14 Februari 2012

Ciri Pemimpin yang Hebat


Ramai pelajar boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin perlu ada minat dan ketokohan yang semula jadi di dalam diri. Pemimpin yang baik tidak muncul secara tiba - tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk menjadi pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin. Sebenarnya, terdapat beberapa tips tentang ciri - ciri pemimpin yang baik.

1. Ada Visi

Pelajar perlu ada visi. Anda tahu ke mana arah anda. Anda dapat melihat dari anda 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Anda boleh meramalkan perkara yang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasaah yang tidak dilihat oleh orang lain. Anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda. Anda dapat menjangka apa yang akan berlaku bukannya menerangkan apa yang telah berlaku.

2. Berilmu
Pelajar yang berilmu pengetahuan adalah lebih kehadapan daripada mereka yang kurang mempunyai ilmu pengetahuan. Pelajar yang rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih berpengatahuan maka mereka tahu perkara yang mereka bua
t, mereka tahu bagaimana untuk menangani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

3. Ada Kesungguhan
Pelajar mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkan dia mudah untuk mencapai matl
amat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apa yang mereka ceburi. Mereka tidak lalai dan leka terhadap sesuatu yang mereka minati. Dia bukan hanya meminati tetapi melakukannya bersungguh - sungguh. Dia melakukannya dengan sepenuh hatinya sehingga selesai. Kesungguhannya untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya akan membuatkan dia merasa puas.

4. Ada Karisma
Personalitinya sangat dikagumi. Melihat kepada wajah, cara gaya dia berhujah, luahan kata- kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah untuk mempengaruhi mereka. Dia mempunyai faktor - x yang tidak dapat dijelasan dengan kata - kata. Faktor - x iniliah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

5. Dapat Berkomunikasi Secara Berkesan
Pelajar ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. Kata - katanya memukau dan mudah mematahkan hujah - hujah orang lain. Kata - katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkan katanya. Dia dapat mempengaruhi orang lain deng
an mudah. Kata - katanya yang penuh semangat, berhikmah dan ligik membuat pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutnya.

6. Ada Istiqamah
Pelajar ini mempunyai impian, cita - cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernah berputus asa. Matlamatnyaialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak mudah kalah. Mereka etap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun. Mereka berdisiplin terhadap diri dan peraturan.

7. keberanian
Ada Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang tel
ah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan - kawan, dia berani dicemuuhhdan dihina, dia berani menerima risiko
malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu m
embuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Menjadikan hatinyya besi dan jiwanya jati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan