14 Jun 2009

PASRAH KEPADA KEHENDAKNYA

Buat puteriku, jika kau memandang segala-gala dari Tuhanmu yang Maha mencipta, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya. Oleh itu kepada anak-anakku anggaplah kegagalan hari ini sebagai cabaran di masa akan datang. Sebenarnya kemenangan bukan bererti mendapat tempat tiga teratas sahaja , pada umi itu adalah bonus. Kemenangan membawa maksud yang lebih luas termasuk apabila kita redha dengan rezeki yang Allah tentukan. Pengalaman yang diperolehi itu lebih besar ertinya buat kamu semua meneruskan perjuangan yang masih panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan