29 Oktober 2011
MAJLIS GRADUASI 2011
28 Oktober 2011
PROGRAM AL JAUHAR
28 Oktober 2011, Jumaat, sebaik selesai solat Dhuha, anak-anak puteri Al Jauhar dikumpulkan untuk sesi perkongsian kejayaan anak-anak puteri Al Jauhar berjaya mendapat straitghts 11A, 10A dan peningkatan jumlah A dalam peperiksaan percubaan SPM. Kepada semua buatlah yang terbaik, ingat tanggungjawab yang digalas sangat besar. Pastikan straitghts A+ dalam genggaman. Insyaallah
PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG SPM
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
PROGRAM SRIKANDI MUSLIMAH SEJATI
27 Oktober 2011
PROGRAM SELEPAS PMR
Al jannatu wana’imuhaa sa’dul limayyusholli wayusallim wayubaarik ‘alaih
[Syurga dan kenikmatannya semoga diperuntukkan bagi siapa saja yang bersholawat dan memohonkan selamat serta berkah atas nabi]
25 Oktober 2011
CERAMAH PECUTAN AKHIR SPM
PROGRAM TAZKIRAH AN NAFS
PROGRAM SELEPAS PMR
25 Oktober 2011, sekali lagi puteri-puteri didedahkan dengan kemahiran membuat anyaman dari mengkuang dan membuat layang-layang. Program kali ini adalah gabungan tenaga Panitia Sivik dan tenaga pengajarnya didatangkan khas dari Pusat Karangkraf Alor Gajah.
23 Oktober 2011
CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN

1.Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi
2.Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram
dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Oleh itu,
kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi,
membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan
sebagainya.
3.Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak
sesuai dengan kita. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan
vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan
yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum
membeli makanan tambahan.
4.Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan
peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga
sekadar berjalan kaki.akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun
tidak ceria. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan
diri kepada Tuhan.
6.Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu
yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka
pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
7.Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat
merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba)
dan Monopoli. Selain itu, amalkan juga permainan yang
melatih minda dan kekuatan seperti memanah, berenang
dan berkuda.
8.Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus
dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat
belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu
perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
9.Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran
walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat
menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya
ingatan dengan lebih baik.
10.Makanan-makanan untuk kuat ingatan dan membasmi kelupaan. 1. Manisan madu lebah asli. 2. Air zam zam 3. Kurma / Tamar 4. Susu segar 5. Kismis / zabib 6. Halia. 7. Kekacang 8. Lobak. 9. Bunga cengkih. 10. Daging burung merpati. 11. Minyak sapi. 12. Za’faran 13. Roti kering.
14.Buah-buahan
15.Sayur-sayuran.
21 Oktober 2011
PROGRAM SELEPAS PMR
KAJIAN SAINS MEMBUKTIKAN ZIKIR DAPAT MEMBENTUK MINDA POSITIF

Terdapat banyak contoh-contoh dalam al-Quran dan Hadis yang menceritakan tentang faedah berfikiran positif( husnu zann ), Tabah dan bersikap optimistik ketika ditimpa kesusahan. Walau bangaimanapun adakah anda tahu bahawa kesabaran dan berpandangan positif dalam kehidupan merupakan dua jenis penawar paling mujarab yang anda boleh gunakan?.
Al-Quran ( 2 : 155-157 ), bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya".
Daripada penemuan sains moden, jelas menunjukkan bahawa rahmat Allah selalunya datang dalam bentuk kesihatan yang baik.
Bernard Jensen berkata, dalam bukunya " The Science and Practice of Iridology", "para doktor sekarang berpendapat bahawa fizikal seseorang bukanlah penggerak utama tubuh badan, akan tetapi minda yang mengawalnya". Ini disokong oleh Dr Ted M. Morter dalam bukunya , Your Health... Your Choice, ketika beliau mengatakan " pemikiran negatif merupakan pengeluar asid nombor satu dalam badan ( dan kandungan asid yang melebihi dalam badan merupakan penyebab utama penyakit ) sebab tubuh anda akan bertindak balas terhadap minda yang negatif dan tekanan emosi yang dihasilkan oleh fikiran, sama seperti tindak balasnya terhadap keadaan sebenar apabila fizikal menerima kecederaan atau kesakitan".
Sejak Freud mempopularkan idea psikoanalisis, manusia hanya fokus kepada dunia mental untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, kita lupa bahawa alam fizikal dan alam mental tidak boleh dipisahkan. Fikiran terletak di dalam otak, dan otak adalah organ. Seperti organ yang lain, ia mendapatkan bekalan nutrien dari tempat yang sama dengan organ lain mendapatkan nutrien, dan ia mudah terpengaruh dengan masalah yang sama berlaku terhadap organ lain. Secara asasnya otak adalah sebahagian daripada anggota tubuh, sama dengan organ yang lain bergantung sepenuhnya kepada tubuh. Ia memerlukan gula/glukos untuk menghasilkan tenaga, berlainan dengan tisu lain yang boleh menghasilkan tenaga dari kalium dan lemak. Oleh yang demikian otak merupakan organ pertama yang menerima akibatnya apabila berlaku kekurangan glukos dalam darah dan tindak balasnya adalah sangat parah. Freud sendiri mengatakan bahawa psikoanalisis tidak sesuai untuk mengubati penyakit seperti skizofrenia,dan dia membuktikan bahawa ianya disebabkan oleh biochemical.
Sekiranya kita tahu bahawa otak merupakan organ, dan ia bekerja dengan harmoni bersama organ yang lain, dan mendapat tenaga dari aliran darah yang sama dengan organ lain, kita dapat memahami bagaimana pelbagai peristiwa mental boleh mempengaruhi kita secara fizikal. Sebagai contoh, menggunakan otak cuma untuk berfikir dan membuat ulangkaji akan membakar nutrien (zat makanan untuk tubuh badan) dalam system badan kita, terutama sekali fosforus. Oleh yang demikian kita akan mengalami kekurangan fosforus apabila otak kita bekerja keras. Dan kita mendapati bahawa sebaliknya juga berlaku dalam hubungan ini, orang yang banyak menggunakan otak dan mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi biasanya mempunyai kandungan fosforus yang tinggi juga dalam sistem badan mereka.
Banyak hikmah yang terkandung dalam sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Huairah R.A, "Orang yang kuat itu bukanlah mereka yang dapat menumbangkan lawan dengan kekuatannya, akan tetapi orang yang kuat itu mereka yang dapat menahan kemarahan",. Bersabar dan berada dalam keadaan tenang merupakan kunci kepada kekuatan fizikal.
Bukan sahaja fosforus yang boleh terhakis akibat mengalami tekanan pemikiran dan hilang ketenangan jiwa. Sekiranya kelenjar tiroid, iaitu organ utama yang mengawal emosi bekerja melebihi had masanya, kita boleh menderita akibat kekurangan iodin. Tekanan dalam kerjaya, perceraian, atau lainnya boleh menyebabkan kehilangan kalium dan natrium dalam badan, sebab ia boleh mempengaruhi kelenjar adrenal mencipta banyak keperluan untuk mineral-mineral ini.
Bahkan penyakit hypoglycemia (kurang glukosa/darah rendah) boleh diakibatkan oleh perasaan kegembiraan yang melampau. Atas dasar inilah Nabi S.A.W amat menyarankan kesederhanaan dalam hidup, walau bagaimanapun kita kerap kali melibatkan diri dalam hal-hal yang mengembirakan, seperti menonton tv, pergi membeli belah, menonton wayang, keraian, dan lain-lain lagi. Apabila kita melihat sesuatu yang mengujakan, bahagian luar kelenjar adrenal akan terangsang, lalu peningkatan gula dalam darah akan berlaku. Keadaan ini akan merangsang pankreas untuk merembeskan insulin ke dalam darah bagi mengawal tahap gula yang stabil dalam darah, proses ini akan mengakibatkan kita terasa letih dan lemah.
Berfikir positif akan melahirkan ketenangan dan kesihatan tubuh badan, yang mana daripada nikmat itu akan terucaplah "Alhamdulillah", ucapan syukur kepada Allah terhadap apa yang kita dapat dan apa yang kita lalui. Sebagai seorang mukmin kita sepatutnya menghidupkan suasana yang tenang, jauh daripada tekanan dan kelam kabut, sama ada di rumah ataupun di pejabat.
Salah satu cara yang boleh kita kurangkan kesan daripada tekanan tersebut ialah sentiasa mengawasi tekanan perasaan yang kita hadapi dan ambil makanan tambahan yang boleh menambahkan nutrien seperti makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Contohnya, jika mereka yang bangun untuk solat malam atau membaca al-Quran ketika ramadhan, mereka boleh mengambil makanan yang kaya dengan fosforus, ini boleh membantu mereka dalam mengimbangi pengambilan fosforus. Bagi mereka yang dalam bermusafir, melancong atau menunaikan haji dan umrah, mereka mungkin perlu mengambil lebih makanan yang mengandungi kalium dan natrium yang tinggi seperti vitamin B complex.
Bukan sahaja fizikal yang memerlukan vitamin dan makanan tambahan, bahkan jasmani juga memerlukannya. Kesihatan mental dan fizikal juga berkait rapat dengan kesihatan rohani, rohani yang sakit akan mengarahkan mental untuk mengharuskan semua perkara termasuk yang haram. Dengan itu, fizikal akan melakukan dan akan menerima akibat yang bakal diahadapi.
Sekiranya kita tidak mengendahkan kaitan antara kesihatan mental dan fizikal, barangkali kita akan kehilangan perkara-perkara penting dalam ruang lingkup kesihatan diri. Dan dalam kebanyakan masalah kesihatan, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mencari ubat atau penawar.
Oleh yang demikian langkah yang terbaik untuk menghindarkan diri dari mempunyai sikap negatif, dan dikuasai oleh emosi ialah dengan mengamalkan kebijaksanaan dan ilmu yang di ajarkan oleh al-Quran dan Hadis. ucapkan "Alhamdulillah" dengan rezeki yang kita perolehi, "InsyaAllah" dengan perkara yang kita maksudkan dan akan lakukan, "Subhanallah" ketika kita melihat sesuatu yang menakjubkan. Ucapkan "Astaghfirullah" apabila kita hilang kawalan diri dan berada dalam keadaan lemah, dan yang paling penting, ucapkan "Allahu Akbar", apabila kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
Selalulah kita mengamalkan zikir-zikir doa-doa amalan harian yang diajarkan oleh rasulullah agar mulut kita dibasahi dengan perkara yang di redhai Allah dan hati kita sentiasa mengingati Allah. Moga dengan amalan ini diri kita sentiasa dipelihara Allah dari segala kerosakan dan hati kita sentiasa mengingati kebaikan. Oleh yang demikian kita akan berada dalam ketenangan yang berpanjangan.
Jika sekiranya kita mengamalkan zikir-zikir ini dengan istiqamah, umpama kita mengambil multi-vitamin untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik. Zikir akan membawa ketenangan dalam diri, dan ketenangan membuatkan kita berfikir serta menggunakan otak dengan baik.
Kita sangat prihatin terhadap kesihatan fizikal, namun kita lupa kepada kesihatan spiritual, tanpa kita sedar bahawa kesihatan spiritual amat penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal.
Artikel : abuafnan.blogspot.com
19 Oktober 2011
PROGRAM SELEPAS PMR
18 Oktober 2011
PROGRAM SELEPAS PMR
KERJAYA SEBAGAI GURU
GURU: MINAT FAKTOR PENTING
PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.
Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.
Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.
Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.
Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.
Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.
Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.
Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan - tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar.
Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.
Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.
Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.
Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.
Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Meminati profesion ini.
- Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
- Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid
- Bersifat sabar
- Berkeperibadian mulia
- Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
- Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar
Syarat menceburi bidang ini
Individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.
Tempat melanjutkan pengajian
Maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.
Syarat yang diperlukan
1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu.
- Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda:
Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.
Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.
Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.
IBU AYAH.....RANCANGLAH CUTI BERKUALITI BERSAMA ANAK-ANAK
Tidak berapa lama lagi cuti persekolahan akan bermula. Masa inilah ibu ayah boleh merapatkan semuala hubungan antara ahli keluarga. Di sini ada beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama.
SOLAT BERJEMAAH
Tidak ada masa yang paling pendek tetapi paling berkualiti selain dari solat berjemaah bersama keluarga. Paling mudah ialah solat subuh yang hanya dua rakaat. Kalau dihitung jumlah masa yang diperlukan tidak sampai pun 15 minit, tetapi ia cukup bermakna kerana disitulah bermulanya hari kita. Dengan solat berjemaah, bapa sebagai imam akan lebih dihormati sebagai ketua keluarga. Selepas itu bermaaf-maafan pula, tidak perlu tunggu hanya pagi Hari Raya untuk memohon kemaafan. Pada hari minggu, boleh diselitkan sedikit dengan tazkirah pendek sebagai santapan minda dan rohani. Kalau tidak mampu setiap hari, pastikan sekurang-kurangnya beberapa kali dalam seminggu. Selepas solat, doalah dengan doa yang boleh difahami oleh ahli keluarga dan mereka pula mengaminkannya. Solat berjemaah bersama keluarga meningkatkan kemesraan dan keakraban antara ibu bapa dan anak-anak.
MAKAN MALAM BERSAMA
Persefahaman dan keharmonian dapat dibentuk dengan sering makan bersama. Disebabkan waktu siang pada kebiasaannya semua sibuk, kenapa tidak jadikan makan malam sebagai waktu untuk bersama. Sepanjang waktu makan bolehlah tanya-tanyakan bagaimana hari masing-masing. Tujuannya hanya untuk tingkatkan kemesraan. Kalau ada masalah yang mahu dibincangkan maka ia mesti dibincangkan diluar waktu makan. Kalau anak-anak membuka tajuk perbualan yang mungkin menimbulkan ketegangan maka kawallah keadaan. Minta anak ceritakan selepas selesai makan nanti. Usah hilangkan selera makan dengan mood dan perasaan yang negatif.
AMBIL CUTI
Ambillah cuti dan rancang cuti anda untuk bersama keluarga. Sekarang adalah waktu cuti sekolah, maka ini adalah saat yang terbaik untuk ibu bapa bercuti bersama anak-anak dan menggunakan masa secara berkualiti. Banyak destinasi percutian yang boleh kita pergi dan rancanglah perbelanjaan agar tidak berhabis-habisan. Bagi anak-anak, yang penting ialah masa yang telah ibu bapa luangkan untuk bersama mereka. Beritahu mereka dengan jelas bahawa cuti itu diambil memang dengan tujuan untuk bersama. Anak-anak akan lebih menghargai lagi kesanggupan kita. Walau bagaimana cuti itu dihabiskan, kita sebagai ibu bapa usah merungut dan mengungkit seolah-olah kesal ambil cuti pada masa tersebut. Ini memberikan tekanan kepada anak-anak dan membuatkan mereka rasa bersalah.
TEMANI ANAK-ANAK
Anak-anak mungkin tidak meminta tetapi apa salahnya menemani mereka dalam keadaan yang kita tahu mereka memerlukan kita. Misalnya, hantarlah mereka ke sekolah pada hari peperiksaan dan temani mereka ketika ambil keputusan peperiksaan. Saya masih teringat bagaimana keadaannya ketika saya hadir menemani anak mengambil keputusan UPSRnya baru-baru ini. Ketika itu pelbagai bentuk perasaan yang wujud. Ada anak-anak yang seronok kerana mendapat keputusan 5A dan ada yang menangis dan meraung kerana gagal menyaingi rakan-rakan lain yang cemerlang. Ketika itu, hanya segelintir sahaja ibu bapa yang hadir dan anak-anak yang kecewa tadi hanya dipujuk oleh rakan-rakan sebaya. Guru-guru pula sibuk dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang berjaya. Hati saya terdetik, alangkah baiknya kalau ibu bapa ada bersama sebab saat inilah anak-anak memerlukan mereka. Ada sesetengah ibu bapa tidak mahu hadir kerana mereka dapat rasakan yang anak mereka tidak akan cemerlang. Mereka tidak mahu menanggung rasa malu apabila ditanya keputusan anak oleh ibu bapa yang lain. Sebagai ibu bapa kita perlu ingat, yang penting ialah perasaan anak-anak bukan perasaan kita. Oleh itu temanilah mereka dalam apa jua keadaan.
ADAKAN MASA UNTUK SETIAP ANAK
Masa yang berkualiti bukan sahaja perlu diberikan untuk seisi keluarga tetapi ibu bapa hendaklah adakan masa untuk bersama dengan setiap anak secara individu. Sebab tidak semua perkara yang mahu dibincangkan oleh anak itu merupakan perkara umum. Ada ketika mereka mahu bincangkannya secara peribadi. Oleh itu rancang juga masa untuk kita bersama dengan setiap anak secara peribadi. Sebagai contoh, ada masa kita bawa hanya seorang anak sahaja bersama kita seperti mengajaknya makan di luar. Lain hari giliran anak yang lain pula Ada masa bapa yang bawa anak tanpa kehadiran ibu dan begitu juga sebaliknya. Anak dapat rasakan inilah masa yang paling berkualiti dan sentiasa menunggu peluang untuk bersama lagi. Adalah satu kesilapan apabila ibu bapa sangkakan semua aktiviti mesti dilakukan bersama sebab ada ketikanya anak-anak mahu dilayan secara istimewa.
MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Hikmah kita diberikan satu mulut dan dua telinga ialah supaya kita lebih banyak mendengar dari berbicara. Dalam aspek keibubapaan kita akan dapati bahawa menjadi pendengar yang baik adalah perkara yang paling mudah untuk dibuat tetapi sukar untuk dipraktikkan. Kita lebih banyak bercakap dari mendengar. Kebanyakan dari apa yang dicakapkan pula lebih kepada arahan, suruhan, teguran, sindiran dan sebagainya. Untuk memahami perkembangan jiwa anak-anak, kita mesti berikan perhatian terhadap apa yang disampaikan. Kalau kita sedang melakukan sesuatu seperti memasak, membaca akhbar, menanam pokok, membasuh pinggan dan sebagainya, maka hentikan perlakuan itu untuk seketika. Tumpukan kepada apa yang anak-anak sampaikan. Anggukkan kepala, iyakan apa yang disampaikan, lihat anak matanya, dan berikan tindakbalas yang sewajarnya. Anak-anak tahu sama ada mereka diambilberat atau tidak dipedulikan. Malah anak-anak kecil akan jujur dan ada ketikanya bertanya kenapa kita tidak melayani mereka sedangkan ketika itu kita menjawab pertanyaan mereka. Sebabnya, bahasa gerak badan kita tidak menunjukkan keikhlasan dalam memberikan balasan kepada mereka.
BERCERITALAH..
Semua orang sukakan cerita lebih-lebih lagi anak-anak. Kalau kita perhatikan sebahagian besar kandungan al-Quran mengandungi cerita-cerita yang memberi banyak petunjuk dan pengajaran. Bercerita adalah cara terbaik untuk mendidik anak-anak. Anak-anak jadi negatif juga disebabkan cerita-cerita yang mereka baca, dengan dan lihat sama ada di radio, TV, internet dan pelbagai media lainnya. Kalau kita tidak bercerita dengan anak-anak maka mindanya mungkin akan dipengaruhi oleh cerita-cerita yang negatif. Macam-macam cerita yang boleh disampaikan kepada anak-anak sama ada kisah nabi, cerita rakyat, isu semasa dan malah kisah silam dan pengalaman hidup kita sendiri. Melalui cerita kita dapat membentuk peribadi dan sahsiah diri mereka. Anak-anak juga rasa seronok setiap kali bersama sebab sentiasa menantikan cerita dari kita.
SUBURKAN KEBAIKAN ANAK
Waktu kita kecil dahulu kita sering melakukan sesuatu dan memanggil nama ibu bapa untuk dapatkan perhatian dan pujian. Kata-kata seperti, “Mak, tengok adik buat ni.. cantik tak??”; “Abah, tengok adik angkat ni.. kuat tak???” telah menjadi lumrah membuktikan bahawa kita mahukan perhatian ibu bapa kita. Begitulah juga dengan anak-anak kita. Apabila kita lihat sesuatu yang baik dilakukannya maka pujilah kerana itu yang anak-anak mahukan. Kerapkali ibu bapa mudah nampak kekurangan dan kesilapan anak-anak tetapi kurang peka terhadap kelebihan dan kebaikan mereka. Apabila kita bersama mereka cuba fokus kepada kelebihan anak-anak dan lebih mencari kebaikan mereka. Puji, dorong, dan bantu mereka menyuburkan potensi yang mereka ada. Jangan pula masa yang sedikit antara kita dan anak-anak itu digunakan lebih untuk memarahi, menghukum, mengherdik dan sebagainya.
RANCANG MASA ANDA
Dalam kita membuat perancangan kerja jangan lupa masukkan masa untuk bersama anak-anak itu sebagai salah satu agenda penting. Anggaplah ia sebagai satu temujanji yang tidak boleh tidak kita mesti hadirkan diri. Saya sendiri sering menolak ceramah-ceramah yang diminta oleh organisasi apabila ia bertembung dengan temujanji saya dengan anak-anak. Bagi saya temujanji dengan anak-anak sama pentingnya dengan temujanji kerja, malah kalau diselami ia lebih penting lagi dari itu. Sebab itu ramai antara kita merasa tidak punya masa untuk anak-anak sedangkan hakikatnya kita tidak pernah merancang masa untuk bersama mereka.
MASALAH ADALAH PELUANG KITA
Kalau ditanya anak-anak bagaimana yang ibu bapa mahukan, semuanya mahu anak-anak yang baik, rajin, soleh, bijak dan sebagainya. Tidak seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anak yang bermasalah. Tetapi kita lupa, setiap manusia pasti ada masalah dan tidak ada seorang pun manusia yang sempurna. Begitulah juga dengan anak-anak kita. Sebenarnya masalah adalah pintu masuk untuk kita mendekati diri dengan anak-anak.
Apabila anak-anak menghadapi masalah, tertekan, berperasaan negatif dan sebagainya maka itu adalah peluang untuk kita memahami, berbincang dan membantu mereka. Itu adalah saat seorang anak memerlukan ibu bapa di sisinya. Jangan pula kita marahi mereka kerana mereka ada masalah. Misalnya, ada waktu anak akan rasa tertekan dengan persekitarannya. Beritahulah mereka bahawa adalah normal merasa tertekan dan bantu mereka mengatasi tekanan tersebut dengan cara yang baik. Begitu juga apabila mereka marah disebabkan sesuatu perkara maka beritahu mereka adalah normal untuk merasa marah tetapi tidak sampai bertindak melulu tanpa akal semata-mata mahu puaskan marah itu. Hulurkan bantuan kepada anak-anak sama ada dari segi moral, ide, wang dan sebagainya. Tetapi jangan pula buatkan mereka terlalu bergantung kepada kita apatah lagi memanjakan mereka secara berlebihan.
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH
Pelbagai pertandingan telah diadakan sempena Minggu Hidup Sihat Tanpa Dadah yang telah dijalankan selama seminggu bermula 14 Oktober 2011 hingga 18 Oktober 2011. Antaranya:-
PERJUANGAN SETAHUN BERAKHIR DENGAN PEPERIKSAAN
17 Oktober 2011
KENALI DIRI ANDA .... MENGIKUT TARIKH LAHIR

Kenali Peribadi Mengikut Tarikh Lahir |
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh |
JANUARI Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. FEBRUARI Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar. MAC Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. APRIL Sangat aktif dan dinamik. MEI Keras hati & degil. JUN Berfikiran jauh & berwawasan. JULAI Sangat suka didamping. OGOS Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. SEPTEMBER Sangat bersopan santun & bertolak ansur. OKTOBER Suka berbual. NOVEMBER Banyak idea dalam perkara. DISEMBER Sangat setia dan pemurah. |