangnya pelajar didedahkan dengan permainan 'leadership games' dikuti dengan LDK'paperaeroplane' pada sebelah malamnya. Dalam slot ini pelajar diminta membina kapal terbang untuk tahun 2040. Pelajar dilatih kreatif, berani mempertahankan hak dan berkeyakinan. Slot LDK 'Rama-rama dan kepompong' telah menekankan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada pemimpin dan ujian menguji keyakinan diri dengan memijak sepapan telur tanpa pecah dan LDK 'bulat air kerana pembetung dan LDK 'budi setahun segunung Intan' banyak menekankan nilai kerjasama dan tolong menolong dalam menjalankan tugasan.
Program kerohanian turut diselitkan dengan tazkirah maghrib dan qiamulail.
Di samping itu, sempena program 1 murid 1 sukan 1 Malaysia, peserta juga dibawa berlari di sekitar Kampung Serkam.
Harapan ummi agar anak-anak dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam kepimpinan seharian. Moga organisasi kepimpinan sekolah mencapai tahap yang membanggakan. Insyaalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan