23 Februari 2012

Bahagia Ketika Belajar


Kebahagiaan ialah pilihan kita sendiri. Kita boleh memilih untuk berbahagia ketika belajar. Walaupun kelihatan mudah, lazimnya sukar untuk dilakukan.

1. Berfikiran Positif

Ramai pelajar baru agak sukar menyesuaikan diri dan mengikuti pengajian di kampus kerana suasana pengajaran dan pembelajaran berbeza berbanding di sekolah dahulu. Pelajar perlu ke kuliah untuk mengikuti syarahan oleh para pensyarah, kemu
dian menghadiri tutorial untuk perbincangan lanjut, menyiapkan tugasan yang diberi seterusnya, menduduki peperiksaan pada akhir semester. Begitulah rutin seorang pelajar universiti pada setiap semester.
Oleh itu berfikirlah secara positif ketika belajar walaupun kursus yang diikuti itu agak sukar difahami, dibebani tugasan dan sebagainya. Bersahabatlah dengan kawan - kawan yang bijak dalam pelajarn itu. Mungkin anda dapat belajar berkaitan kursus yang diikuti daripada mereka. Jangan malu bertanya pensyarah berkaitan kursus yang suk
ar difahami.
Anda mungkin dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan berkaitan kursus itu.
Dengan cara itu mungkin dapat membahagiakan diri anda seterusnya dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

2. Lakukan perkara yang disukai setiap hari

Anda mungkin sering kali mengalami perasaan yang tidak menggembirakan ketika belajar. Perasaan itu mungkin menyumbang kepada stres. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkiin boleh membahagiakan diri anda. Misalnya, jika anda suka berjoging dan ia mampu membahagiakan, maka lakukanlah setiap hari bersama - sama rakan. Selain berasa bahagia, anda juga berasa sihat dan cergas seterusnya, menyumbang kepada minda yang cerdas. Sebagai pelajar universiti anda haru memiliki minda yang cerdas supaya muudah untuk mengikuti dan memahami syaraha ketika kuliah dan perbincangan sewaktu tutorial.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan