04 Oktober 2011

SEJARAH SEKOLAHKU

SEJARAH SEKOLAH.


Penubuhan SMKA Sharifah Rodziah bermula dari idea tiga orang tokoh agama Negeri Melaka yang berhasrat agar anak-anak perempuan Melayu mendapat pendidikan tinggi dalam aliran agama. Mereka ialah Allahyarham Tuan Shaikj Said b. Mohamad (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Melaka). Allahyarham Tuan Haji Johar b. hj. Abdul Aziz , Penyelia Sekolah Agama LAPIS, Negeri Melaka dan Tuan Hj Bokhari b. Said PJK, JP ( Penghulu Telok Mas). Penubuhan sekolah ini mula dirangka pada tahun 1968 oleh Kerajaan Negeri Melaka dan ditadbirkan oleh Majlis Agama Islam Melaka.

Pada 20 April 1969, ucapan meletakkan batu asas dirasmikan oleh yang Mulia Toh Puan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwee Barakhabah S.P.M.T. isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama. sebagai tanda penghargaan, sekolah ini telah dinamakan dengan nama sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Sharifah Rodziah dan kekal sehingga ke ke hari ini. Pembinaan bangunan sekolah siap pada awal tahun 1970 an dan pengajarannya dimulakan pada 4 Mei 1970 dengan pelajarnya seramai 131 orang dan lapan orang tenaga pengajar.

Pada 1 Januari 1987 pentadbiran sekolah telah diambilalih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia , Bahagian Pendidikan Islam sehingga sekarang. Pada tahun 1985, dengan inisiatif PIBG sekolah, jawatankuasa ini telah merancang projek pembangunan tambahna sekolah di bawah Rancangan Malaysia ke -5 dan telah berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM 3.5 juta untuk tujuan ini. Projek Pembangunan tambahan Sekolah ini telah bermula pada awal Mei, 1998 dan siap pada akhir Februari 1990.

Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah telah bertambah maju dari semua aspek sama ada dari segi fizikal, kurikulum dan ko-kurikulum. Jumlah pelajarnya sehingga 1999 ialah seramai 743 orang , guru seramai 54 orang dan staf sokongan seramai 19 orang. Sementara itu , jumlah kelasialah 25 buah didalam 6 bangunan sekolah. Terdapat 3 blok banunan asrama, 1 blok bangunan pentadbiran, 2 buah dwan dan 1 bangunan kantin serta sebuah surau untuk kegunaan semua warga Assharifah. Sebuah bangunan " Serbaguna" juga berjaya didirikan terutama untuk memberi keselesaaan kepada ibu bapa bertemu anak-anak mereka semasa hari lawatan. Bangunan itu dinamakan "ANJUNG ILMU'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan