11 Oktober 2011

ANAK - ANAK ANUGERAH ALLAH ...sangat bernilai

Kongsi bersama... Apa yang ibu ayah boleh lakukan.

1. MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS
Ibu bapa perlu menyempurnakan keperluan asas seperti, buku latihan, pakaian sekolah, alat tulis yang sesuai, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform (contoh : TKRS, PBSMM, PENGAKAP) mengikut keperluan anak-anak.

Juga makanan tambahan (contoh : kismis doa (yang didoakan sendiri / dari sumber lain), susu alpa lipid, s20, air zam-zam, air air yang didoakan atau yang dibacakan ayat suci Al-Quran, examo, lain-lain yang bersesuaian, yang penting ianya HALAL lagi SUCI.

2. LIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SEKOLAH

Sering hadir ke aktiviti yang di anjurkan sekolah. (Contoh : Program Ko-kurikulum, Program motivasi, Parenting, hari terbuka, gotong royong, Mesyuarat PIBG, Hari Kantin, apa sahaja aktiviti berkaitan anjuran sekolah) Bertemu dengan guru yang membimbing anak-anak. Mengambil peluang untuk mengetahui perkembangan anak-anak dari sisi pandangan guru. Bertukar-tukar maklumat perkembangan anak-anak.
Secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan kita terhadap perkembangan anak-anak. Anak-anak kita akan berasa diberi perhatian dan dihargai.

3. KENALI RAKAN DAN IBUBAPA RAKAN ANAK KITA

Sebagai ibu bapa adalah penting untuk mengenali dengan siapa anak-anak kita berkawan. Ini adalah penting kerana pemantauan dan kegiatan anak-anak lebih mudah dilaksanakan. Untuk melihat sifat sebenar anak-anak, kita boleh melihat dengan siapa mereka berkawan kerana rakan mereka adalah cermin kepada latar belakang diri mereka yang tersembunyi. Kecendrungan seseorang itu kadang kala dipengaruhi rakan. Minat, hobi, cara berfikir, cara bercakap sebahagiannya dibentuk oleh rakan sebaya. Rakan yang positif lebih cenderung mengarah kepada tingkahlaku yang positif. Begitilah sebaliknya.
Kita juga perlu mengenali ibu bapa rakan anak-anak kita. Ibu bapa boleh mengambil peluang berbincang tentang perkembangan anak anak mereka. Bertukar pendapat tentang tips dan kaeadah mendidik anak. Tentu ada perkara yang boleh dikongsi bersama. Lebih mudah untuk bertindak dan merancang untuk masa depan anak-anak.

4. MENGINTAI PELUANG KECEMERLANGAN

Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mencari peluang yang dapat meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Banyak program yang dianjurkan menjurus kepada membina kecemerlangan diri anak-anak. Kita perlu sentiasa mengintai peluang untuk menghantar anak-anak ke program yang bersesuaian. Program membina jati diri, kemahiran belajar, kursus kepimpinan motivasi solat, solat bistari, program super student (Exel Training), program MAP, menjana aspirasi diri , EQ, SQ, ESQ, kurus hafazan ayat-ayat suci Al-Quraan, pengajian pondok, pengajian pondok moden, bertalaki kitab melalui guru, dan banyak lagi kursus, seminar, program yang bermanafaat.
Program yang dianjurkan oleh pihak ke-3 adalah penting kerana sebagai ibu bapa mungkin tidak semua perkara dapat dipenuhi, tidak semua perkara yang kita arif terutama bagi memenuhi cabaran dan kehendak semasa. Kita perlu melihat program yang dianjurkan ini dari sisi yang positif, namun pada akhirnya terpulang kepada budi bicara kita. APAKAH IMPIAN KITA untuk anak-anak kita, itu yang utama.
MEREKA UMPAMA KAIN PUTIH, kitalah yang mencoraknya.... yang penting ianya boleh memberi manafaat apabila kita telah meninggalkan (berada di alam Barzah) mereka kelak...

5. BERI KERJASAMA/PERUNTUKAN MASA BELAJAR

Sebagai ibu bapa kita perlu mengutamakan waktu untuk anak-anak. Menghormati waktu belajar anak-anak adalah keutamaan keluarga. Program yang disusun untuk keluarga hendaklah mengambil kira waktu anak-anak belajar.
Persetujuan hendaklah diambil terlebih dahulu apabila ianya melibatkan waktu belajar anak. Kegiatan di rumah seperti menonton TV, CD hendaklah disesuaikan. Adalah lebih baik sewaktu anak-anak belajar sebagai ibu bapa kita juga belajar bersama-sama mereka, di dalam erti melakukan kegiatan yang bersesuaian. Anak kita membuat kreja rumah, kita mungkin membaca bahan bahan bacaan yang bersesuaian.

6. MENGAWASI DAN MEMBIMBING

Mengawasi anak-anak di dalam erti keseluruhan kegiatan anak-anak kita. Mengetahui aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Sentiasa mengambil peluang dengan sentiasa bertanyakan perkembangan kegiatan harian anak-anak.
Berusaha untuk sentiasa
menemani anak-anak terutama ketika melakukan aktiviti pembelajaran di rumah. Anak-anak akan sentiasa merasakan mereka diberi perhatian dan segala kegiatan mereka dirasakan dihargai.

7. SABAR DALAM MEMBIMBING

Sabar adalah asas utama di dalam mendidik anak. Anak lahir dengan fitrah sifat semulajadi yang dikurniakan Allah. Kebolehan, tingkahlaku, cara berkomunikasi , sikap, kecendrungan adalah berbeza antara seorang anak dengan seorang anak yang lain. Kebolehan memahami hasrat ibu bapa adalah berbeza antara mereka.
Namun jurang perbezaan ini sebenarnya akan membentuk ibu bapa yang kreatif di dalam mendidik anak-anak. Di sebalik kesabaran ketika mendidik anak ialah keberkatan. Keberkatan di dalam mendidik adalah faktor kejayaan yang tiada tolok bandingnya. Membentuk anak-anak yang tinggi akhlak adalah impian semua ibu bapa.
Anak-anak yang tinggi akhlaknya bukan sahaja akan menghormati kita sebagai ibu bapanya malahan akan diterjemahkan di dalam perlakuannya apabiala mereka berinteraksi dengan orang lain. Inilah yang amat kita harapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan