07 September 2011

STRES DAN CARA MENGURUSKANNYA

Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Salam Eidul Fitri buat semua muslimin dan muslimat seluruh tanah air terutama khas buat warga As Sharifah dan sahabat handai dan rakan taulan. Bagi anak-anak puteri tingkatan 5, perang akan bermula pada minggu hadapan dengan peperiksaan percubaan SPM. Pelbagai persoalan bermain difikiran, pelbagai rasa dan tekanan hangat terasa. Sana-sini anak-anak sibuk mengulangkaji sehingga ada yang terlupa makan dan minum almaklum telah terbiasa dengan amalan di bulan Ramadhan.... namun kesihatan perlu dijaga supaya tidak menjejaskan persediaan emosi.

Sayang,stres yang datang ada baiknya kerana tekanan ini membuat kita tersedar perkara atau matlamat yang hendak dicapai.Namun stres yang tidak diurus dengan baik akan memberikan impak besar dalam kehidupan seharian.Oleh itu stres perlu diurus. Ummi akan senaraikan beberapa kaedah yang boleh digunapakai untuk menguruskan stres:-

1. Luahan perasaan. Luahkan perasaan pada sesiapa sahaja yang dipercayai. Luahan ini dapat mengurangkan sedikit beban tanggungan perasaan yang mengganggu pemikiran
2. Perbanyakkan solat sunat,zikir dan mengaji kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang.
3. Pandang alam semester yang indah, laut, gunung, alam hijau sambil menarik nafas dengan hembusan subahanallah.
4. Tuliskan masalah yang menekan dengan penuh emosi sambil membayangkan tekanan yang mendatang itu, buang jauh tulisan itu sambil membayangkan masalah itu pergi bersama luahan tulisan tersebut.
5. Sentiasa positif menerima cabaran dan dugaan kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan