17 Oktober 2011

KEMAHIRAN DALAM PROSES KAUNSELING




1. PERSEDIAAN PERTEMUAN PERTAMA

•PROSIDUR PERTEMUAN PERTAMA
- “walk in”
- klien dirujuk
- Dijemput
- Menerima tanpa syarat
•PEMBIMBING & KERAHSIAAN

•PERSEKITARAN PERJUMPAAN
i.Tempat tidak terlalu panas/sejuk.
ii.Kerusi selesa untuk satu jam
iii.Tidak terlalu bising
iv.Tidak terdedah dengan lalu lalang
v.Tidak sibuk @ semak
vi.Perbincangan didengari.
vii.Tiada bau yang mengganggu

2. KEMAHIRAN MELAYAN

•i). EKSPRESSI WAJAH
- Senyum - Ceria
- Contak mata - Mimik Muka
ii). TAHAP TENAGA
- Gaya duduk - Nada suara
- Air Muka - Memik Muka

iii). KEDUDUKAN - JARAK
iv). GAYA DUDUK
v). PERGERAKAN KAKI DAN TANGAN
vi). NADA SUARA
vii). PENSTRUKTURAN/ETIKA/ KONTRAK
viii). DORONGAN MINIMA

KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN
- menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat
- peneguhan ke arah komunikasi berkesan
- mewujudkan perhubungan yang baik

Tujuan
1. memberansangkan klien untuk terus bercerita
2. menunjukkan kaunselor mendengar
3. menunjukkan kaunselor faham dan mengikuti apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

Contoh:-
•Boleh dibuat dengan menganggukkan kepala, menggunakan separa bahasa seperti mmm…mmm, hmm…hmm, ya, aha dll.
•Tunjukkan wajah yang tenang dan memberikan senyuman jika perlu
Contoh:-

Klien : Saya nak bincang tentang pelajaran saya.
Klor : Ehem, sambil menganggukkan kepala
Klien : Sejak akhir-akhir ini pelajaran saya merosot.
Klor : Hmm, hmm.
Klien : Semua markah saya menurun.
Klor : Aha, teruskan.

3. KEMAHIRAN MEMBERI PENUMPUAN
ØPenumpuan mata
ØPostur terbuka
ØMenghadap hala individu
ØCondong ke hadapan sedikit


@Di dalam keadaan relex

4. KEMAHIRAN MENDENGAR

- mendengar dengan aktif
- mendengar dengan berkesan
- bersedia untuk mendengar
- mengenal pasti mesej
- memberi maklum balas

i). MENDENGAR ISI
- Pokok persoalan yang dibincangkan

ii). MENDENGAR PERASAAN
- Emosi diri
iii) MENDENGAR MAKNA / PENGALAMAN


5. KEMAHIRAN PAFRASA

Ia merupakan ulangan kata yang pendek oleh Pembimbing yang dapat difahaminya dari apa yang diperkatakan oleh klien
•Tujuan
- menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor
- untuk memastikan kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar semula apa yang dirasa dan dikatakan.

Contoh :-
Klien : Pagi tadi saya terlambat masuk ke kelas. Cikgu Anis terus halau saya keluar dari bilik darjah. Saya benci dia. Lagi pun saya tak sengaja. Saya terpaksa menolong emak saya membasuh kain baju dan seterusnya menyediakan makanan untuk adik kecil saya.
Klor : Nampaknya Maznah marah kerana dihalau dari kelas walau pun Maznah ada sebab-sebab yang tertentu.


KEMAHIRAN MENYOAL

SOALAN TERBUKA

•Tujuan
- memberi ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri.
- membolehkan klien memberi maklumat tanpa bergantung kepada kaunselor.
- membolehkan klien mengeluarkan pendapatnya sendiri.
- memberi peluang kepada klien memberi penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri.

Contoh soalan terbuka:-
Soalan: Bagaimana saya boleh menolong Ani?
Soalan: Saya lihat Hasnan termenung begitu lama. Adakah Hasnan suka untuk berkongsi apa yang sedang fikirkan dengan saya?
Soalan: Apa pendapat Hasnan tentang perkara ini?
Soalan: Apa akan terjadi sekiranya bapa Azmi tahu?

SOALAN TETUTUP

•Tujuan
- mendapat kepastian bagi sesuatu fakta
- mendapat maklumat yang khusus
- memberitahu apa yang ingin kita ketahui daripada klien

Contoh:-
Klor : Adakah anda datang ke sekolah semalam?
Klien : Ya.
Klor : Siapakah yang pergi bersama anda ke
Langkawi?
Klien : Sepupu saya.
Klor : Bilakah kemalangan itu berlaku?Klien : Semalam.

KEMAHIRAN MINTA PENJELASAN

•Tujuan
- mendapatkan maklumat yang lebih jelas daripada klien.
- membolehkan kaunselor memahami kenyataan klien dengan lebih jelas.
- memberi peluang kepda klien mendalami dan mengenal pasti perasaan sendiri.

Contoh :-
Klor : Apa perasaan Zaki ketika perkara itu berlaku?
Klien : Biasalah…
Klor : Boleh Zaki jelaskan maksud ‘biasalah’ itu?
Klien : Jika tidak saya yang menyelamatkan keadaan, sudah tentu hari itu pasukan kita kalah.
Klor : Bagaimna Hanif ‘menyelamatkan keadaan’ itu?
Klien : Kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang.

Klor : Apa maksud Azhar?


KEMAHIRAN REFLEKSI

ØRefleksi isi
•Pernyataan semula oleh klor tentang idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh klor dengan menggunakan perkataan sendiri yang ringkas, padat dan tepat.

Contoh :-
Klien : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi, sekarang ini saya berhati-hati sambil mencari strategi yang paling baik untuk saya.
Klor : Jadi, sekarang ni Maznah sedang memikirkan strategi yang paling baik.
Klien : Saya fikir saya akan gagal lagi. Saya tidak pernah mendapat gred yang baik.
Klor : Rekod lama Naim menunjukkan Naim mungkin akan gagal.
ØRefleksi Perasaan

•Pernyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien

•Tujuan
- memberi fokus kepada klien tentang perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien.
- meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien (kadangkala perasaan itutersembunyi)
- memberi kelegaan kepada klien

Contoh:-
Klien : Saya berasa saya akan gagal lagi.
Klor : Ali bimbang akan gagal lagi.
Klien : Dia tengking tanpa suatu sebab tertentu.
Klor : Khairul marah kerana ditengking tanpa sebab.
Klien : Entahlah, ibu bapa saya tu… Walaupun umur saya sudah 17 tahun, mereka suka menyekat pergerakan saya.Klor : Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara disekat
ØRefleksi Pengalaman


KEMAHIRAN MEMBUAT KONFRANTASI

Merupakan satu usaha pembimbing untuk membetulkan pandangan klien apabila:
üDidapati T/laku klien tidak secocok dengan apa yang diperkatakan.
üPerasaan yang dilahirkan tidak sama dengan fakta yang diperkatakan
üFakta mula dengan fakta akhir tidak sama atau bertengangan


KEMAHIRAN MEMBUAT RUMUSAN

•Kemahiran amat perlu. Klor perlu mengulang dan menjelaskan apa yang telah diucapkan oleh klien.
•Membimbing menonjolkan perkara-perkara penting atau tema-tema utama yang telah dibincangkan bersama.
•Mulakan bahasa yang mudah dan elakkan daripada menambah idea-idea baru.
•Susun idea-idea dan perasaan yang penting dengan baik agar memudahkan klien memahaminya
•Tujuan
- membantu klien dan klor mengingat kembali apa yang sedang diperbincangkan.
- memastikan bahawa pemahaman kaunselor tidak menyeleweng.
- membantu memberi fokus kepada beberapa isu atau tema yang masih belum disatukan.

Contoh:-
Klor : Dalam perbincangan kita tadi Fiza telah menyentuh empat perkara yang merisaukan Fiza ketika ini, iaitu tidak cukup masa belajar, bergaduh dengan kawan, masalah kewangan dan tidak mesra dengan ayah. Antara empat perkara ini yang manakah agaknya Fiza rasa perlu dibincangkan dahulu


KESIMPULANNYA... seorang kaunselor perlulah
• Memantapkan personal dan kemahiran dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan.
• Kaunseling adalah perkongsian secara profesional.
• Kaunseling bertujuan untuk mencari diri sendiri.
• Ubah persepsi kaunseling untuk orang yang bermasalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan