10 September 2011

Ceramah Pengurusan Stres Kaedah Islam




7 September 2011 telah diadakan satu ceramah Pengurusan Stres dan Cara Mengatasinya disampaikan kepada calon PMR 2011. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En Amirul daripada Ahadan Coach. Beliau banyak menyarankan tentang amalan membaca alquran untuk menghidupkan hati yang sentiasa gelisah. Selain itu solat fardhu yang sentiasa ditunaikan bersama iringan solat sunat juga memberi impak besar untuk mengatasi tekanan terutama jika terlalu inginkan kecemerlangan. Doa juga turut mempounyai fungsi yang tidak kurang hebatnya kerana doa adalah penghubung antara impian manusia kepada khaliknya. Allah maha penyayang dan pemurah. Ustaz turut menyarankan amalan zikir seharian untuk mengukuhkan kekuatan diri.
Dalam ceramah tersebut turut disentuh tentang pemikiran positif dan cara berfikirdan bertindak. "Kita adalah apa yang kita fikirkan" kalau kita berfikir akan berjaya cemerlang, akan ada tenaga yang berusaha mengejar matlamat itu begitulah sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan