03 November 2011

Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."


Riwayat Al-Hakim


Pengajaran hadis:-


1) Tanggungjawab anak terhadap kedua - dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggla dunia.


2) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak - anak hendaklah berbakti dan berrbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, ,berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.


3) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca Al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.


Bersamalah kita mengingati agar sentiasa berjaga dari percakapan mahupun perbuatan apabila bersama ibu bapa agar sentiasa mendapat keredhaan ibu bapa.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan