17 Julai 2011

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya

Bagaimana anda memilih satu bidang kerjaya?

Bidang kerjaya dipilih berpandukan kepada faktor-faktor berikut :
1. Personaliti
Setiap individu ada ciri-ciri personalitinya yang tersendiri seperti suka berkomunikasi dengan orang lain, agresif, analitikal, suka mempengaruhi orang lain dan sebagainya. Pekerjaan yang dipilih adalah lebih baik jika sesuai dengan personaliti seseorang individu itu.

2. Minat
Minat seseorang individu boleh diukur dengan menggunakan Ujian Minat. Ada individu yang minat kepada seni lukis akan memilih bidang kerjaya seperti Arkitek.

3. Bakat
Bakat seseorang itu adalah kurniaan Tuhan seperti bakat menyanyi. Individu yang berbakat dalam bidang seni tentu berminat untuk menjadi seorang penyanyi atau pelakon.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan